sila tengok dan click

Sabtu, 21 Disember 2013

weekend day

assalamualaikum..sedang berbaring dan belum mandi tp dah makan masakan sendiri dan belum solat. astaghfirullah masitah..oh ye dan mnulis blog di telefon bimbit dan sedang menaip tak tahulah ape yg bakal aku tulis. hari ni hari ahad, hari yg cerah dan panas. oh ya aku ke pasar pagi td. sorang sorang beli sotong dan ikan lpas tu bratur tggu takoyaki sotong yg dijual oleh dua orang budak. takoyaki yg panas dan kedekut ikan kering di atasnya sungguhlah sedap dan disebabkn aku beli satu polistrine je (lom gaji) aku makan dlm kete sambil mndengar radio era fm dan ditemani air soya yg sejuk.

nmpak mcm tak best je kan aktiviti aku? tapi sebenarnya aku suka keadaan tu, drive kete sorang2, beli apa yg aku suka, makan apa yg aku suka. skang ni feveret place aku sorang sorang ialah di dalam kereta walaupun panas sbb tak tinted cermin.tapi aku tetap suka. bukanlah brmkna aku tak suka brkawan  dan bersosial but sometimes i like being alone. this is myself.


haaaa introvertnya aku kan? hihuuuu


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 17 Disember 2013

aku berblog menerusi handphone je ni

assalamualaikum..dgn happynya aku menaip blog ini menerusi handphone sahaja. beli hp baru ke? taklah,mane ada. dulu sblm guna bb aku kan pakai hp sony xperia x8..

hehe aritu bagi pnjm kat buah hati kjap,ni dia lagi advnce dari aku pakai 2 iphone,so aku pn dsbbkn rindukan OS android so aku nk sgt pkai sony ni.

percayalah jika pakai BB,anda pasti merindui os sblm2 ni. haha paham tak aku ckp apa? menaip kat handphone membuatkan aku mati kutu nk tlis apa.

p/s:kurus siot aku dlu. hp ni ada smpn gmbr lama-lama je :-P


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 16 Disember 2013

throwback


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 5 Disember 2013

KOLUMPO

Assalamualaikum. niat di hati memang dah lama nak post pasal Kolumpo, atau nama sebenarnya Kuala Lumpur aka KL. bila bercakap mengenai KL, macam-macam benda yang berlegar-legar di minda ini. sampai aku tak tahu mana satu patut aku tulis dahulu. berebut semua perkara mengenai KL yang ada dalam otak aku nak keluar.
 
 
firstly, this is my imagination/experience yang pernah aku lalui/situasi about Kolumpo. gahh..tak sabarnya semua input nak jadi output! aku dah blur nie. okayla cakap pasal KL,aku terbayang macam-macam. Segalanya, semua. yelah, semua ada di KL, ada yang murah, ada yang mahal, tapi semuanya adalah! okayla aku ni kan budak kampung shj, so masa kecik-kecik mmg tak didedahkan sgt la bagaimananya hebatnya KL ni.
 
 
masuk zaman matrik dan seterusnya barula dapat tau sikit-sikit mengenai KL ni, macam mana orang KL, macam mana jalannya, apa yang ada kat sana. hurm penulisan aku ni bukan seperti yang aku bayangkan dlm kepala otak aku! arghhh (apa ni bermonolog dalaman pulak) okayla, sejarahnya aku mengetahui KL ni adalah diperkenalkan oleh someone. mata aku terbukak dgn keadaan dan cara hidup orang KL ni. ada yang baik,ada yang jahat, ada org warganegara mahupun bukan warganegara. kadang susah nak bezakan. wahahaha
 
 
KL ni bila malam memang tak tidur, macam lagu Altimet+Noh  yang Kotarayaku tu yg berbunyi:
 
        Ohhhh..
               Kuala Lumpur....
               Kau yang tak pernah tidur...
               Menjaga mimpi yang luntur..
 
 
kat KL macam-macam gaya ada. ada budak yang hipster, ada yang muslimah, ada yg sexay ada yg pondan. aku pernah malam-malam berjalan di Bukit Bintang, memang hidup, macam-macam ragam, ada yang tgah break dance, ada yg gang reggae, ada pembuat handcraft OKU, ada pondan/girl yang offer pergi mengurut. masa tu aku jalan sambil memerhati walaupun aku masa tu tak faham erti kehidupan sebenar yang realiti sebab masa tu aku muda lagi, aku student lagi. oh dan kat KL Polis memang rajin ronda. pukul 2-3 pagi macam baru pukul 9 malam, kereta sentiasa byk, restoran McD pun tak berapa nak lengang.
 
 
kat KL ni kalau korang nak buat jahat, korang buatlah, asalkan jangan sampai polis cekup. memang cukup bahaya.. especially pada waktu malam la k. okay now ni pasal imaginasi aku bila tgk budak-budak KL di TV (means drama/film) atau di media-media sosial. diorang sgt bebas bergaul, mak ayah dorang bagi je dorang berkawan dgn siapa, nak keluar sampai malam, tu semua okay which is aku tak ada life sebegitu. aku duk kampung ni asik duk rumah, mana boleh keluar suka-hati (da besar da kurang ketat, tapi masih tak boleh dating-dating ni) . suatu ketika, aku jeles gila kot dengan kebebasan dan kepercayaan yang parents KL ni bagi kat anank2 diorang. aku ni, disekat :(
 
 
haha itu dulu, itu masa zaman aku berfoya-foya lupa diri alpa dan segala jenis jahat aku pernah buat. ish malu rasanya, sekarang ni aku dah matang sikit, dan tidak hanya mengikut perasaan (shopping ikut jugak perasaan) aku sepatutnya bersyukur dgn kebebasan yang disekat oleh parents aku. tapi kalau boleh tak nak ketat sangat sebab risau nanti anak aku culture shock bila dilepaskan sorang-sorang contoh cam duduk hostel ke watsoeva.. huhu..anyway aku gagahkan jugak menulis cite yang tak best dan tah apa-apa ni sebab harini movie Kolumpo dah keluar..walaupun aku tak tau tah dapat ke tidak aku tgk movie tu (sbb tak ada kwn yg sama taste wayang) tapi tetap nak promote tak berbayar la jugak.. adios
 
