sila tengok dan click

Isnin, 31 Disember 2012

gambar saya


http://www.emocutez.com

 bawah ni gambar sebelum dan selepas mengamalkan Vit C by Felinna.. ecewwah.. kedua-dua gambar menggunakan kamera DSLR, dan tak edit, cuma letak caption+kartun bajet comel aje.. hik hik perbezaan saiz badan adalah sebab si tuan badan tak nak jaga sendiri, dan memang tuan badan nak gemuks cikit. keh keh keh... 

 P/S: sebarang pertanyaan, whatsapp aku kat 0133721458 citah :)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Review Keempat Felinna Beauty

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum semua. harini review untuk kali keempat pasal Felinna Beauty. hik hik nak cerita pasal Vitamin C plus Pure Collagen by Felinna Beauty nih. selepas beberapa hari mengamalkan vit C ni setiap malam dua kapsul, aku dapati kulit sensitif pada jari aku mula terkopek-kopek. kalau dulu dia macam menggurutu sebab jari aku sensitif dengan certain cecair, contohnya macam sabun basuh, sabun mandi pun kena pilih yang pH 5.5 je. Aku pernah guna dulu sabun Shokubutsu dan Lifebouy, tapi jari aku gatal-gatal dan jadilah menggurutu.




memanglah aku ada ambil ubat sapuan krim untuk kulit sensitip gini, memang banyak pun krim macam tu..tapi rupa-rupanya krim tu tak elok jika selalu disapu. ada unsur-unsur ubat penahan sakit gitu..anda semua pun tahu kan badan kita tak boleh terlalu bergantung pada ubat-ubatan penahan sakit.

bila ambil Vit C dia lain.sebab badan kita(terutama yang golongan belia) memang da patut perlukan Vit C yang mencukupi supaya dapat mengekekalkan  kesihatan kulit kita. antara kebaikan mengambil Vitamin C untuk badan kita :



1) Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka
Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi. Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting.

3) Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

 "Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia)

4) Antioksidan yang bagus
Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Ape akibat kekurangan Vitamin C?

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.



p/s: lambat sungguh internet di kolej ..nak upload gambar sendiri pon tak boleh. 
arghhhhhhhh STRESS (kang gary)



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 24 Disember 2012

Review Third Felinna Beauty

http://www.emocutez.com


Holla dan Assalamualaikum. heheee maaflah ye,dah beberapa hari ni aku tak update pulak pasal Felinna sebab aku pulang ke kampung halaman ku gitew. ayat skemanya nak matila. hahahahaaa, ok,aku balik ka,pung sekejap,sebab rindu dengan kampung sijangkang. hehehe dan juga sebab aku nak bagi lotion Inch Loss by Felinna tu kat akak aku. nak buat testimonila ni kirenya.. heheee. 


Hanya review ringkas aje aku untuk hari ini, iaitu kesan pengambilan Vit C by Felinna ialah aku dapati sebelum ni bahagian lingkaran bawah mata aku sebelum ni sangat gelap. ok,mungkin siapa yang tak tengok betul-betul tak perasan,tapi sebab aku belek muka aku tiap-tiap hari aku memang boleh perasan. dan sekarang ni lingkaran gelap bawah mata tu ada sikit-sikit je.dah berkurangan jika nak dibandingkan dulu. maaf tak ada gambar sebab aku pulang ke kampung tanpa membawa charger. tskkkk seddih! TT____TT



P/S: cuti kemain lame,report LI tang tu jeee :P hahaaa 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 20 Disember 2012

Second Review menggunakan Felina Beauty

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. hik hik *mood happy  muka tengah sejuk sebab baru sapu lotion bawah dagu. sejuknyaaa :D. petang ni aku nak review secara ringkas aje mengenai penggunaan lotion Inch Loss dan Vitamin C Felinna nih. 


