sila tengok dan click

Jumaat, 8 Mei 2015

pekerjaan baru aku

assalam..mintak maaf belum berkesempatan nak post cerita pasal aku ke bumi Korea.entry kali ni aku nak meluahkan perasaan dan melepaskan alasan (betul ke ayat ini?) huhu

sejak pertengahan bulan Mac aku sudah bertukar kerja daripada Hanjin Shipping ke Imigresen Malaysia. wait,apa? huhu yee sekarang ni aku dah jadi orang government la senang citenye. 


selepas 2 minggu kursus dalaman di Jab Imigresen Selangor (PKNS) aku ditempatkan di Depo Tahanan Imigresen Semenyih. what? apa tu depo tahanan? omg barulah tahu imigresen pun ada simpan tahanan.erm erm 😭 

baru sebulan lebih bekerja,tapi dah nak 3 kali aku tukar unit.entahlah pengurusan dorang ni.kiranya baru je 2 minggu kerja kat satu unit,aku dah kena pindah unit lain..next week pun aku ditukarkan unit lagi..apekah... krik krikkkk


aku sejak habis belajar,rezeki murah terus dapat kerja.Alhamdulillah..tempat kerja lama aku tak ramai perempuan, jadi selama setahun lebih bekerja di Hanjin aku tak reti nak bergaul dengan ramai perempuan selain dr kawan aku.berbeza pulak kerja kat tempat baru ni.


lelaki n perempuan sama ramai.jadi aku masih dalam proses suai kenal dgn orang.aku  dahlah tak ramah,apa lagi nak bermesra2 dengan diorang.pastu asik2 tukar unit. mungkin nampak macam alasan jer,ye memang alasan pun aku tak reti nak bergaul dengan orang2..aku akan cuba sehabis baik buat kerja aku dengan elok dan tidak mahu menyusahkan orang. dan aku rasa lebih baik aku banyak diam berbanding cakap2 merepek dan merapu. sekian.harap tak ada opismate terbaca blog sayu dan sendu ini.huhuiiii 




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 10 Februari 2015

#citahcutikorea

hai.aku tengah baring atas toto menahan kesejukan pagi ini di bumi Korea.kawan2 lain belum bangun tapi aku dah tak boleh tidur.sekarang ni dah pukul 9 waktu Korea.letih sokmo kawan2 yang lain.hihhiihi cuaca pulak sejuk,memang sedap tidur.aku tak tahu nak buat apa so apa lagi berblog lah kite.thihiiiii


hmm apa je nak cite ek? ok.nak cerita masa mula2 sampai korea lah.ala masa lepas sampai airport tu..bila kapal terbang dah landing je,kitorang masing2 berjalan untuk sahkan imigresen.masa tu beg bapak berat.penat seh.kena jalan laju pulak tu.so lepas tu nak amik luggage kak suri pulak.so kitorang ikut la ramai2 yang keluar airport.rupanya nak amik luggage pun naik subway weh.tu pun dah jauh berjalan pulaknya.pelik jugak,betul ke ni laluannya? so ikut je,sekali memang betul..hihhi so lepas amik luggage ingatnya nak solat la pulak.

tapi iyelah kan,negara korea ni memang tak de surau.eh mula2 nak buang air kecik.haha memang dah prepare dah bawak botol air kosong untuk buat tadah air.dalam toilet dorang takde air paip.so kena tadah dalam botol.haha memang hari2 takkan lupa bawak botol.hihuu.

lepastu dah setel buang air,nak amik widuk pulak.so kitorang masuklah toilet oku sebab tertutup skit.sekali tersalah tolak pulak.dah tak boleh nak bukak balik.adoi yang ni memang lawak..aku dgn sal tersekat kat dalam toilet oku.taarik2, tekan butang open close tak boleh jugak.kak suri ade je kat luar toilet sbb jaga barang2, panggil memang tak dengar.pintunya tebal kot.haha. tekan2 alhamdulillah dapat jugak bukak.hu lega..then kitorang semua amik wuduk


then cari pulak prayer room.jalan punya jalan sambil bawak troli luggage tu tak jumpa pon..last2 kak suri ajak solat di satu tempat yg bersih gakla n kurang orang lalu lalang.wuu solat je kat situ dengan pakaian yg dipakai.sebabnya memang dah fully cover aurat.

lepas solat,then p beli Tmoney.macam kad touch n go.harga 2500won.topup 20000. 

      ni lah t money tu.hehuuu.

lepas beli,cari mesin pon dah lama.nak topup pun lama gak sbb tak tahu sangat kan.then g naik KTX ke Hongik U. dah sampai stesen Hongik,tukar tren ke Ewha Women Uni pulak.masa ni tersesat pulak.so lambat skit sampai Ewha.hihhii. pastu jumpa fido.omg memang tak percaya je dah jumpa fido kat korea.masa ni dah rasa dah memang sojuk kat luar tu.aaaaaa.tadi dlm flight ,airport, memang panas belaka.

so sangat excited sebab dapat keluarkan asap dr mulut.omjeyyyy.hakhakkk! masa tu fido belanja susu pisang.pergh sedap tu!serius sedappppp! wah nak gak susu tu lagi!! hehe..lepastu fido bawak jalan2 pergi kawasan situ..then ajak kitorang makan kat satu kedai makanan korea.kitorang makan Albab kat situ.memang sedap! smpai sekarang kitorg bertiga teringin nak makan lagi albab tu.sedap bak ang! ok jom tgk gbar apa yg ada..hehe

            minum banana uyu.omjey sedap!! 

           inilah dia Albab! sedap gilos.

            ni lah fido.dia tgah buat master phd kat korea.thanks fido! 


bersambung lain hari kalau aku rajin 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 5 Februari 2015

Pertama Kali dalam flight selama 6 jam

masa aku menulis ni pada pukul 11.20 pagi,6 hb februari 2015 dan berada pada ketinggian beribu-ribu kaki dari bumi. aku terjaga dari tidur buat kali ke berapa entah. mata mengantuk,otak penat tapi masih susah nak lelap.dapat tidur2 ayam je sejak pukul 8pagi tadi.

no flight D5 704 dan aku di seat 47H.penerbangan ke Airport Incheon, Seoul,South Korea. ye,pertama kali aku naik flight selama 6jam.satu jangka masa yang lama.aku bajet aku boleh terus tidir sepanjang perjalanan,tapi tekaan aku salah.huh.malam tadi dahlah tidur lebih kurang 3jam shj.naik pening kepala ni. 

sekarang ni dalam flight lampu dah tutup.agak selesa nak tidur berbanding tadi yang terang sebab lampu dibukak.


ok lah.babai aku nak cuba sambung tidur.cerita aku bersambung pada entry lain....

so, apa pendapat anda tentang entri ini?