 
P/S: ni kan cite yang Yuna n Qi nyanyi sama-sama (KL Kita)
 
 
 
Pss..ni just my overview and my opinion okiessss :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 16 November 2013

Review Flavettes Vitamin C Effervescent

hai selamat hari ahad u olls. kenapa sejak menjak ni hari ahad ni macam blues-blues jer, mcm mendung angin sepoi bahasa dan sangat nikmat untuk dienjoy? ohhh sejak bekerja ni, saya mula menghargai hari Ahad yang sungguh istimewa. Saya? Aku la. hehe. okayla straight to the point, aku nak tulis review mengenai Vitamin C yang baru dibeli beberapa mggu lepas. oh mungkin sudah cecah sebulan. 


vitamin Flavettes ni aku kenal sejak seorang kawan mula ambil as a supplement. dari situ aku dah mula tertarik dengan caranya yang boleh larut dalam air dan boleh terus nikmati kesedapannya. rasanya pun memang sedap! (tak tipuuuu). mulalah perlahan-lahan tertarik dgn produk ni, dahla mengandungi 1000mg kandungan vit C okekkk.banyak tauuuuu.harga pulak berpatutan dan jenamanya pun boleh dipercayai. kiranya bukan jenama-jenama yang macam kat FB produk nama ape ntah pastu tunjuk muka berkesan dengan hanya menggunakan teknik edit kat hp semata-mata. noooo..


produk ni ada kat mana-mana farmasi, mmg senang nak cari. makanya pada suatu hari aku pun belila Flavettes Effervescent ni. hah?tak tahu rupanya macam mana? okay dia dalam kotak, dan dalam tu ada 3 botol mengandungi 10 pil setiap satu botol. memang packaging pun aku suka sangat-sangat sebab sebab sebab...sebab dia best. hehehe..

sumber: Google

HARI PERTAMA
hari pertama minum vitamin c (aku ambil malam sebelum tido, memang feeling syokla sebab sedap). keesukan paginya aku macam biasa je, tapi dalam sejam dua tu perut aku dengan tiba-tiba memulas. untuk pengetahuan, aku jarang membuang di pagi hari. so, dalam hati ni kata 'Oh bagus jugak vitamin ni, boleh membuang di pagi hari. perkara sama seperti ni berlaku dalam 2 minggu pertama aku ambik supplement ni.


sumber: Google
macam nilah packagingnya


DUA MINGGU KEMUDIAN
ada satu malam aku terjaga dari tidur (around 3.30 pagi) terasa perut ni semacam. rasa pedih, rasa terhakis sampai aku xboleh sambung tidur. sakitnya sampai terasa kat dada,u know macam sakit gastrik la. (aku tak ada sakit gastrik) aku mengerang kesakitan (wah ayat mcm novel) hampir sejam dan aku tak boleh tahan so aku pun pergilah membuang pada pukul 4.30++ lepas tu aku masih lagi sakit perut,dan menggigil sedikit,aku rasa nak makan nasi, so aku makan nasi pepagi buta tu. 


bila lepas makan nasi, aku try nak tidur, tapi tak boleh, aku duduk bersila sambil perut sakit-sakit lagi. dalam 20minit,perut aku beransur reda,dan masa tu aku start baring dan aku boleh tidur..esuk paginya masih ada baki sakit perut(umpama perut aku ni luka terkoyak) dan aku agak trauma untuk menyentuh vitamin C tu lagi. huhuhuu.. sakit perut tu berterusan dan kadang-kadang sakit selama 5-6 hari walaupun aku tak ambik dah vitamin tu. sekarang ni aku dah tak sakit perut, tapi pabila makan sesuatu yg agak pedas, perut aku dah start sakit. dan aku syak aku dah mula ada penyakit gastrik. :( 


sebelum ni aku punya perut mmg tak ada masalah, kalau nak makan pedas ker,makan apa-apalah atau perut kosong ke mmg tak meragam. tpi sekarang....dah sensitif la pulak. So kesimpulannya, aku tak dapat apa-apa benefit memakan Flavettes Effervescent ni, mungkin perut tak sesuai dengan bahan-bahan dalam vit c tu..dan aku ada banyak lagi vitamin tu. sampai sekarang aku tak sambung semula minum vitamin tersebut..


:(

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 9 November 2013

Review Pencuci Muka Bio-Essence Bird Nest

haiii u ollss..ok i olls dah tak sedih-sedih kat entry ni. hehehe entry kali ni nak buat review mengenai ahhh apa yang aku tulis kat tajuk tu la kkkkk. dasar pemalas nak taip balik! tanggal 25 Sept (1st time dpt gaji) aku start beli pencuci muka Bio Essence ni. sebelum beli tu aku memang dah review para blogger mengenai produk ni. ramai yang kata okay, best, tapi agak mahal.


tapi tapi tapi aku dah berminat dgn Bio-Essence ni sejak zaman study (hek eleh baru beberapa bulan lepas je ponn)  so bagi memenuhi kemahuan nafsu maka aku pun membelinya. oklah, aku nak cerita dulu penggunaan pencuci muka sebelum ini. semasa zaman study, aku kan SUKSIS, aku kawad aku  tak pakai pencuci muka yang boleh cerahkan muka, aku pakai Ginvera. kebetulan masa nak pilih pencuci ada pulak sales Ginvera ni. okay bagus jugak guna pencuci ni, muka rasa fresh. dan tiada la kesan-kesan mengelupas ke hapa. dan lepas tu aku guna Clean& Clear yang warna hijau, yang mmg untuk kesegaran muka aja. 

lebih kurang mcm ni la pencuci muka sepanjang 3 tahun. Ginvera punya xjumpa dalam Google

bllablablabla maka abeslah SUKSIS aku setelah 3 tahun, makanya tiada lah aku berpanas-panasan muka, berapi berhitam. masa tu aku mmg dah awal-awal beli Tia Amelia. pencuci muka yang based sabun tu, kena potong-potong. ntah kenapa aku beli, tapi teringin (eley ekceli sebab dia murah kenzzz) so aku start pakai Tia Amelia bila pencuci muka lama dah habis. masa tu aku dah praktikal, so baru balik pentauliahan, kulit sunburn habes, tak caya tanyala kawan-kawan suksisku. dalam masa sebulan setengah je, ada orang perasan aku dah cerah. 