Lotion Inch Loss : pagi tadi selepas mandi terus sapu kat perut dan dagu.. heee sejuknya lah rasa. lepas tu siap-siap nak pergi Pusat Kesihatan Universiti, nak wat appointment dental. masa nak pergi ke PKU tu kan, perut dengan pipi terasa sejuk je..hehehe selesa gila lotion nih. pagi tadi ada lah jugak ukur lilit perut buncit aku ni. nampaknya ada pengurangan sikit. oklah tu daripada tak ada kan? lagipun baru je cuba semalam. petang ni tadi baru je sapu lagi kat perut dan muka. seleseeeeeeee (happy)


Vitamin C Felinna : pagi tadi masa nak mandi, aku pergi tengok kat cermin. ada beza ke dengan sebelum-sebelum ni? kalau tengok secara kasarnya, aku rasa sama aje. tak adalah berubah terus. tapi bila belek-belek tu, ada la cikit-cikit macam ala lembap gitu..tapi masih sikit..hmphh mungkin kesannya selepas seminggu dan juga kena banyak minum air kosong. tak sabar nak tunggu seminggu ni..macam mana lah kan.. hik hik..


P/S: psssttt..aku rasa kalau rajin wat exercise ringan mesti lagi berkesan kan.. :)
nak body macam shea rasol boleh tak? ngeee :P

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Review Felinna Beauty (Vitamin C)

http://www.emocutez.com


Felinna Beauty 

1 kotak: 30 kapsul

5000mg with extra collagen..

Gabungan mantap antara PF,vitamin C. And IQR 1000mg..

Khasiat:
- mengatasi masalah kulit dari dalaman
- mengurangkan masalah jerawat dan dark spot
- melicin dan menegangkan kulit
- mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti
- darah tinggi, jantung tersumbat dan lain-lain lagi!

- KELUARAN MUSLIM
- DI KILANGKAN DI KILANG BERSTATUS GMP
- DI JAMIN HALAL DAN SELAMAT
- MENDAPAT KELULUSAN KKM

Harga: RM85 (SM) RM90 (SS) Tidak termasuk postage

PENGGUNAAN :

2 kapsul selepas makan malam (utk penjimatan, boleh ambil 1 kapsul selepas makan malam)

INGREDIENTS :
-pure marine collagen
-extract gluta
-vit c
-extract citrus

Reg no :ULUKM/1542/12
Halal ref No : 150127-PR
MFG :1012
Exp.Date : 1015


Testimoni Pengguna 


 

"assalamualaikum...

alhamdulillah....setiap masalah pasti ada penyelesaiannya...



dulu wajah teruk sgt dengan jerawat batu...
fida mulakan dgn ubat klinik yg doktor pakar bagi...

kulit bertambah baik...sekarang fida dah totally stop mengambil ubat tu dan terus mengamalkan vitamin C....
dan smpai sekarang kulit takda masalah lagi....

jerawat di kepala dan badan juga makin berkurang...
usaha mesti diteruskan....vitamin C bukan sahaja untuk kulit, malah untuk mata...dan juga penambah vitamin dlm badan kita supaya kekal sihat....terima kasih my sis in law....

nak wajah berseri seperti memakai blusher? gunalah vitamin C setiap hari...insya-Allah, pasti berkesan...

fida memang jarang sgt pakai blusher...tapi semua kawan2 ingat fida pakai blusher...dan gambar ini memang tak pakai blusher...siap tangkap bagi ada flash..so nampak lebih jelas...

jadi, apa tunggu lagi...mari kita start ambil vitamin" C.....berbaloi..
untuk kepentingan kita jugak kan... insya-Allah."






Kenapa Pure marine collagen plus vit C by Felinna sgt hebat???

Kerana ianya mengandungi bahan2 yg terbukti berkesan sebagai agen pencerahan,anti 

penuaan, pembasmi masalah kulit seperti jerawat,jeragat,bintik hitam malam membantu 

menjadikan kulit sehalus bayi secara keseluruhan badan bukan muka only!

Dengan pure collagen marine yg tgh hot selling kat fb now dorang jual yg mentah tu..dalam 

capsule felinna pon ada uolls.

Vitamin C 1000 mg

Yg pasti ada Gluthatione utk pencerahan...

Gabungan pelbagai menjadikan pmcvc ni 5000mg and sgt HEBAT! 1 atau 2 biji sehari sudah

 mencukupi...

#selamat bg ibu menyusu dan mengandung.




