sila tengok dan click

Sabtu, 16 November 2013

Review Flavettes Vitamin C Effervescent

hai selamat hari ahad u olls. kenapa sejak menjak ni hari ahad ni macam blues-blues jer, mcm mendung angin sepoi bahasa dan sangat nikmat untuk dienjoy? ohhh sejak bekerja ni, saya mula menghargai hari Ahad yang sungguh istimewa. Saya? Aku la. hehe. okayla straight to the point, aku nak tulis review mengenai Vitamin C yang baru dibeli beberapa mggu lepas. oh mungkin sudah cecah sebulan. 


vitamin Flavettes ni aku kenal sejak seorang kawan mula ambil as a supplement. dari situ aku dah mula tertarik dengan caranya yang boleh larut dalam air dan boleh terus nikmati kesedapannya. rasanya pun memang sedap! (tak tipuuuu). mulalah perlahan-lahan tertarik dgn produk ni, dahla mengandungi 1000mg kandungan vit C okekkk.banyak tauuuuu.harga pulak berpatutan dan jenamanya pun boleh dipercayai. kiranya bukan jenama-jenama yang macam kat FB produk nama ape ntah pastu tunjuk muka berkesan dengan hanya menggunakan teknik edit kat hp semata-mata. noooo..


produk ni ada kat mana-mana farmasi, mmg senang nak cari. makanya pada suatu hari aku pun belila Flavettes Effervescent ni. hah?tak tahu rupanya macam mana? okay dia dalam kotak, dan dalam tu ada 3 botol mengandungi 10 pil setiap satu botol. memang packaging pun aku suka sangat-sangat sebab sebab sebab...sebab dia best. hehehe..

sumber: Google

HARI PERTAMA
hari pertama minum vitamin c (aku ambil malam sebelum tido, memang feeling syokla sebab sedap). keesukan paginya aku macam biasa je, tapi dalam sejam dua tu perut aku dengan tiba-tiba memulas. untuk pengetahuan, aku jarang membuang di pagi hari. so, dalam hati ni kata 'Oh bagus jugak vitamin ni, boleh membuang di pagi hari. perkara sama seperti ni berlaku dalam 2 minggu pertama aku ambik supplement ni.


sumber: Google
macam nilah packagingnya


DUA MINGGU KEMUDIAN
ada satu malam aku terjaga dari tidur (around 3.30 pagi) terasa perut ni semacam. rasa pedih, rasa terhakis sampai aku xboleh sambung tidur. sakitnya sampai terasa kat dada,u know macam sakit gastrik la. (aku tak ada sakit gastrik) aku mengerang kesakitan (wah ayat mcm novel) hampir sejam dan aku tak boleh tahan so aku pun pergilah membuang pada pukul 4.30++ lepas tu aku masih lagi sakit perut,dan menggigil sedikit,aku rasa nak makan nasi, so aku makan nasi pepagi buta tu. 


bila lepas makan nasi, aku try nak tidur, tapi tak boleh, aku duduk bersila sambil perut sakit-sakit lagi. dalam 20minit,perut aku beransur reda,dan masa tu aku start baring dan aku boleh tidur..esuk paginya masih ada baki sakit perut(umpama perut aku ni luka terkoyak) dan aku agak trauma untuk menyentuh vitamin C tu lagi. huhuhuu.. sakit perut tu berterusan dan kadang-kadang sakit selama 5-6 hari walaupun aku tak ambik dah vitamin tu. sekarang ni aku dah tak sakit perut, tapi pabila makan sesuatu yg agak pedas, perut aku dah start sakit. dan aku syak aku dah mula ada penyakit gastrik. :( 


sebelum ni aku punya perut mmg tak ada masalah, kalau nak makan pedas ker,makan apa-apalah atau perut kosong ke mmg tak meragam. tpi sekarang....dah sensitif la pulak. So kesimpulannya, aku tak dapat apa-apa benefit memakan Flavettes Effervescent ni, mungkin perut tak sesuai dengan bahan-bahan dalam vit c tu..dan aku ada banyak lagi vitamin tu. sampai sekarang aku tak sambung semula minum vitamin tersebut..


