sila tengok dan click

Selasa, 22 April 2014

Girls Day Out Edisi Aprilia

Assalamualaikum..


next week aku bagi review pasak krim kontur okey..aku kan kat bila bercakap pasal kawan, memang tak banyak BFF.. eh memang tak ada kot? aku ada sorang ke bff tapi lelakilah.. semua benda aku share dengan dia. aku tak pernah sorok. 


eheh apa ni, walaupun zaman sekolah menengah dah lama aku tinggalkan dalam 7 tahun tapi aku tetap berhubung rapat dengan kawan sekelas aku dulu.geng ni la yang selalu hangout sesama sejak zaman form 5 sehingga lah sekarang ni. tak pernah renggang, selama 7 tahun menjalinkan hubungan bersama dorang ni, kitorang asyik berseronok aje. maksud aku bila dengan dorang kongsi berita happy, g melepak makan makan ambik gambar ramai2 dan pernah bercuti bersama-sama..tak sangka dah 7 tahun bersama sama, ada yang aku kenal sejak sekolah rendah tapi aku lebih mengenali dorang sejak tingkatan 5 sehingga kini.


masing masing sambung belajar kat U, masing masing kerja hebat hebat (kecuali aku je) masing masing berjaya  dengan hidup mereka..Alhamdulillah happy aku tgk kawan kawan yang berjaya. haritu buat gathering makan makan kat Flaming Kota Kemuning. pernah pergi dengan diorang ni 3 tahun ke 2 tahun lepas. pergh terbaiklah kan.. bahahaha.. 



makanan kat Flaming ni memang mewah,asikkkkk sekali! hahaha makanan dengan aku takkan dapat dipisahkan. we love each other hehehe. tapi haritu aku lupa betol nak snap gambar makanan hahaha kerana taksub dengan monopod sampai tak ingat laaaaa! dekat Flaming ada beberapa section. ada section seafood, ha macam macam ada cakaplah nak apa semua adaaaa! ketam sotong udang lagi ntah apa lagi lah umm nyum nyum aku teringat laaaa. lepastu ada section bebola ha ni macam2 jenis bebola ada, amgry bird pun ada. hehehe. lepastu section nasi, mee, ayam goreng buah buahan kentang wedges dan dimsum.. aigooo teringat ingat lah makanan kat sana.. sedappp.. lepastu ada section aiskrim, ada macam macam aiskrim, ada coklat, ada biskut, mashmellow, dan lastly yang penting ada section air.. hehe siap boleh buat ABC tau! aaaaa!! kenapa tak ingat nak snap semua niiiiiiiiii uhukssss.. 


kesimpulannya weolls kekenyangan lepas makan sampai rasa malas nak drive balik umah ahahaha! nahlah beberapa keping gambar selfie. 

              gmbar masa mula mula sampaiii


               ni masa solat mahgrib kat giant



         semua happy sebab dapat makannn


         ni semua kekenyangan nomnommmm


               in love wif my smlc in San Paulo. hikhikk


ps: i love food so much! 



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 17 April 2014

Misi Seminggu Menggunakan Krim Kontur Mata Safi Rania. Berjaya atau Tidak?

Assalamualaikum..

sepatutnya aku dah post entry ini isnin atau selasa lepas tapi aku hold je sebab penat dan tak ada kesempatan nak berblog. maka malam ni memang aku da tekad untuk post entry ini jugak walaubagaimanapun. hikhik. minggu lepas aku buat misi untuk memakai krim kontur mata disebabkan mata aku mempunyai eye bag yg menyerlah. so inilah reviewnya. 


            inilah krimnya..15 g


           ni lah teksturnya. cepat meresap, sejuk sejuk dan best. rasa sleepy now zzzzz..


perasaan memakai krim kontur ini bila disapu bawah mata terasa sejuk seketika dan ada rasa mengantuk mengantuk sikit. mungkin sebab krim ni rasa sejuk agaknya.hehe. pernah pakai masa waktu siang lepas pakai terus tertidur 2 jam. hehe.kat bawah ni aku akan post beberapa gambar sebelum seminggu dan selepas seminggu ye. cuba korang bagitahu, ada perubahan atau tak? 


              ini gambar sebelum

               ini pun gambar sebelum



          ni gambar sepanjang seminggu. abaikan jerawat tu


          ni gambar latest. erkkkk 

              latest. selepas seminggu guna krim kontur

                 latest tapi versi dalam bilik

                  gambar pagi tadi. 




so apa pendapat korang? tolong bagitahu ye.. pada pendapat aku, macam sama je..belum ada kesan yang ketara. uhuk uhuk. tapi tak apa, kalau seminggu belum berkesan, aku tunggu dua minggu, kalau belum berkesan jugak aku tunggu tiga minggu  dan seterusnya.. sampailah habis produk ni.




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 6 April 2014

Misi: Seminggu nak pakai Safi Rania Gold; Krim Kontur Mata

Assalamualaikum... 

apa habaq.. kali ni aku nak buat misi untuk memakai krim kontur mata dari produk Safi Rania sebab aku mempunyai masalah mata yg sembap, eyebag dan dah ada garis halus. 

aku setiap pagi sangat gemar berselfie. so bila dah selfi dan tngok balik gambar sendiri, mak aih bawah mata tu... 

        bawah mata tu tskkk. btw lipcream tu brand nyx Athens

       pun masih nampak macam tak cukup tidur jaga anak. padahal kawen pun belum.

         adoi malu pulak tempek gambar sendiri banyak banyak tskkk

so dengan itu aku pun bertekad untuk mengurangkan lingkaran bawah mata tu dengan membeli produk penjagaan mata. mula-mula macam nak beli serum Jobanic tu, tapi memandangkan bajet aku tak semewah itu, makanya aku pun decide untuk membeli produk safi rania(sebenarnya dah lama teringin pakai produk safi rania tu tapi masalahnya pencuci Bio Essence aku banyak lagi) hehehe. 

     ni gambar tanpa makeup, filter. see nampak kan mata tu. tang kulit sila abaikan. zzz


    ni gambar bila aku dah letak krim kontur mata tersebut.. kita tunggu seminggu lagi yea.. hehehe.. nantikan minggu depan punya review ye.. hehe

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 3 April 2014

Review: Bio Essence Sleeping Mask vs Organic Aid

Assalamualaikum.. 



boring so rasa nak buat review sekejap.. hehe. okey so baca tajuk dah tahu kan nak cakap pasal ape? 

aku dah pernah buat review untuk kedua-dua krim ni rasanya. tapi ini cuma untuk nak buat perbandingan dari segi tekstur dan perasaan si pengguna bila memakai kedua2 krim tersebut.

untuk yg Bio Essence tu, bila pakai cepat je menyerap pada kulit, bila pakai muka nampak glowing-glowing, terasa ringan sangat krimnya, sejuk cikit, dan memang perasaan si pemakai rasa macam cantik je macam comel je rasanya. hahahaha. 

             ni tekstur dalamnya. halus,mulus, dan cinta kudus! kah3

manakala yang Organic Aid ni bila pakai cepat juga meresapnya,kesat sebab tekstur krim agak likat, terasa hampir nak berpeluh, dan ada bau cikit, bau tak wangi dan tak busuk. 

         Organic Aid. pekat melekat. haha

secara kesimpulannya, aku lebih suka memakai yang Bio Essence tu berbanding Organic Aid. tapi kedua-duanya bagus untuk kulit aku. (aku tak pakai dua produk ni sekaligus) 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?