P/S: seriously aku teruja tengok gambar mereka-mereka ini.. psssttt...harga boleh dirunding,InsyaAuloh :D
jika berminat call/sms 0133721458 - masitah

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Review Felinna Beauty untuk kali pertama

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. hari ini nak wat review sedikit. untuk pengetahuan, aku baru aje dapatkan set Felinna Beauty. kenapa tiba-tiba Felinna Beauty ni? sebab aku memang ada keinginan mencuba  dan jugak,aku memang berminat nak menjual produk ni. thehehe..iye lah kan, kalau nak jual sesuatu produk tu, dan nak tahu ia berkesan atau tidak, kita sendiri kena cuba. barulah tahu keberkesanannya. :) so, aku bertekad malam tadi aku dah dapatkan dua produk, iaitu lotion Felinna Inch Loss sebotol dan Vit C Pure Collagen (Felinna Vit C). jumlah kedua-dua produk ni rm130. pada mula tu aku memang berat hati jugak sebab agak mahal untuk seorang student membayar rm 130 untuk dua produk sahaja.


Isk isk, tapi untuk pertama kali ni ada semangat nak mencuba, dengan niat nak tahu sampai mana keberkesanannya dua produk yang mahal la jugak(untuk aku) nih! okaylah nuff said dengan membebel pasal tujuan lah,hargalah bla bla. sekarang ni fokus dengan review. sebelum tu, aku kena letak target apa yang aku nak kecapi bila gunakan dua produk ni. sniff sniff! target pertama : lemak kat bawah pipi susut. target kedua : perut yang buncit susut. target ketiga : muka semakin kurang jeragat/ kulit muka lembap. 


sekarang ni aku dah listkan target aku. review aku pada malam pertama menggunakannya. 

 1) Lotion Inchloss - ianya berwarna PINK, bau yang menenangkan, bila di sapu ke permukaan kulit, ianya terus meresap tanpa rasa licin-licin(maknanya lambat resap), dan juga terasa dingin. perasaan bila pakai lotion ialah sejuk,mint dan bauan yang wangi (tapi tak delah terlalu wangi macam Johnson&Johnson tu, cuma tak berbau macam losyen pecah lemak yang lain yg lebih kepada bauan halia mcm tu lah)

2) Untuk pengetahuan, sebelum ini aku pernah pakai lotion pecah lemak jenama lain. lotion tu banyak sangat syaratnya. contohnya lotion tu lepas pakai kena cepat-cepat basuh bagi mengelakkan terkena pada mata. aku pernah kena kat mata, pedih wo! hukhukk :(

3) Untuk Vitamin C tu, aku telan satu kapsul. so rasanya belum ada apa-apa efek yang sangat ketara lah plus malam tadi pun aku tidur agak lambat, so rest memang tak cukup. kiranya nothing to review lagi. 


Aku dah buat ukuran untuk perut aku yang buncit tu. aku gunakan ukuran sentimeter(cm). malam tadi masa sebelum sapu lotion Inch Loss ukur lilit perut yang paling buncit ialah 81cm. hew hew tak sabar nak tunggu dalam seminggu dua. hehehe. 


siap ada pita pengukur tau! 

tak pernah aku tepek muka sebesar ini. first time! 
tengok tu yang bahagian bawah tu,boolat sangat! 



apa yang aku perasan, ramai yang kata amalkan bayak minum air kosong/jarang/mati bila mengambil Vitamin C. hew hew memang kita digalakkan ambil air kosong yg banyak kan. setakat itu sahaja lah review aku hari ini. kita tunggu malam ni atau esuk aku catat lagi. semoga sesiapa yang baru nak menjinak-jinak dengan dua produk ni follow la review ni sebab testimoni yang kita tengok sebelum ni dorang dah berjaya dapatkan hasil yang dorang nak. aku ni baru nak start. hehee sesiapa yang berminat nak beli dari aku pun boleh juga contact aku 013-3721458 masitah. heheee :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 19 Disember 2012

online bisnes

http://www.emocutez.com


Assalamualaikum. masih tak ada sesiapa berminat nak rembat Maxi Dress yang kat bawah ni? hehehe.. hasrat di hati ingin meniaga online. sebab terdapat beberapa perkara yang aku rasa aku suka nak berbisnes online ni.contohnya AKU SUKA SANGAT ONLINE INTERNET. ye, aku suka sangat bukak internet, aku sukakan laman sosial macam FB,Twitter,Blog,Tumblr dan macam-macam lagi lah yang aku suka main internet. aku rasa aku tak nak bazirkan masa aku dengan main internet tanpa dapat apa-apa output. tu yang rasa memang nak sangat bisnes online! 

