sila tengok dan click

Jumaat, 25 Julai 2014

Review Lipstick yang ada

pada hari ini (17/07/2014) boleh kata aku kat opis asik tengok review round lipstick NYX je.aku tengok review yang memakai Round Lipstick(RL) Tea Rose dgn Thalia. sebab aku baru je beli secara online kedua dua lipstick tu.aku suka kan warnanya,natural dan lembut tapi dalam pada masa yang sama aku takut la kalau warna warna tu tak berapa sesuai dengan aku yang tak berapa nak cerah ni.takut sangat kalau tersalah beli sebab sebenarnya da banyak kali aku tersalah beli.tapi biasanya aku tersalah beli bila aku beli direct depan mata.buat masa ni beli lipstick online okey je pulak.hehe..


okey so sebabkan tadi aku tengok review blog-blog kecantikan,so aku tau lah sikit style atau gaya macam mana blogger ni nak tunjuk kat kite sama ada lipstick tu cantik ke tak,sesuai ke tak.so harini aku saja-saja nak review lipstick yang aku ada.dahlah beli tapi tak nak pakai-pakai. sekarang ni brand yang aku percaya ialah brand NYX especially Soft Matte Lip Creamnya sebab tekstur yg matte tu membuatkan aku rasa seperti tak pakai pape kat bibir.so lipstick-lipstick yang sebelum ni memang aku jarang pakai sebab bibir aku agak kering dan xsesuai nak pakai lipstick. tapi sebab harini saja saje nak review,aku pakai jelah. hehehe feeling-feeling blogger makeup pulak kan..lagipun aku tengah tak boleh solat so kite layannnn. tengok gambar je lah ek. 


                  dari kiri: nyx smlc san paulo,smlc athens,avon simply pretty Shiny Liquid Lipgloss Sparkle(crimson sparkle),avon simply pretty Dew Kiss Lip Tint(Sweet Pink),Avon ColorBliss Lipstick(CB24),colorbliss (CB14),Silky Girl Moisture Rich(03),Nutrimetics Chic Moisturizing  Lipstick(Thursday)  

 
           ini adalah swatches di lengan aku mengikut susunan gambar lipstick-lipstick di atas.


              dari kiri ke kanan,atas ke bawah.bare lips(tak letak sebarang lipstick),san paulo,athens,crimson sparkle


         dari kiri ke kanan,atas ke bawah.
Avon sweet pink,Avon CB24,Avon CB14,SilkyGirl(03)


           last sekali Nutrimetrics Thursday.yang gambar selfie bawah tu pun dengan Thursday. 



teksture mengikut brand 
1)NYX - memang best,bibir aku pun mesra alam dengan teksturenya.akan beli lagi tetapi bukan San Paulo lagi tapi Athens ye! 

2)Avon - semua lipstick kat atas brand Avon semua tk best.maaf ye,mungkin sebab aku beli yang murah.harga tiap satu lipstick avon tu semuanya bawah rm10. tapi aku suka sangat wrna code CB24 tu.warna lawa angat.tapi agak kering hehehe.


3)Silky Girl - warna cantik,teksture pun moisture gitu.tapi aku da jarang pakai sebab dah lebih 3tahun beli.takut dah expired tapi sayang nak buang.skarang macam da tak ada je yg macam ni.

4)Nutrimetrics - dia macam matte jugak,kering tapi ada glossy sikit lah.best,warna pun lawa.tapi takut nak pakai sebab dah lama beli hahaha. 


ps:semua warna lipstick aku suka tapi bukan warna dari brand Avon kecuali CB24 tu je aku suka. hehehehe tak sabar nak tunggu RL NYX sampai pastu nak cuba.aku cuma harap teksture dia best banding Avon aku beli tu.kalau teksture tak best macam Avon nampaknya dua tiga hari jelah pakai even warnanya lawa lawa huhu.k bye! 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 10 Julai 2014

Makeup Harian Citah

assalamualaikum.mood sedih sebab sabun tokyo soap dah abes..sob sob..tengah tunggu nak sampai rumah,tapi sebelum tu dah beli sabun Adania,sabun organik yang sesuai untuk muka dan juga badan.anyway aku saje la mencuba sabun ni nak tahu sama ada sesuai ataupun tidak dengan kulit aku..kalau ada perbezaan dan sesuai dengan kulit,lepas ni dah tk perlu beli sabun TLS lagi..sebab seperti yang kita tahu,sabun TLS agak mahal. okey tujuan utama nak share psal daily makeup.sebenarnya tak ada adalah daily sangat memandangkan hari sabtu dan ahad bukannya pakai pun.


kiranya weekdays makeup,sebab pakai untuk p bekerja sahaja. aku tak pandai nak pakai makeup yang berat atau tebal sangat.cuma memadai untuk menyorok ketidak licinan muka aku.hehe.to be honest,masa mula-mula start bekerja aku rajin makeup muka dengan agak heavy. heavy bagi aku jika pakai blusher dan eyeliner sekali.sekarang ni lebih selesa tidak memakai eyeliner dan blusher. lagipun senang nak amik wudhuk.tak perlu ambil masa yang lama.


            ini je makeup harian aku bila ke tempat kerja.


1) selepas mandi,aku akan wipe kan muka aku dengan face toner daripada HADALABO.thanks yanie sebab sudi bagi for free.besstttt sangat-sangat pakai toner nieee.dia melembapkan.setiap kali pakai toner,bila nak sapukan krim bb kat muka sangat senang! thumbs up untuk hadalabo.

2) Elianto BB Cream.wahhh ni bb yang dah lama sangattt beli tak terabis-abis.dari tona muka hitam sampai ke putih.dari muda ke tua.hehe krim ni pun best! bila pakai dia menutup jugaklah parut parut kat muka aku except bekas2 jerawat yang aku gemar kopek sendiri.aku beli rm60 kot xsilap.lama sangat da beli.bila dia blend dgn toner hadalabo tu,memang terrrbaik!senang nak ratakan krim. 

3) Bedak Compact SilkyGirl. yang ini pun da lama beli,aku ni jenis suke beli walaupun belum habis pakai,mesti nak beli yang baru.so sebenarnya bedak ni da beli sejak 2tahun lepas.aku pakai sikit je,nipis sampai kadang tu xada beza dengan tak pakai bedak.hehe. 

4) NYX soft matte lip cream.sebelum ni pun mmg aku selalu dok cakap pasal smlc ni kan..aku selalu pakai yg warna cair tu berbanding yg pekat tu.hihi konon nak nampak natural la tu kenkonon.keh3.yang cair tu Athens(koleksi nyx 2014) yang pekat tu san paulo. 


haa..so ini jelah makeup harian yang aku pakai tiap2 pagi sebelum pergi kerja.kalau nak tahu,untuk lepas solat aku pakai set makeup lain pulak sebab malas nak bawak set atas ni pergi kerja.nanti kalau ada masa aku tunjuklah set daily makeup yg aku pakai selepas solat di opis. lastly nak tunjuk gambar makeup aku pakai setiap pagi. thihii 

                 ps:eyebag abaikan

                     ps:eyebag abaikan

                        ni kalau pkai nyx yg pekat tu(nampak tua an) kikikiki 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?