sila tengok dan click

Ahad, 29 September 2013

ini semua rezeki Allah

ASSALAMUALAIKUM...


dulu masa jadi student, aku selalu terfikir nanti bila dah bekerja dan menulis blog, penulisan seseorang tu akan berubah kononnya mcm dah semakin matured kan, so ayat tu mcm matang-matanglah. ataupun akan menulis sesuatu topik yang berat atau pun berkongsi perihal dewasa jer ker. ataupun penulisan berkualiti dengan kata ertinya. 

anyway walaupun korang tak bertanya, aku Alhamdulillah dah pun bekerja officiall-nya. namun aku ada tempoh probation, which is 6 bulan (lama tu) baru la dapat tau status aku tetap ke atau tidak. semoga prestasi aku sentiasa bertambah baik walaupun sekarang ni agak slow pick-up sikit. al maklumlah aku 0 experience kut lagi-lagi kerja bahagian akaun ni. ye,aku bekerja lari bidang sekarang ni namun atas keterpaksaan hidup, pilihan yang aku ada di depan mata sekarang ni ialah kerja aku sekarang ni. 

pengalaman bekerja aku ni betul-betul rare dari kawan-kawan yang lain. tempat kerja pun tak sama macam orang lain. aku bekerja di Westport, which is dalam BM-nya Pelabuhan Barat. Ya,aku kerja di Pulau Indah. Syukur sangat-sangat dapat bekerja di kawasan Klang,masih di area rumah aku jugaklah walaupun secara puratanya perjalanan Sijangkang-Westport memakan masa 45minit. tak terasa jauh disebabkan laluan aku bekerja teruuuuuuuss je. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, dan bayaran gaji pun Alhamdulillah memang memuaskan hati.

tiada apa yang mampu aku ucapkan selain dari memanjat kesyukuran kepada Tuhan di atas rezeki yg telah dilimpahkan-Nya. semoga aku tak lupa diri dan semakin dekatkan diri kepada Tuhan. dan sentiasa berharap aku dapat stay terus dengan kerja yang aku dah ada sekarang ni. bila mengenangkan pencapaian aku sekarang ni walaupun takdelah tip-top seperti rakan-rakan sekelas namun aku tetap bersyukur sebab aku dapat rasakan ke-murah-an rezeki aku ni adalah datang daripada berkat doa ibu-ayah aku.

mereka berdua sangat rajin solat Dhuha,solat sunat malam-malam dan walaupun aku tak tahu sama ada mereka doakan aku atau tidak,namun dah mmg lumrah ibu bapa kan, mesti sentiasa doakan kejayaan anak-anaknya. dulu aku memberontak tidak mahu duduk di rumah dan bekerja dekat kawasan rumah kerana tak yakin akan dapat kerja yang bersesuaian di sini. namun persepsi aku salah sesalah yang mungkin. ibu bapa kita lebih tahu dari kita walaupun mereka dah tua. Allah dah buktikan sebenarnya apa kata mak ayah aku benar-benar belaka. 

aku sungguh bahagia dengan kerja-ku,walaupun environment tempat kerja aku dikelilingi dengan kontena dan ratusan lelaki di dalam westport tu. bayangkan, kat ofis aku hanya ada 3 orang wanita termasuk aku. apa-apapun sekarang ni masalah kerja sudah boleh aku ketepikan, dan sekarang proses mematangkan diri atau dlm erti kata yang lain ialah proses membentuk seorang yang bertangungjawab terhadap ibu, ayah, keluarga dan juga bakal pasangan. 

bercakap pasal bakal pasangan, melihat rakan-rakan lain yang sudah bergelar tunangan org, isteri orang,emak orang memang mencabar keinginan diri ini untuk menjadi seperti mereka. namun aku harus berfikir dengan waras, tak semudah itu.dan aku sedar, banyak perkara dlm diri aku perlu diperbetulkan sebelum mahu ke fasa yang lebih serius itu. ya, aku dulu banyak buat kesilapan lebih-lebih lagi dari sikap aku bersama orang tersayang. sampai sekarang ni pun aku masih dalam fasa memperbaiki sikap yang tak bagus tu terhadap org yang aku sayang. semoga aku akan semakin matang dan seterusnya barulah aku yakin aku nak bertunang,berkahwin dan fasa-fasa seterusnya. 

buat masa ni komitmen aku kepada kedua orang tua sahaja. dan menjadi seorang bujang dan bekerja ni membuatkan aku menghargai rakan-rakan yang pernah aku ada. walupun tak serapat mana. mungkin disebabkan fktor kat tempat kerja aku tak ada girls yg sebaya aku kot. imagin,aku sorang je belum berkahwin kat dalam ofis tu. :D ok, banyak sungguh aku menaip ni. semoga korang rasa best baca blog aku kali ni. see ya guys! ;)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?