Keduanya aku dah ADA MODAL. tak adalah banyak sangat,tapi cukup sangat-sangat untuk mulakan perniagaan.Alhamdulillah,ada lah bantuan kewangan dari sekumpulan kawan. cakap je berapa aku perlukan,janji boleh bayar balik. :) Ketiganya, AKU MEMANG MINAT BERNIAGA dan pernah ada pengalaman berniaga. namun bukan  versi online. meniaga makanan lah kebanyakannya. mula berkecimpung masa zaman sekolah, form1 ke form2 gitu. 

kesimpulannya,aku memang suka meniaga,berniaga,berbisnes. entah,memang aku suka ! tapi..persoalannya sampai sekarang ni,aku belum dapat kepastian tentang barang apa yang bakal aku niagakan. untuk itu buat masa ini,aku kena assume diri aku ni sebagai seorang customer dan barang apakah seorang pelanggan/customer akan jatuh hati bila dia terpandang produk yang bakal aku niagakan ni..target aku hendak menjual barang-barang kecantikan,tidak kisahlah dari segi pakaian,aksesori,mahupun produk kecantikkan, dan macam-macam lagi. hurm,aku kena mulakan dari sekarang juga! 




  



p/s:nak kena wat survey. aku tengah bersemangat nih! 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 18 Disember 2012

Poplook Maxi Dress Prelove

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum. hai hari ni aku nak let go satu Maxi Dress by Poplook.
saiz UK 6 
muat untuk gadis berbadan biasa 
ketinggian biasa (153-158cm)
kalau nak ikut saiz orang yang dikenali, saiz Shea Rasol
Sleeveless,Hijau,Polka Dot Putih
aku belum pernah pakai kecuali untuk test saiz sahaja
RM48 exclude posting



inilah bajunye :D



kalau berminat, contact kat Twitter di sini ye

IF BERMINAT NAK TENGOK LEBIH BANYAK LAGI GAMBAR SHEA PAKAI DRESS NI, KLIK DI SINI! :D



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 15 Disember 2012

online mari manfaatkan

http://www.emocutez.com


Bisnes Online.
Sound Interesting! 
Just Wait and See
:)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 9 Disember 2012

perihal Amran-Azizah

http://www.emocutez.com


malam tadi aku masih di rumah. biasanya ahad malam aku sudah berada di kolej, di Lekir, di bilik. tapi disebabkan hari sabtu aku balik rumah lambat tgk Desperate Housewives marathon smpai episod 10,aku decide nak pergi kerja terus dari rumah isnin ni. so, malam tadi aku spent masa aku dengan mak-ayah aku tengok Penarek Becha (ejaan begini bukan?) aku pun tengoklah untuk ke berapa kali aku pun tak terbilang. belom lagi mak-ayah aku tgk da berjuta kali agaknya. sampaikan part scene sedih pun dah jadi kelakar dek mak aku baru terfikir scene tu boleh dijadikan kelakar. 


contohnya scene yang bila Amran pulang ke rumah membawa nasi bungkus dan menyuruh maknya makan tapi maknya makan separuh sebab dia tahu si Amran belom makan lagi. dan bila Amran baru nak menjamah makanan tersebut, masa tu pulak hujan lebat teramat rumah bocor dan nasik bungkus separuh itu dimasuki air hujan. memang sedih bukan. kasihan maknya terbaring kat rumah sakit-sakit dan menunggu si Amran bawa pulang nasi. nak tahu apa mak aku cakap scene tu?kita ke perenggan baru.

mak Amran yg malas


Mak Amran pemalas, tak nak cucuk tanam ubi ke berkebun tanam sayur ke, tak de lah badan tu tak sihat.berpeluh lah sikit bila bercucuk tanam. badan pun sihat minda pun cergas, tak payah nak tunggu anak beli nasi bungkus lagi. ini tak. Amran balik je, maknya terbaring di situ. huahua mak aku melawak di situ. 
okay utamanya dalam entri aku kali ini bukan nak buat lawak. tapi aku mahu kenang semula scene Azizah datang ke rumah Amran dan terkejut melihat kedaifan mereka anak beranak. 