lelaki okekkk yg perasan, dia kata oii budak cerah. dia ckp kat aku ko ni kejap gelap,kejap cerah. haaaa nampak tak betapa berkesannya Tia Amelia tu terhadap kulitku? ok Pika pun guna, ha tgkla kulit dia putih camno. okay aku mmg suka pakai Tia Amelia, dahlah murah, boleh buat aku putih..pakai pun lamaaaa gila nak abes. tapi lama-kelamaan aku rasa aku nak stop la keputihan muka aku (putih sgt ke noksss). no laaa tapi aku ni mempunyai sepasang tangan yang agak gelap.

bagi sesiapa nak kulit putih dgn bajet kecil, maka pakailah ini. 
p/s:untuk kulit muka yg normal. yg ada jerawat besar2 tu aku xtaulah.

maka,aku tak naklah perbezaan begitu ketara antara muka dan tangan. tak suke eeeee. mmg tak suka tau. lagi satu lepas cuci muka pakai Tia Amelia, aku sentiasa rasa  seperti ada suatu tarikan di muka (muka tegang? ehh ape ye nak describe) dan muka kesat. yelah, sabun kan..kering..dan juga muka aku ada liang pori di sekitar cheek yang agak kelihatan. so aku tak suka. so aku decide aku nak tukar pencuci muka.


makanya terbelilah Bio Essence yg aku idam-idamkan selama ini. beli dua botol (130g each) baru rm 35++ jer. memang jimat okayyy. tgah ada offer masa tu. hihi so mmg suka. FYI ini adalah pencuci muka termahal aku pernah beli, ala yelah, aku ni budak biasa-biasa jer.. so 1st time apply, baunya sgt wangi, bau sarang burung yg mcm minuman tu. ehehehe. 

comfyy dengan ini.


lepas lap muka, aku rasa muka aku lembap, mcm bila sentuh dgn tapak tangan dia melekat. alaaa mcm iklan Hadalabo (tapi ni ckit jela melekatnya) dan tak terasa pun muka ni tegang okkkk. dan lepas beberapa minggu aku guna ni, cerah tu memang tak adelah, tapi liang pori-pori yg terbuka tu mcm dah makin mengecil..hilang tu belom lagi..agaknya kalau beli semua produknya mcm toner+moisturizer insyaAllah lagi elok la kut kulitku ini.. hehehe nantilah beli yang tu..beli benda yang penting-penting dulu ah..heheheeee


next time la k I beli complete..hikhikkk
:D


AKU TAK DAPAT TNJUK GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS SEBABNYA KAMERA AKU XSHARP OKEKKKKK. KAMERA BB JE KANNNN. HUAHUAHUAAAA 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

ending blog ini menyedihkan hatiku :(

Assalamualaikum salam hujung minggu gugurls sekalian..apa khabar orang kampung? lama sudah tak berjumpa. ecewwah sambil nyanyi lagu Sudirman tau. ^^ dah hampir dua minggu aku tak berblog, keinginan tu ada, tp aku kan jenis yg suka buat kerja tertangguh-tangguh. macam la penat sangat (tangan di dada, mata ke atas)

okay-okay nak cerita apa dulu ehh? okay la cerita pasal gambar pre-konvo. alaaaa ape ni pre-konvo lagie.. heyyyy biarlah sebab yang kali ni dgn kawan yg lain pulok. memang kitorang dah hire seorang mamat nie, kawan kepada adik Ain. dia merupakan seorang amatur dlm bidang photography ni. so mmg tak la expect gamba super duper cantik mcm Amalina Tuna ( junior sekolah aku ni (xkenal pon,kawan yg habaq)) ke, Annas Easkey ker kan..hahaha, janji ada lah tukang gambar ambilkan gambar kami berlima..pon dah cukup..


appointmentnya bermula lepas zuhur la, so lepas solat,makan,kami pun bergerak ke destinasi pertama. iaitu depan Dewan Besar. kat situ scene memang cantik, tapi kalau photographer ambik x cantik, xcantik la kan..lulz.hehehe. aku tengok balik gamba-gamba tu banyak buat aku tergelak-gelak la.hehehe bila tgk gamba tu,teringat scene-nya. hahaha suka la sangat3! aku letakla beberapa gamba kat blog ni. hehehe


lokasi pertama kami, jyeahhh. pika je yang berani naik.
pastu payah nak turun.kekeke



cehh citahh suke la tu org point kat dia. cehcehhhh (OO)



lokasi kedua, kat pokok Lagenda Budak Setan


ni masa ada budak-budak kat belakang ni, aishhh kacau je kkk



rupa-rupanya students tu dak blok Ain


ni masa aku dah halau diorang. ceceh xhalau, tapi ckp
"kejap ea dik,kitorg nak amik gambar sat"

ni masa amik gambar kat Pullman. aku dah nak balik time ni, da nak dekat kul 7,nak balik towang-towang tatottt hehehe


sukalah gambar ni sebab dia shoot dekat, barula jelas okekkkkk. hehehe 


GENG NI AKU GELARKAN SEBAGAI TEAM TERIMA DIRI MASITAH SEADANYA.
LOVE YOU GUYSSSS. AKU RASA KORANG LA PALING NAMPAK APA KELEMAHAN AKU DAN MEMANG TAHU APA JE TAHAP AKU MASA BELAJAR. HUAAAAA MANA LAGI NAK JUMPA KAWAN SEPERTI INIIIIIIIIII. #nanges #lovelovelove #xoxo



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 23 Oktober 2013

Berbelanja+ Pre-Konvo

Assalamualaikum..nampaknya hari untuk menyambut penghabisan belajar di UPM semakin hampir. (Hari Konvo lah) untuk pengetahuan, aku akan berkonvo pada hari Selasa depan, ya lagi 7 hari sahaja lagi. Countdown hujung bulan ada banyak benda yang menanti sebenarnya. Antaranya:


  • Convocation Day
  • Powerbank Hello Kitty dr Jepun
  • Beberapa helai baju cantik-cantik dari Mira Kawaii Shop
  • Selendang dari Cozyra

nampak? banyak bukannnn..sejak dah bekerja ni, membuak-buak nafsu keinginan aku nak beli itu ini. Dengan menanam hajat hanya untuk spending over over ni hanya untuk bulan 10 ni aje demi feeling feeling memanjakan diri. hahahaha. semoga bulan depan dah tak ada lah nak overspending ni. aku nak menabung pastu nak beli rumah cepat-cepat! ahad yang lepas aku dan kawan-kawan telahpun mengambil jubah untuk konvokesyen minggu depan. kitorang siap hire photographer (amatur laaa) lagi tau. hehehe tak sabar nak tggu gambar tu nanti. theheheee. 


masa ambik jubah tu ada jugak ambik gambar dgn kawan-kawan kolej. nah letak kat sini jer lah


sabtu datang kawan punya #Eday 


dah bertunang dah ai nie. tahniahhhh


di panas yang terik... 


walaupun panas,gambar kami clear.. 


 annoyingnya muka aku...waa nano da berjilbab. bagusnya..


 pre-konvo..


aku suka gambar nie.walaupun mata macam juling kalau perati betul-betul


k ni gambar kat bilik tv Lekir. hehehe i <3 LEKIR. cantik blok lekir aww


cantik-cantik kawan aku walaupun berpanasan..

silau..but i like it~ 
hehehe

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 1 Oktober 2013

Tips kahwin bajet dan moden

Assalamualaikum dan Selamat Pagi cikgu

janjinya semalam nak post pasal tips kahwin moden dan bajet, tapi hari ni baru mampu nak post. im sorry.. thihiiii...ni aku copy dari Terfaktab tau, ada penulis yg kongsi tips yg agak berguna lah bagi sesiapa yang nak kahwin tapi dalam bajet yg kecil saje. sekali lagi aku nak mention, aku copy dari Terfaktab tau :)



Tips Kahwin Cara Cheapskate (tapi masih proper)

1) Mula awal.
Lepas anda decide nak kahwin, mula awal. Research harga sana-sini. Bila anda well-informed, anda tahu mana tempat murah mana tempat mahal.Ini akan prevent orang lain untuk masuk campur. Oh ya, dapatkan "team persiapan kahwin" yang terdiri dari member-member yang banyak contact. Member, bukan family member (kalau nak juga, adik beradik yang sebaya). Kejap lagi saya bagitahu kenapa.

2) Elak libatkan orang materialistik
First thing bila anda decide nak kahwin, mesti ada seorang hamba Allah yang akan terlebih excited. Dia akan bagitahu hantaran apa paling bagus, mana katering paling best, mana planner paling best, mana tempat paling power. Tapi, harganya MASYAALLAH awak ingat saya anak menteri besar Sarawak?

Orang ini, (malangnya) biasanya family member. Makcik, pakcik, sedara belah bakal menantu, atau kalau lagi malang, parents sendiri. Kalau mereka bagi cadangan, senyum je. Kalau mereka cuba influence bakal mentua/parents anda, senyum je. Dengar saja apa kata mereka, tapi cari option lain, dan buat persiapan tanpa melibatkan mereka. Beli cincin, jangan bagitau. Tempah katering, jangan bagitau. Pergi beli baju pun jangan beritahu. Bila mereka marah cakap saja "Ala, dah beli/book dah tak boleh cancel, etc etc". Memang mereka akan merajuk tapi tak adalah lama. Tak adanya makcik/pakcik/ipar/kakak/parents nak merajuk sampai mati sebab awak tak pilih baju kawin kaler champagne buatan Rizalman.

3) Membeli persiapan
Ini tips paling banyak perempuan suka. Yeay! OK saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu cincin, baju dan persiapan lain. Tapi sebelum itu ada tips yang sama--tetapkan belanjawan berapa untuk SETIAP barang tersebut, dan survey sebanyak mana boleh. Tak ada masa survey? Itulah gunanya member "team persiapan kahwin" no 1 tadi.

a) Cincin: Ini saya tak ingat tips dari siapa (kalau ada yang ingat mohon beri link di komen). Kalau anda pergi ke kedai, tengok cincin dalam bajet anda sahaja. Contoh, pergi ke kedai emas dan kata "Budget saya RM300-400. Cincin emas dalam harga tu ada?" Usually salesgirl akan tunjukkan anda cincin tersebut. Dan antara cincin tu ambillah yang mana paling cantik/glemer yang pasangan anda berkenan. Ini dapat mengelak daripada masuk kedai, lepastu pasangan ter"minat" satu cincin tapi lepas tu baru tahu harga dia luar budget (tapi terpaksa bayar sebab pasangan dah kempunan). also, a few other tips:
i- Sentiasa check harga emas dunia. Bila jatuh baru beli. (biasanya time tu kalau anda ke mall, nampak kedai emas penuh makcik-makcik, terus le masuk LOL)
ii- Cincin kedai Melayu (aka kedai emas Kelantan) lagi murah dari kedai emas Cina/syarikat femes. Also, silver lagi murah dari suasa. Belilah silver untuk ikut sunnah Nabi.
iii-Cincin ada permata harga dia tetap. Tak ada permata, harga depend harga emas dunia.
iv-Cubic zirconia lebih murah dari berlian. Tak dapat bezakan apa itu zirconia dan berlian? Bagus. Belilah cubic zirconia. Most people tak dapat bezakan anyway, except makcik-makcik yang dah taraf pemastautin kedai emas.

b) Baju kahwin beli ke sewa? Beli ke sewa paling murah? Well, melainkan anda ada sedara yang boleh kautim atau pandai jahit sendiri, harga jahit memang mahal. Walaupun kain pasang ada semurah RM250, tapi kalau jahit baju kahwin dia caj ratus-ratus juga. Solusinya? Mass-produced baju kawin.
Ya betul, saya tak tipu. Hari tu ke jalan TAR. Tak ingat nama kedainya--tak ada papan tanda besar pun, bangunan stail lama pulak tu, tingkat atas lagi--tapi bila masuk semuanya baju nikah/kahwin yang mass-produced. Harga paling rendah RM100 (gila kan? tapi sexay sangat saya rasa, so saya ambik yang RM200). Veil, tudung, beli dari kedai tudung borong. Masuk kedai tu penuh makwe-makwe yang rupa macam blogger jual tudung. Nampak diorang, you know you're in the right place. Harga kalau kat butik RM79, kat sana RM19. Jimat Hoi!

