Assalamualaikum..
ehh kali malam ni dah malam yang ke-20 ramadan tau. aiyooo cepatnya ! cepat-cepatlah cari kerja citah oii..aku tak sanggup lah nak menganggur lama-lama. tapi kalau buat bisnes pun okay ape kan. mudah-mudahan rezeki bertambah-tambah la lepas ni ye. kali ni aku nak tulis pasal diri aku. aku memulakan dunia blog ni sejak dari tahun 2009 kot, aku betul-betul tak ingat lah bila bermulanya aku kenal dunia blog.
masa tu kiranya masih zaman remaja, sangat passion nak berblog ! suka nak cerita apa yang berlaku pada diri aku atau cerita pasal mengimbau zaman-zaman dulu kala. hihihi bila fikirkan semula sekarang ni rasa nak tergelak pun ada lah. aku dulu rajin join giveaway/contest dalam blog, aku suka amik gambar then post kat blog, tunjuk dating dengan bekas pakwe, gambar keluar dengan kawan-kawan, masa raya lah, masa jalan-jalan lah, g shopping lah dan macam-macam lagilah !
aku seronok sangat dengan dunia blog. aku sanggup habiskan masa untuk menghias background blog, letak lagulah, icon lah, dan macam-macam lagi lah ! seronok tau bila customize blog kita. secara tak langsung aku pandai lah faham sikit-sikit bahasa web/HTML. hari berganti hari..bulan berganti bulan dan tahun bergant tahun..sampailah sehingga ke hari ini aku masih berblog.
aku sekarang lebih suka membaca blog orang dan aku merasakan seperti sekarang ni dah tiada apa-apa aktiviti yang nak diceritakan kepada semua orang. mungkin kehadiran laman sosial yang baru seperti facebook dan twitter membuatkan diri aku ni kurang masa berblog. gambar byk post kat FB, manakala cerita harian aku banyak aku lepaskan di Twitter. aku mahukan passion aku yang dulu tu datang semula supaya aku lebih banyak masa di dunia blog.
even dah ada FB dan Twitter, tapi aura blog ni lain perasaannya, entah mungkin blogger tegar memahami apa yang aku rasa. dulu aku rajin blogwalking blog-blog orang dan tinggalkan jejak...tapi sekarang dah kurang.mungkin usia semakin meningkat membuatkan passion aku berkurangan tapi itu bukanlah alasannya ! ramai je blogger femes yang lebih tua dari aku boleh spend masa pada blog masing-masing but why not me?
panjang betul bebelan aku hari ni.. aku tak ada gambar la nak letak dalam post ni sebab malas nak upload. Broadband pun dah capai limit, so tunggu aku mwnulis di awal bulan ni ya? Salam Ramadhan semua. :)
p/s:ada sesiapa tak yang berperasaan cam aku ni ea?