Amran-Azizah


Azizah mencadangkan pada Amran untuk sambung belajar kelas malam. tapi Amran kata dia tak ada wang. Azizah pula menawarkan wang pembiayaan sekiranya Amran mahu ambil kelas itu. mulianya hati Azizah (tapi stil guna duit bapak dia Marzuki Orang Kaya yg kedekut itu) mak aku pun bercerita lah ada kat kampung dia dulu seorang wanita yang sanggup membiayai pembelajaran seorang lelaki yang dicintainya sangat. sampaikan lelaki tu jadi seorang cikgu! mulianya hati dia apabila cinta itu hadir. sanggup buat apa saje. tapi sayangnya, si lelaki itu tak berkahwin dengan wanita yang biayai dia tu! sniff sniff..itu semua kuasa Allah..jodoh Allah yang tentukan.. bersabarlah wahai hati ye.. :")

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 6 Disember 2012

merepek time

http://www.emocutez.com



hai menulis lagi. pernah dengar lagu Yuna Cinta Sempurna? hurm, dengar,tapi faham tak lirik tu? jap aku letak lirik kat sini ye.



Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo




faham da lirik tu? lagu tu masa dulu-dulu zaman muda aku hafal,cuma sekarang ni je dah lupa. haaihhh banyak dah lupa lagu-lagu lama. haih lagu pun senang lupa, ayat-ayat Al Quran mintak-mintaklah tak lupa. hehehe. 

lagu ni menceritakan seorang wanita/gadis yang tak mampu atau tak sanggup nak mencintai seorang lelaki yang dirasakan sangat sempurna untuk dirinya sampai mintak dilepaskan. jyeahh ingat kalau dah dapat cinta sempurna,korang boleh ke bahagia?  lagi-lagi bila kita tak mampu nak balas cinta sempurna lelaki/wanita tersebut. 

erm maksud aku beri sepenuh komitmen pada si dia. ehh sudahlah bercerita mengenai cinta cinta ni. nak cakap pasal cinta p lah masuk terfaktab. emm now terfaktab is too mainstream. cewaah ni belajar dari 9GAG la ni. okay, aku nak cerita pasal satu habit aku yang tak berapa nak best lah. hurmm macam mana nak mulakan ye? okay mulakan dengan perenggan baru.


aku memang dah sedar yang diri aku ni kalau risaukan sesuatu perkara, mesti risau tahap gila babun. risau cam rasa nak mati. risau cam tak nak mengadap benda tu. rupa-rupanya aku baru tahu apa nama simptom aku ni. Paranoid. bukan Panadol ye. paranoid ni mcm yang aku explain tadi tu lah. extreme sangat berfikir padahal benda tu small matter aje. jauh sangat fikirnya. aigooo 

aku tahu nama simptom tu pun selepas baca majalah LISA edisi November. hik hik aku suka lah majalah tu sebab murah tapi best. rm 3.90 je kot. aku dah lama tak beli majalah-majalah ni.suke je benda membazir-membazir ni cita oiii . huhuuuu. dah lah. 


p/s: masa aku tulis ni aku baru balik makan kat Padang,pastu berhenti jap,tidor jap,sakit perut jap. baru habiskan. time ni tgh pakai balm kat perut. keluar dah pelik masitah nie.

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

download-mendownload

http://www.emocutez.com


Assalamualaikum. ehh harini aku tak ada review-review movie sebab tak tgk movie pun baru-baru ni. hik hik. so nak cerita hari ini kerja aku mendownload drama-drama kat ofis. heh jahat punya olang, tak baik download-download ni, HARAM. muehehe abis tu kau tengok Adam Hawa tak guna Astro HD tu boleh lah? huahuahuaaa sebab apa aku cakap Adam Hawa? sebabnya aku tgk macam semua perempuan pun layan cerita tu. typical meleis betul.. (aku pun tgk lah) 


nah korang suka kan? aku pun suka gitu2 jelah

hehehe anyway aku download cerita Desperate Housewives season 8, Pretty Little Liar season 1&2 ohh tu aje..huk huk aku tak pernah lagi tgk Vampire Diaries tapi memang orang ramai kata cerita best. wohooo tak sabaq weyh nak tengok PLL tu sebab dulu aku pernah follow dalam 3-4 episod dan aku siap wat entry lagi dalam blog nie. aww yahooo! so hari ni malam ni nak layanzzz sebelum esuk balik rumah! gossip girl tak download pun sebab ermm ermm malas lah! Glee ape tah lagi. hek hek. kalau korang ada link untuk download Merlin series 5, jangan lupa kongsi ya! 