Oh ini lagi satu tip dari kawan saya: nikah pagi, kahwin tengahari. Pakai baju yang sama. Tukar sikit je, kalau nikah pakai songkok, kahwin tukar la ke tengkolok. Ikatan samping nikah simple, samping kahwin ikat bunga. Gitu. (p.s. kalau sewa baju pengantin, dia tak akan bagi tudung utk perempuan, dan kasut untuk lelaki. Dua ni anda kena beli.)

c) persiapan lain - benda - benda macam hiasan hantaran, bunga telur (atau mak mertua saya panggil "berkat") memang agak mahal. Melainkan anda rumah memang dekat Nilai, nak cut cost memang susah. Cara saya: pergi kilang. Yes. Kilang barang hantaran untuk cari dulang, hiasan dan goodie bags. Ya, kilang coklat untuk beli dalam bunga telur dan Ya, sekarang tengah cari kilang percetakan pula. Gila tak gila? Pernah kena herdik kot dengan staf kilang barang hantaran sebab beli sikit-sikit tapi muka cheapskate ni tebal. Harini kena herdik, besok datang lagi. Kakaka!

4) wedding planner
Biasanya mereka akan offer baju sewa+pelamin+andaman pakej. Dan pakej untuk kahwin di rumah lebih murah dari kahwin di dewan. Sebab apa? Sebab pelamin. Jadi janganlah ambil pelamin. Bukan amalan Islam pun. (pasangan saya ok pasal ni. mak kitorang pun ok. fuh! *lap peluh*) Makan beradap sudah. Kalau nak spot ambil gambar, buat guestbook booth yang berhias, atau gerbang depan pintu.
Ok persoalan di sini: nak ambil pakej ke tak? Ada orang kata murah. Tapi di sini pakej 2k dan tak murah. Jadi saya tak ambil pakej. Bila ambil asing-asing, rupanya lagi murah sikit dua ratus gitu. Tapi sikit pun OK lah kot!


5) photographer, jurumekap dan lain-lain
Hire a blogger. Yes, hire a blogger. Banyak blogger yang baru nak naik, dan baru nak berjinak-jinak dalam bidang perkahwinan. Mereka caj samada sama dengan planner, or up to 100-200 less. Yang nama-nama besar macam annaseaskey memanglah cantik, tapi tengok baki dalam Maybank2u ni tak berapa nak cantik memang kirim salam jelah nak amik. LOL!

Yang bagusnya pasal blogger ni mereka ada blog atau page Facebook yang tunjuk hasil seni diorang. So boleh lah banding-bandingkan kualiti kerja dan harga. Dan mereka mudah nak contact kalau nak ajak kenal-kenal (kenal boleh mengorat jangan!).


6) catering
katering, cheapskate macam mana pun, ini part yang paling susah untuk di kawtim. Ambil murah sangat takut dapat yang jenis halai-balai kang satu dewan cirit-birit. Dan kalau tetamu adalah ramai, terpaksa ambil syarikat yang dah biasa buat large-scale sebab mereka ada equipment untuk masak banyak. Ini boleh  burn up to RM15k duit korang. Boleh pergi umrah tiga kali woi!

Solution saya ialah ambil yang syarikat paling kualiti tapi ambil pakej yang paling rendah. (mana-mana adik saya yang baca ni tolong jangan bagitau mak. haha!). Saya sendiri pergi premis dia dan puas hati tengok dia pakai steel cooking pot ala-ala kilang. Makan pun, sedap juga (ya, anda boleh jadualkan sesi food tasting. Telefon dia untuk confirm). Jadi ambil pakej paling basic yang ada nasi minyak, lauk briyani, dalca dan air berperisa. basic stuff. Asal tak ada orang sakit perut kena salmonella sudah.

Jangan risau takut malu dengan kawan-kawan sedara mara kalau lauk simple. Be logical. Takde dosanya buat katering tak ada bubur kacang atau soft-serve ice cream. Kawan anda yang sebenar kawan, cuma akan datang nak tengok anda kahwin, berkenalan dengan pasangan anda, ambil gambar dan upload ke facebook. Yang jenis mengumpat tu bukan kawan namanya, tu acah-acah wedding reviewer. Jadi wedding reviewer boleh dapat mende? At least jadi sports reviewer masuk TV Astro Arena. Trololol.

OK lah setakat tu je saya nak kongsi. Ada banyak lagi, but I'll post as I go along. Yang penting, biar anda dan pasangan sekepala. Selagi perkahwinan ni menggunakan duit anda berdua, selagi tu anda berdua berhak menentukan ke mana perginya duit anda dan bukan makcik, pakcik, kakak, abang atau ibubapa anda. Saya syukur sangat dalam hal ini kami sama-sama anti kawin mahal. Dia kata nak buat parti Kelab Kahwin Kenduri Murah tapi kita kena tunggu PRU14 la baru boleh bertanding

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 29 September 2013

ini semua rezeki Allah

ASSALAMUALAIKUM...


dulu masa jadi student, aku selalu terfikir nanti bila dah bekerja dan menulis blog, penulisan seseorang tu akan berubah kononnya mcm dah semakin matured kan, so ayat tu mcm matang-matanglah. ataupun akan menulis sesuatu topik yang berat atau pun berkongsi perihal dewasa jer ker. ataupun penulisan berkualiti dengan kata ertinya. 

