sila tengok dan click

Khamis, 17 November 2011

sedikit pasal M'sia dan Indon

http://www.emocutez.com

perkara paling latest yg baru berlaku malam ni. yep, skuad harimau kita menang . 1-0 melawan indonesia. tadi masa aku bukak tweeter, setiap satu saat ade aje update. baru 30saat je, dah ada 15 lebeh new tweet. pergh. mamang ah org  menggunakan fungsi tweeter sebetul-betulnya. wakakak. aku pon ! 


stat tengok bola masa lepas half game. itupun sebab budak blok ok terjerit-jerit macam gol masuk 5 kali. sekali tgk, lah, baru satu je gol. ape yang aku nampak dan paling ketara ialah referee/pengadil kat padang tu. macam blur-blur ayam aje. dah tu suka bagi kad kuning. kuning memanjang. nasib baik banyak pemain indonesia yg kena. wakakaka. pulaknya dia bagi kad kuning dekat player Malaysia sedangkan si player Malaysia langsung tak langgar kot kaki ke badan player indon. #whatdefogg !


pemain Malaysia nampak sempotmaknak! bila dah hujung-hujung permainan. ceh, aku main futsal 3minit pun dah sempot. Indon still bersemangat mengejar bola walaupun memang tak ada harapan masuk ke gol sebab khairul fahmi yg kacak hensem mampu menangkap bola dengan sangat hensem dan bergaya. si apex ni nampak hensem bila menangkap bola aje. mungkin sebab dia dpt semangat daripada dahlia teck agaknye. kih3


ape-apepun aku tengok player hensem dan omeyy Muslim emang nya kacak dan tampan. hehehe. comel lah die. okay dah. lepas ni Malaysia akan bertemu Myanmar pada tarikh 19/11/2011. yeah~ moga Malaysia dapat emas ! i'Allah. 


macam bebudak !



arghh ! apesaal aku suke tgk lelaki comey??




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 13 November 2011

dugaanNya

http://www.emocutez.com

salam. selamat malam. jangan bersenam. pada waktu malam-malam.(nonsense -__-")



asissh. macam mana ye. erm. (terhenti seketika sambil bunyi cengkerik ) feeling tak berapa nak happy walaupun tadi baru aje bermain bersuke-ria dgn budak blok. ahhak ! akak suka budak blok Lekir. besh.

-
-
-
-

 sighhhhh.... 


laptop hilang
hard disk hilang
nota hilang
kunci kereta hilang
kalkulator hilang
assignment hilang
segala dokumen hilang


P/S: siapa tak meraung memang hebat. sedih. :( 




malam ni suram aje, seakan-akan sama macam perasaan aku. SURAM)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Jumaat, 11 November 2011

ikhlas kan dirimu

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. urm, pernah tak rasa bila buat sesuatu dengan rasa yang tak ikhlas? aku pasti semua orang pun pernah rasa. contohnya kan bila kita terpaksa bangun pagi sebab haritu ada kelas ganti. rasa macam tak ikhlas aje nak pergi sebab selalunya haritu kita dapat bermalas-malasan, tapi kali ini kena pergi class pulak. dah la lecturer pun tak berapa paham bila belajar. 

sebagai seorang student, keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara tu memang penting. paling penting lah pada pendapat aku. yelah cuba bandingkan bila kita buat assignment dengan hati yang ikhlas dgn hati yg tak ikhlas. bila ikhlas tu, rasa seronok aje buat assignment. walaupun kita tak faham, kita tak kan berputus asa nak jugak cari jawapan. search kat Google, tanya kawan, tanya lecturer. tapi kalau tak ikhlas (MALAS) memang cincai boncai aje buat, tiru kawan, tangguh-tangguh, dan kadang-kadang sanggup tak datang sebab tak siap kerja.

haaiseh.harharhar. macam mem-point kat diri aku aje ni. ehem ehem. err itu salah satu contoh la bila keihklasan diri tak ada masa buat assignment. yang satu lagi kes ni lain tapi macam seeakan-akan jugak lah. okay cuba bayangkan kita dah kerja (bagi yang belum kerja). kita kerja tiap-tiap bulan dapat gaji kan? kita dapat pupuk keikhlasan membuat kerja tu bila gaji setiap bulan dibayar. 