xoxo,
citah 
(aigooo berjangkit dgn Istanbul Aku Datang dan Gossip Girl)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 26 November 2012

my-3-review

http://www.emocutez.com

assalamualaikum dan selamat malam. entri kali ni nak buat review pasal tiga movie yang aku dah tengok dalam masa terdekat ni. aku cerita biasa-biasa ajelah. tak adalah terlalu detail sebab nak detail pergilah blog orang lain pulop. cerita pertama, Skyfall. ini cerita James Bond. siapa yang tak kenal Bond? cerita yang mempunyai elemen wajib tembak-menembak,perempuan hot-nak-mampus,dan penyamaran. cerita ni lebih diutamakan atau diketengahkan mengenai si M yang dah tua dan patut pencen namun masih berdegil nak jugak kerja. haha dan cerita ini meleret sangat sampai penat dah tengok. apa-apa pun kali ni kurang aksi intim dan aku boleh bagi 3/5 except introduction cerita ni which Adelle nyanyi sedap dan smart sangat. should watch the intro i think. :D

ni masa lalu terowong yang berputar ;P


Next is Twilight Breaking Dawn part 2. hew hew sungguh aku tak sangka aku pergi tengok cerita ni. hahaha. sebab kau tau la kan cerita Twilight ni banyak cakap,aku rasa dari episode 1-last ni memang banyak cakap. untung jugaklah ada subtitles kat bawah tu. but aku rasa cerita kali ni adalah cerita paling best daripada yang lain. aku nyampah je tengok semua berebut nak buat baik dengan manusia bergelar Bella. menjadi rebutan setiap vampire mahupun wolf. muahahhaha. aku suka part last-last,action banyak gila,memang boleh mendatangkan emosi kegeraman bila tengok dan rasa puas hati sangat-sangat. hehehe. aku boleh bagi rating 4/5 cerita ni. 

ni masa scene nak berlawan dengan musuh ape ntah


Last but not least,ialah cerita kartun Rise of the Guardian. ini cerita mengisahkan watak-watak fairy tale but not princess lah. jalan cerita masa mula-mula aku tak berapa dapat sangat,tapi bila dah suku cerita tu baru paham kenapa watak Jack Fross(aku tak ingat nama dia) tu budak-budak tak nampak tapi budak-budak boleh nampak Santa,SandMan,and Tooth Fairy serta Easter Bunny. bila kanak-kanak percaya tentang sesuatu fairy tale,maka secara automatiknya mereka akan jadi visible namun bila kids start tak percaya mereka,di situlah mereka boleh jadi invisible. cerita nya bagus,cantik dan comel. hik hik. aku bagi 3.5/5 lah cerita ni namun disebabkan aku appreciate sebarang kartun sama ada dalam tv/wayang sebab aku budak multimedia dan aku tahu kerja semua tu bukan mudah,aku bagi 4.5/5. hik hik. okay thats all my review dari tiga movie yang berbeza genre ni. :)

tu jack fros. dia pun wujud tau sebab turunkan salji *dongeng kanak-kanak*





so, apa pendapat anda tentang entri ini?

macam-mana boleh dapat JAKIM

http://www.emocutez.com



Assalamualaikum. selamat sejahtera semua. disebabkan aku baru boleh bukak blog tika pepagi buta ni, barulah aku perasan ada seorang bertanya macam mana aku boleh dapat praktikal kat JAKIM. veritanya macam ni, kat UPM semasa semester 5 lagi fakulti aku dah wat taklimat dan isi borang dalam sistem ELITE(sistem untuk apply LI(latihan industri)). masa tu aku isi la mana-mana company yang aku berkenan yang ada dalam list kat sistem tu. masa tu tak fikir lagi nak mintak JAKIM. hehehe


sebenarnya aku ni budak Sc Komputer major Multimedia, so mintak l.i. pun kat company animation. malangnya, tempat aku apply tu dah ramai member yang apply,dan dorang prefer budak lelaki disebabkan waktu kerja yang tidak menentu dan balik malam. masa dapat tau kena reject dari company tu,aku dah agak cuak sebab masih belum ada tempat nak praktikal. kawan-kawan lain dah ada dah.