anyway walaupun korang tak bertanya, aku Alhamdulillah dah pun bekerja officiall-nya. namun aku ada tempoh probation, which is 6 bulan (lama tu) baru la dapat tau status aku tetap ke atau tidak. semoga prestasi aku sentiasa bertambah baik walaupun sekarang ni agak slow pick-up sikit. al maklumlah aku 0 experience kut lagi-lagi kerja bahagian akaun ni. ye,aku bekerja lari bidang sekarang ni namun atas keterpaksaan hidup, pilihan yang aku ada di depan mata sekarang ni ialah kerja aku sekarang ni. 

pengalaman bekerja aku ni betul-betul rare dari kawan-kawan yang lain. tempat kerja pun tak sama macam orang lain. aku bekerja di Westport, which is dalam BM-nya Pelabuhan Barat. Ya,aku kerja di Pulau Indah. Syukur sangat-sangat dapat bekerja di kawasan Klang,masih di area rumah aku jugaklah walaupun secara puratanya perjalanan Sijangkang-Westport memakan masa 45minit. tak terasa jauh disebabkan laluan aku bekerja teruuuuuuuss je. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, dan bayaran gaji pun Alhamdulillah memang memuaskan hati.

tiada apa yang mampu aku ucapkan selain dari memanjat kesyukuran kepada Tuhan di atas rezeki yg telah dilimpahkan-Nya. semoga aku tak lupa diri dan semakin dekatkan diri kepada Tuhan. dan sentiasa berharap aku dapat stay terus dengan kerja yang aku dah ada sekarang ni. bila mengenangkan pencapaian aku sekarang ni walaupun takdelah tip-top seperti rakan-rakan sekelas namun aku tetap bersyukur sebab aku dapat rasakan ke-murah-an rezeki aku ni adalah datang daripada berkat doa ibu-ayah aku.

mereka berdua sangat rajin solat Dhuha,solat sunat malam-malam dan walaupun aku tak tahu sama ada mereka doakan aku atau tidak,namun dah mmg lumrah ibu bapa kan, mesti sentiasa doakan kejayaan anak-anaknya. dulu aku memberontak tidak mahu duduk di rumah dan bekerja dekat kawasan rumah kerana tak yakin akan dapat kerja yang bersesuaian di sini. namun persepsi aku salah sesalah yang mungkin. ibu bapa kita lebih tahu dari kita walaupun mereka dah tua. Allah dah buktikan sebenarnya apa kata mak ayah aku benar-benar belaka. 

aku sungguh bahagia dengan kerja-ku,walaupun environment tempat kerja aku dikelilingi dengan kontena dan ratusan lelaki di dalam westport tu. bayangkan, kat ofis aku hanya ada 3 orang wanita termasuk aku. apa-apapun sekarang ni masalah kerja sudah boleh aku ketepikan, dan sekarang proses mematangkan diri atau dlm erti kata yang lain ialah proses membentuk seorang yang bertangungjawab terhadap ibu, ayah, keluarga dan juga bakal pasangan. 

bercakap pasal bakal pasangan, melihat rakan-rakan lain yang sudah bergelar tunangan org, isteri orang,emak orang memang mencabar keinginan diri ini untuk menjadi seperti mereka. namun aku harus berfikir dengan waras, tak semudah itu.dan aku sedar, banyak perkara dlm diri aku perlu diperbetulkan sebelum mahu ke fasa yang lebih serius itu. ya, aku dulu banyak buat kesilapan lebih-lebih lagi dari sikap aku bersama orang tersayang. sampai sekarang ni pun aku masih dalam fasa memperbaiki sikap yang tak bagus tu terhadap org yang aku sayang. semoga aku akan semakin matang dan seterusnya barulah aku yakin aku nak bertunang,berkahwin dan fasa-fasa seterusnya. 

buat masa ni komitmen aku kepada kedua orang tua sahaja. dan menjadi seorang bujang dan bekerja ni membuatkan aku menghargai rakan-rakan yang pernah aku ada. walupun tak serapat mana. mungkin disebabkan fktor kat tempat kerja aku tak ada girls yg sebaya aku kot. imagin,aku sorang je belum berkahwin kat dalam ofis tu. :D ok, banyak sungguh aku menaip ni. semoga korang rasa best baca blog aku kali ni. see ya guys! ;)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 28 Ogos 2013

mohon



Esuk ada interview, semoga bejaya citah. nak reveal dua filem best, tapi bukan kali ini. nantikan. 
:)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 20 Ogos 2013

Sekolah Rendah

Setelah 12 tahun meninggalkan sekolah rendah, raya tahun ni lah baru dapat jumpa cikgu sekolah rendah. terasa amat tua bila fikirkan dah 12 tahun meninggalkan sekolah rendah.

namun memori masih jelas bermain di fikiran, bagaimana cikgu yang garang mendenda anak muridnya, bagaimana cara cikgu mengajar di dalam kelas, dengan siapa kita berkawan, ianya sungguh jelas ! 

raya kali ni aku dan kawan-kawan sempat berjumpa dua orang cikgu yang available disebabkan kami beraya malam. al maklumlah kawan-kawan kan dah bekerja, waktu malam yg available oleh semua orang. 


cube teka cikgu yg mana ? 
yg tengah tu..muka maintain muda tu..


cube teka cikgu yang mana? 
ha..yang tudung hijau tu la..


inilah sekolah rendah aku dulu..


cikgu sekolah rendah aku semua muka maintain muda..badan pun maintain jer kot. anak-anak murid dia yg gomoks (aku lettew)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Komik Lee Chong Wei

selamat hari raya yang ke-13. memang dah tak ada orang bertandang ke rumah Ali Murtada melainkan posmen dan pos laju jer. hehehe. harini nak review buku komik Lee Chong Wei Jejak Libasan Jaguh yang diterbitkan oleh Gempak Starz. aku peminat tegar komik ( Gempak Starz, Detektif Conan) berpendapat buku ni amatlah bagus dan best serta menarik dan juga bersesuaian untuk semua peringkat umur 

Firstly, buku ni menceritakan tentang atlet negara kita, iaitu Dato' Lee Chong Wei. haa siapa kat sini tak suka Lee Chong Wei ? semua rakyat Malaysia sayangkan Dato' LCW kite. komik ni ada episod-episod, macam yang aku dah baca ni episod 2, di mana penceritaan mengenai perjalanan Dato' LCW masa baru masuk sekolah sukan dan bagaimana dia dibuli oleh seniornya. sangat kejam senior dia tau ! 