:(

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 9 November 2013

Review Pencuci Muka Bio-Essence Bird Nest

haiii u ollss..ok i olls dah tak sedih-sedih kat entry ni. hehehe entry kali ni nak buat review mengenai ahhh apa yang aku tulis kat tajuk tu la kkkkk. dasar pemalas nak taip balik! tanggal 25 Sept (1st time dpt gaji) aku start beli pencuci muka Bio Essence ni. sebelum beli tu aku memang dah review para blogger mengenai produk ni. ramai yang kata okay, best, tapi agak mahal.


tapi tapi tapi aku dah berminat dgn Bio-Essence ni sejak zaman study (hek eleh baru beberapa bulan lepas je ponn)  so bagi memenuhi kemahuan nafsu maka aku pun membelinya. oklah, aku nak cerita dulu penggunaan pencuci muka sebelum ini. semasa zaman study, aku kan SUKSIS, aku kawad aku  tak pakai pencuci muka yang boleh cerahkan muka, aku pakai Ginvera. kebetulan masa nak pilih pencuci ada pulak sales Ginvera ni. okay bagus jugak guna pencuci ni, muka rasa fresh. dan tiada la kesan-kesan mengelupas ke hapa. dan lepas tu aku guna Clean& Clear yang warna hijau, yang mmg untuk kesegaran muka aja. 

lebih kurang mcm ni la pencuci muka sepanjang 3 tahun. Ginvera punya xjumpa dalam Google

bllablablabla maka abeslah SUKSIS aku setelah 3 tahun, makanya tiada lah aku berpanas-panasan muka, berapi berhitam. masa tu aku mmg dah awal-awal beli Tia Amelia. pencuci muka yang based sabun tu, kena potong-potong. ntah kenapa aku beli, tapi teringin (eley ekceli sebab dia murah kenzzz) so aku start pakai Tia Amelia bila pencuci muka lama dah habis. masa tu aku dah praktikal, so baru balik pentauliahan, kulit sunburn habes, tak caya tanyala kawan-kawan suksisku. dalam masa sebulan setengah je, ada orang perasan aku dah cerah. 


lelaki okekkk yg perasan, dia kata oii budak cerah. dia ckp kat aku ko ni kejap gelap,kejap cerah. haaaa nampak tak betapa berkesannya Tia Amelia tu terhadap kulitku? ok Pika pun guna, ha tgkla kulit dia putih camno. okay aku mmg suka pakai Tia Amelia, dahlah murah, boleh buat aku putih..pakai pun lamaaaa gila nak abes. tapi lama-kelamaan aku rasa aku nak stop la keputihan muka aku (putih sgt ke noksss). no laaa tapi aku ni mempunyai sepasang tangan yang agak gelap.

bagi sesiapa nak kulit putih dgn bajet kecil, maka pakailah ini. 
p/s:untuk kulit muka yg normal. yg ada jerawat besar2 tu aku xtaulah.

maka,aku tak naklah perbezaan begitu ketara antara muka dan tangan. tak suke eeeee. mmg tak suka tau. lagi satu lepas cuci muka pakai Tia Amelia, aku sentiasa rasa  seperti ada suatu tarikan di muka (muka tegang? ehh ape ye nak describe) dan muka kesat. yelah, sabun kan..kering..dan juga muka aku ada liang pori di sekitar cheek yang agak kelihatan. so aku tak suka. so aku decide aku nak tukar pencuci muka.


makanya terbelilah Bio Essence yg aku idam-idamkan selama ini. beli dua botol (130g each) baru rm 35++ jer. memang jimat okayyy. tgah ada offer masa tu. hihi so mmg suka. FYI ini adalah pencuci muka termahal aku pernah beli, ala yelah, aku ni budak biasa-biasa jer.. so 1st time apply, baunya sgt wangi, bau sarang burung yg mcm minuman tu. ehehehe. 