so,nak dijadikan cerita,satu hari tu ain nak bantu aku carikan tempat praktikal.dan tak ingat la macam mana tetiba nak mintak dari company kerajaan. so, company first yang terlintas dalam kepala aku ialah JAKIM. alasannya sebab masa tu baru putus cinta, dan target aku nak kenal ustaz-ustaz kat JAKIM tu. keh keh apa punya alasan da..


caranya, memula dapatkan number contact JAKIM,dari google aje pun. then contact JAKIM dan tanyakan kat orang tu,saya dari universiti mana ingin praktikal kat JAKIM. adakah JAKIM memerlukan student praktikal? so nanti dia tanya kita course apa,bila nak praktikal dan kalau nasib kita baik,adalah tempat nak praktikal kat JAKIM tu. biasanya ada aje. jangan risau ye. 


so, nanti dia akan suruh hantar resume kat emel yang diorang bagi, dan tunggu ajelah result dari JAKIM. masa aku dulu, pihak JAKIM kol aku untuk confirmkan semula adakah aku betul-betul nak praktikal kat sana. setelah confirm, diorang pun hantar fax kat ofis fakulti aku menyatakan permohonan aku nak praktikal kat sana diluluskan. heeee. begitulah caranya mcm mana aku boleh dapat praktikal kat JAKIM. hehehehe. 


so, bagi yang tanye tu,aku dah jawabkan. semoga berjaya ye awak nak mohon praktikal kat sana. good luck dan sorry sebab lambat baru reply.. :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 3 November 2012

gambarrrr





so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 31 Oktober 2012

Miftah Consultant & Training



Assalamualaikum semua.. 










nantikan kemunculannya... 
:)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 17 Oktober 2012

wordless wednesday




something stupid like I LOVE U.........
suweeeeeet! 




narmi! narmi! narmi! 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

ye..kenapa? tak percaya ke? betul lah..

http://www.emocutez.com

aku praktikal kat JAKIM. ye..kenapa? tak percaya ke? betul lah..

aku yang apply kat sini, sekali dapat..ye..kenapa? tak percaya? betul...

aku budak sains komputer yang praktikal kat JAKIM... ye..kenapa? tak percaya ke? betul lah..

ingat budak komputer tak guna kat JAKIM ke? ewah-ewah..banyak tau kerjanya... ye..kenapa? tak percaya? betul...

semalam aku nampak ada pelawat masuk ofis... dia free hair..ye..kenapa? tak percaya ke? betul lah..

aku tak kisah pun...siapa-siapa pun pelawat..aku ni siapa....aku pun banyak wat dosa....ye..kenapa? tak percaya? betul..




tapi kat reception tu aku nampak banyak gila tudung-tudung hitam bergantungan....ye..kenapa? tak percaya? betul..

mungkin pelawat smlm tu non-muslim kot...pasal aku pun tak tengok muka dia. hewhew 


aku merepek dah nie.....ye..kenapa? tak percaya? betul..memang betul punya merepek ni haaaaaa.

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 15 Oktober 2012

Aku, Dia dan Tong Sampah

http://www.emocutez.com





mari tengok cerita ini. 



Ya ampun! aku suka gila tengok Beto dalam cerita ni. semua cerita yang dia berlakon semua best kot.
suka la jugak dgn cerita ni pasalnya mcm ada persamaan la aku dgn main character tu. eh bukan sama tang muka ke apa. memang jauh panggang dgn api lah. sama sebab aku ni malu tak bertempat. dan lepas tu dia berkawan dengan seorang lelaki yang tak reti malu. ha, yang tu sama dengan zizi. aku paling suka nasihat dia time minit 16:00-17:00 something gitulah. tak ingat exactly waktunya. 



tapi dia bagi nasihat masa dia pakai baju Stitch. aaww confidentnya! hahahaaaaa ! memang macam zizi sebab tak malu langsung g mana-mana. dia tu kalau naik motor selamba badak je p nyanyi kuat-kuat pastu g menggatal dengan perempuan-perempuan kat tepi jalan. tapi memang tak sweet lah macam si Beto dalam cerita ni. memanng selamba je si Beto yang tak hensem tapi awesome. selamat menonton! :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?