Seterusnya komik ni sangat cantik dengan karekter yang dihasilkan juga amat menarik minat aku. perjalanan cerita yang jelas, mudah difahami juga diselitkan lawak-lawak yg sinonim dengan Gempak Starz memang best. bagi sesiapa yang dah biasa  dgn komik-komik Gempak Starz konfirm korang akan rasa best baca komik ni. 

cover depan komik ni 

Lepas tu komik ni bukan sekadar kartun sahaja, tapi ada banyak diselitkan informasi-informasi permainan badminton seperti kelebihan dan kekurangan sistem pemarkahan 21 mata, bagaimana untuk bermain badminton dan bermacam lagi. Oh dan jugak ada lawak-lawak ringan. hehehe.


kat tengah-tengah tu ada informasi mengenai badminton :)


ada jugak lawak mini 

Bagi korang yang meminati Dato' LCW atau peminat Gempak Starz, u guys should buy this comic. sedikit tambahan, buku ni sangat-sangat bagus untuk kanak-kanak bagi menggalakkan mereka suka dgn sukan badminton serta terdapat banyak unsur-unsur positif macam tidak cepat putus asa, tidak mengaku kalah dan macam-macam lagilah. boleh kata buku ni memang tak de kekurangan dan memang sangat berbaloi dengan harganya RM15 sahaja. :)


aku sayang Lee Chong Wei ! 

dah makin gemuk ! 
>.<


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 19 Ogos 2013

#Malam



Malam yang sunyi lagikan sepi ini
Ku terbayang kelibatmu
Yang mampu menggetarkan jiwa nan tenang
Bagai ditegur oleh sang Naga

Bagaimana harus aku
Menahan rasa itu
Yang semakin mencengkam diri
Yang semakin memakan diri

Ku berbalik pada yang asas
Ku merenung zaman yang lepas
Ku menatap kesilapan
Ku menginsaf pada yang Esa

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 28 Julai 2013

Peningkatan Usia

Assalamualaikum..

ehh kali malam ni dah malam yang ke-20 ramadan tau. aiyooo cepatnya ! cepat-cepatlah cari kerja citah oii..aku tak sanggup lah nak menganggur lama-lama. tapi kalau buat bisnes pun okay ape kan. mudah-mudahan rezeki bertambah-tambah la lepas ni ye. kali ni aku nak tulis pasal diri aku. aku memulakan dunia blog ni sejak dari tahun 2009 kot, aku betul-betul tak ingat lah bila bermulanya aku kenal dunia blog. 

masa tu kiranya masih zaman remaja, sangat passion nak berblog ! suka nak cerita apa yang berlaku pada diri aku atau cerita pasal mengimbau zaman-zaman dulu kala. hihihi bila fikirkan semula sekarang ni rasa nak tergelak pun ada lah. aku dulu rajin join giveaway/contest dalam blog, aku suka amik gambar then post kat blog, tunjuk dating dengan bekas pakwe, gambar keluar dengan kawan-kawan, masa raya lah, masa jalan-jalan lah, g shopping lah dan macam-macam lagilah ! 

aku seronok sangat dengan dunia blog. aku sanggup habiskan masa untuk menghias background blog, letak lagulah, icon lah, dan macam-macam lagi lah ! seronok tau bila customize blog kita. secara tak langsung aku pandai lah faham sikit-sikit bahasa web/HTML. hari berganti hari..bulan berganti bulan dan tahun bergant tahun..sampailah sehingga ke hari ini aku masih berblog. 

aku sekarang lebih suka membaca blog orang dan aku merasakan seperti sekarang ni dah tiada apa-apa aktiviti yang nak diceritakan kepada semua orang. mungkin kehadiran laman sosial yang baru seperti facebook dan twitter membuatkan diri aku ni kurang masa berblog. gambar byk post kat FB, manakala cerita harian aku banyak aku lepaskan di Twitter. aku mahukan passion aku yang dulu tu datang semula supaya aku lebih banyak masa di dunia blog.

even dah ada FB dan Twitter, tapi aura blog ni lain perasaannya, entah mungkin blogger tegar memahami apa yang aku rasa. dulu aku rajin blogwalking blog-blog orang dan tinggalkan jejak...tapi sekarang dah kurang.mungkin usia semakin meningkat membuatkan passion aku berkurangan tapi itu bukanlah alasannya ! ramai je blogger femes yang lebih tua dari aku boleh spend masa pada blog masing-masing but why not me?

panjang betul bebelan aku hari ni.. aku tak ada gambar la nak letak dalam post ni sebab malas nak upload. Broadband pun dah capai limit, so tunggu aku mwnulis di awal bulan ni ya? Salam Ramadhan semua. :)


p/s:ada sesiapa tak yang berperasaan cam aku ni ea? 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 23 Julai 2013

Aura White Chocolate Indulgence / Aura White Lemon Berry

Assalamualaikum..
semua pernah dengar produk AURA WHITE tak?

nak tau, kebaikan Aura White sungguh banyak berbanding produk yang lain. bukan sahaja banyak kebaikan, malahan rasanya yang sungguh sedap telah banyak menambat hati para pembeli. 

awak yang di luar sana, jika inginkan kulit yang cantik tapi tiada bajet yang tinggi untuknya, pada pendapat saya, produk-produk Aura White lah yang paling bersesuaian dengan anda !

Aura White ini merupakan produk hasil daripada syarikat Bumiputra. Ya sudah tentunya ia dijamin HALAL dan diluluskan oleh KKM. Jadi anda boleh gunakannnya tanpa ragu-ragu. Ya lah kan, sedangkan artis/pelakon dikenali di tanah air kita juga menggunakan produk ini ! (Hanez Suraya)

JOM BACA INFO SELANJUTNYA.....