comfyy dengan ini.


lepas lap muka, aku rasa muka aku lembap, mcm bila sentuh dgn tapak tangan dia melekat. alaaa mcm iklan Hadalabo (tapi ni ckit jela melekatnya) dan tak terasa pun muka ni tegang okkkk. dan lepas beberapa minggu aku guna ni, cerah tu memang tak adelah, tapi liang pori-pori yg terbuka tu mcm dah makin mengecil..hilang tu belom lagi..agaknya kalau beli semua produknya mcm toner+moisturizer insyaAllah lagi elok la kut kulitku ini.. hehehe nantilah beli yang tu..beli benda yang penting-penting dulu ah..heheheeee


next time la k I beli complete..hikhikkk
:D


AKU TAK DAPAT TNJUK GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS SEBABNYA KAMERA AKU XSHARP OKEKKKKK. KAMERA BB JE KANNNN. HUAHUAHUAAAA 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

ending blog ini menyedihkan hatiku :(

Assalamualaikum salam hujung minggu gugurls sekalian..apa khabar orang kampung? lama sudah tak berjumpa. ecewwah sambil nyanyi lagu Sudirman tau. ^^ dah hampir dua minggu aku tak berblog, keinginan tu ada, tp aku kan jenis yg suka buat kerja tertangguh-tangguh. macam la penat sangat (tangan di dada, mata ke atas)

okay-okay nak cerita apa dulu ehh? okay la cerita pasal gambar pre-konvo. alaaaa ape ni pre-konvo lagie.. heyyyy biarlah sebab yang kali ni dgn kawan yg lain pulok. memang kitorang dah hire seorang mamat nie, kawan kepada adik Ain. dia merupakan seorang amatur dlm bidang photography ni. so mmg tak la expect gamba super duper cantik mcm Amalina Tuna ( junior sekolah aku ni (xkenal pon,kawan yg habaq)) ke, Annas Easkey ker kan..hahaha, janji ada lah tukang gambar ambilkan gambar kami berlima..pon dah cukup..


appointmentnya bermula lepas zuhur la, so lepas solat,makan,kami pun bergerak ke destinasi pertama. iaitu depan Dewan Besar. kat situ scene memang cantik, tapi kalau photographer ambik x cantik, xcantik la kan..lulz.hehehe. aku tengok balik gamba-gamba tu banyak buat aku tergelak-gelak la.hehehe bila tgk gamba tu,teringat scene-nya. hahaha suka la sangat3! aku letakla beberapa gamba kat blog ni. hehehe


lokasi pertama kami, jyeahhh. pika je yang berani naik.
pastu payah nak turun.kekeke



cehh citahh suke la tu org point kat dia. cehcehhhh (OO)



lokasi kedua, kat pokok Lagenda Budak Setan


ni masa ada budak-budak kat belakang ni, aishhh kacau je kkk



rupa-rupanya students tu dak blok Ain


ni masa aku dah halau diorang. ceceh xhalau, tapi ckp
"kejap ea dik,kitorg nak amik gambar sat"

ni masa amik gambar kat Pullman. aku dah nak balik time ni, da nak dekat kul 7,nak balik towang-towang tatottt hehehe


sukalah gambar ni sebab dia shoot dekat, barula jelas okekkkkk. hehehe 


GENG NI AKU GELARKAN SEBAGAI TEAM TERIMA DIRI MASITAH SEADANYA.
LOVE YOU GUYSSSS. AKU RASA KORANG LA PALING NAMPAK APA KELEMAHAN AKU DAN MEMANG TAHU APA JE TAHAP AKU MASA BELAJAR. HUAAAAA MANA LAGI NAK JUMPA KAWAN SEPERTI INIIIIIIIIII. #nanges #lovelovelove #xoxo



so, apa pendapat anda tentang entri ini?