cuba bayangkan duit gaji kerja tu dah 2 bulan tak dapat. bila sebulan dua minggu tu :

tipah : eh senah, kite ni bila nak dapat gaji? aku cek kat akaun BSN tak naik-naik pun duit. sampai bila ni?
senah: sabarlaah tipah.. esuk lusa minggu depan dapat lah kot.. sabar itu sebahagian dari iman tipah oii.. terus sambung wat keje ko ye.

seminggu kemudian...

tipah: ala senah..macam mana ni gaji tak masuk lagi..aku terpaksa pinjam duit adik aku ko tau tak?
senah: aah la tipah..bila lah agaknye duit nak masuk ni..aku pun dah semphot duit ni. bayar duit rumah lagi, kete lagi bla3... jumaat ni kot dapatnye. dah2 jom sambung kerja.

sebulan lepas tu pulak...

tipah: ko tau kan kenape aku datang tempat ko..ckp pasal menda yang same.
senah: ye memang aku tau. aku dah fedap tggu bila elaun suksis gaji nak dapat . buat kerja yang bos bagi pun rasa malas. rasa tak ikhlas aje nak buat. sebab aku perlukan sangat duit elaun  gaji tu. sebab pinjaman aku belum lulus ag.. sedih lah tipah.. :( dah tak rasa seronok pulak wat kerja kalau macam ni. lain lah kalau suami aku datok ke cap duit ke. hmmphh.
tipah: errr..


P/S: siyes aku buat kerja memang tak pernah ikhlas. kalau ikhlas kerana Allah, tak kan punya aku post entry ni. astaghfirullah macitah..

i really need money..


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 2 November 2011

Haiya Haiya Bid Doa !

http://www.emocutez.com

sesungguhnya Allah itu maha menyayangi. sebagai seorang Muslim, amalan berdoa seharusnya dilakukan setiap waktu. tidak kisahlah sewaktu keluar ke kelas, sebelum makan, sebelum tidur, selepas solat dan macam-macam lagi doa yang ada. ada sebab-sebabnya amalan berdoa itu digalakkan. contohnya, berdoa sebelum makan. ia menunjukkan kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki kepada kita. selain itu, dengan berdoa, amalan kita menjadi lebih berkat. :')

Allah itu maha penyayang terhadap makhluknya. apabila seseorang itu berdoa, dengan keizinanNya, orang itu tiada sebarang masalah menimpa semasa hendak melakukan sesuatu perbuatan. manusia diberikan keistimewaan berbanding makhluk yang lain. iaitu AKAL. dengan akal, macam-macam manusia mencipta jika diizinkan Allah. ya, tengok sahaja la sekarang ini contoh yang paling mudah. teknologi. dengan akal lah manusia mencipta telefon touch screen, software yang boleh drag dokumen dari PC ke PC yang lain mcm dalam cite CSI, NCIS dll. hebat bukan kuasa akal yang dikurniakan Allah? MasyaAllah..

sebenarnya aku nak cerita tentang sebuah 3D animasi tv series yang dibangunkan oleh Tulus Fikir ni..haritu dalam class animation, lecturer aku telah menjemput rakannya iaitu director siri animasi itu sendiri untuk datang ke kelas kita orang.. aku betul-betul teruja dengan kartun series ni sebab konsep dan jalan cerita nya jelas dan juga menarik. tak percaya ke? nanti tengok sendiri ya? aku mungkin lebih teruja sebab director tu sendiri yang explain bagaimana proses utk menghasilkan 3D animasi yang best tu. dengan tajuknya "Haiya BidDoa" (marilah berdoa). comel sangat bila part Habib dengan Zagha (Zara). hehe.. tengok sendiri ya..


doa hilangkan rasa maghah


doa sebelum makan !


P/S: sungguh kreatif kan? masyaAllah !

jangan lupa untuk LIKE fb Haiya BidDoa kat sini !




so, apa pendapat anda tentang entri ini?