KANDUNGAN UTAMA AURAWHITE CHOCOLATE INDULGENCE:


  • Dark Chocolate
  • Tilapia Collagen
  • Omega 3 Salmon Fish
  • L-Glutathione
  • Co Enzyme Q10
  • Pearl Powder
  • Hyaluronic Acid (HA)
  • Pitera
  • Multivitamin
  • dan bahan2 terpilih yang 20 kali lebih kandungan antioksidan!

tengok di gambar saja dah cukup menggiurkan. anda bagaimana??


P/S: inilah artis yang saya katakan tadi ! 
#Mantap.. 
Aura Shine tablet boleh kunyah yang sangat sedap dan berkhasiat..




psst.... 
 6 HADIAH PERCUMA jika anda membeli AURAWHITE PERISA LEMON BERRY !

1. Whitening mask
2. Shaker
3. Hair Vitamin
4. Shiseido Black mask
5. Eye Mask
6. Lip Mask



  • Disaran mengambil AURAWHITE CHOCOLATE pada waktu pagi untuk permulaan hari yang lebih aktif dan bertenaga. 

  • Manakala AURA WHITE PERISA LEMON BERRY 900,000MG diminum pada waktu malam untuk keberkesanan lebih hebat! 



 CARA PENYEDIAAN AURA WHITE


1. Masukkan 2 scoop serbuk Aura White Beauty ke dalam shaker yang berisi 120 ml air suam atau air masak (Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang) atau 120 ml jus buah - buahan kegemaran anda ke dalam shaker

* Jika anda mengambil ubat- ubatan seperti yang disarankan oleh doktor, campuran dos perlu dikurangkan iaitu setengah scoop sahaja.

2. Goncangkan shaker tadi dengan aksi anda tersendiri.

#Bancuh dengan air sejuk untuk rasa yang ummphh... lazat!
#Sesuai untuk lelaki & wanita.



BAGAIMANA?
TERUJA UNTUK MENIKMATI KELAZATANNYA?



SMS "SAYA NAK AURAWHITE" ke 013-3721458
 untuk dapatkan harga luar daripada biasa !


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 15 Julai 2013

KUIH RAYA 2013



Assalamualaikum....


Diam tak diam, pejam celik pejam celik tak sangka hari ini sudah pun masuk hari ke tujuh kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. wah wah betul-betul cepat masa berlalu kan??? aku pun memang tak sangka dah lama jugak aku menganggur kat rumah. hehehe...


Bulan puasa ni memang sepatutnya kita kenalah melakukan amalan yang mulia dan terpuji sebanyak mungkin. sepatutnya setiap bulan pun kita kena buat macam tu tau, tapi kalau sebagai permulaan, kita bolehlah mulakan dari bulan Ramadhan yg mulia ni. jika tak selalu mengaji, masa inilah kita perbanyakkan bacaan Al-Quran, nanti bila dah terbiasa, maka kita seniasa amalkan amlan mengaji ni bukan dalam bulan puasa sahaja. Jadi, tekadkan dalam hati itu, kita ingin memulakan sesuatu amalan mulia sekarang ini juga! #pesanan ni untuk diri sendiri


puasa, puasa jugak..awak-awak semua dah prepare untuk raya? OK..aku faham baru seminggu berpuasa tak kan dah sibuk nak raya pulak kan? theheeee..prepare sikit-sikit pun OK, janganlah sampai terlalu asyik untuk pikir pasal raya sampai terlupa bulan Ramadhan ni.. tak elok tau.. aku tanya pasal preparation sebab aku nak promote pasal kuih raya..


 kali ini aku jual beberapa jenis KUIH RAYA..ada tart, popiah, banana cupcake, dan jugak almond london serta snow almond... kat bawah ni ada gambar-gambar kuih dan kalau ada yang berminat jangan malu jangan segan untuk menempah dekat aku..kualiti dijamin tiptop sebab memang sedap! (bukan nak puji diri sendiri tapi sebab ini kawan aku yang buat, dan aku memang suka dia buat kuih-kuih ni...aku jual pun sebab nak share dengan korang semua betapa sedapnya kuih-kuih ini) 


 <<<<<<<<<<<<<<<<<<< TART >>>>>>>>>>>>>>>>>>>

PERISA:
~ coklat
~ coklat putih
~ coklat strawberi

~ RM28/50pcs

Jangan risau. Tart ni pon boleh pos.
 Aku berani jamin kalau sampai kat korang kondisi tart ni okay je :)
 (sebab banyak kali buat)

semenanjung ~ RM10
ss ~ RM15

PERISA:
~ coklat
~ coklat putih
~ coklat strawberi

~ RM28/50pcs

Jangan risau. Tart ni pon boleh pos.
 Aku berani jamin kalau sampai kat korang kondisi tart ni okay je :)
 (sebab banyak kali buat)

semenanjung ~ RM10
ss ~ RM15




 <<<<<<<<<<<<<<<<<<< POPIAH >>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Antara perisa yang ada ialah:
~ gula
~ nestum
~ lada hitam

HARGA
~ RM16 untuk 1/2kg
~ RM30 untuk 1kg

POSTAGE?
Jangan risau kalau korang berada jauh sebab popiah ni ada buat servis postage. 
Rate untuk postage macam kat bawah ni:

1/2kg
~ semenanjung: RM7
~ ss: RM12

1kg
~ semenanjung: RM10
~ ss: RM15




<<<<<<<<<<<<<<<<<<< BANANA MUFFINS >>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MUFFIN (banana/chocolate)
~ RM20/50pcs

KEK (pisang a.k.a banana)
~ RM10 (saiz seperti dalam gambar ya)




<<<<<<<<<<<<<<<<<<< ALMOND LONDON& SNOW ALMOND >>>>>>>>>>>>>>>>>>>

harga sempena RAMADHAN:
50pcs/RM25
100pcs/RM48
200pcs/RM90
**harga tidak termasuk postage

harga sempena RAMADHAN:
50pcs/RM25
100pcs/RM48
200pcs/RM90
**harga tidak termasuk postage




boleh terus contact aku kat:
 sitimasitahalimurtada@gmail.com
komen kat bawah ni beserta num contact anda
facebook.com/sitimasitah.alimurtada
twitter.com/citahebat


so, apa pendapat anda tentang entri ini?