sila tengok dan click

Khamis, 6 Oktober 2011

masa sekolah

http://www.emocutez.com

Hari itu hari pertama aku melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah Telok Panglima Garang (SMKTPG). masa tu waktu pagi, semua pelajar sedang berhimpun. maklumlah, hari isnin lah katakan. aku terus berjalan dan mencari rakan kenalan sewaktu aku sekolah rendah. masa tu adalah jugak 2-3 org yang tegur aku. eh masitah kan? aku pun cakap, haah. sambil tersenyum kambing. aku pun duduk dekat diorang yang tegur aku tu, sebabnya aku tak tahu aku kelas yang mana satu.

Hari itu hari pertama sekolah dibuka, dan masa tu aku berada di standard 4, eh bukan. form 4 lah. masa tu lah cikgu kelas baru panggil nama-nama student yang bakal duduk dalam kelas yang dah ditetapkan. at last, nama aku dipanggil. aku dimasukkan ke kelas 4 sains 3.perasaan tu bercampur baur lah jugak. cuak sebab langsung tak tahu selok belok sekolah. nerves sebab aku memang gelababun pun orangnya. seronok gak sebab nanti aku dapat kenal kawan-kawan baru. ughkhh

akhirnya sampai lah aku kat kelas 4 sc 3 tu. mestilah ramai yang pandang pelik dengan aku, sebab aku baru je masuk kelas tu. sebelum ni aku kat sekolah lain. tapi aku ada perasan beberapa muka yang aku cam. ya, kawan-kawan sekolah rendah aku ada yg sekelas dengan aku ! kebanyakannya dak lelaki. eh eh xadalah banyak mana pun. ^^ aku ada cam sorang dak pompuan ni . namanya ain. ya, dia pun kawan sekolah rendah aku jugak tu. 

aku dapat tempat yang paling belakang sekali. hekhek. typical lah, budak baru an? mesti duk belakang. disebelahnya ada budak. nama budak ni fadzidah. aku panggil fadz aje. dia ni lau dekat kelas memang suka tidur. ha, samalah jugak dengan aku. suka sangat tidur dalam kelas. kalau tak ada cikgu mengajar, budak lain seronok aje berborak-borak, aku dgn fadz bantai tido. 

oh ya, oleh sebab aku ni budak baru, aku dapat byk kawan baru tau. satu kelas tu kawan baru aku. serius budak dalam kelas 4 sc 3 semua baik-baik belaka. memang baik lah ! aku sangat selesa berkawan diorang semua(aku kawan dgn dak pempuan aje)

subjek fizik masa form 4 ada belajar pasal tekanan (baca pressure). dan masa tu cikgu fizik adakan pertandingan membuat roket di antara budak2 class sains. kelas aku pun join jugak tapi kurang mendapat sambutan rasanye. aktiviti2 macam ni mestilah budak kelas 4 sc 1 terrer. yelah, diorang kan kelas yang pertama. semua pandai-pandai.

masa tengah sibuk-sibuk pertandingan tu kan, aku adalah terserempak dengan seorang budak laki yang cute-miut... haha. dalam hati rasa mcm nerves je (perasan sunggoh). masa tu aku rasa mcm nampak sinar aje kat muka budak tu..mungkin sebab time tu dia berkulit cerah kot. harhar ^^ sekali pandang aje dah mcm rasa tertarik lak dgn budak tu. dlam hati cakap arghh mesti dia banyak makwe, muka pun comel . 

lepas tu dah lama aku sekolah kat situ, barulah dapat tau budak yg aku suke tgk tu kelas 4 sc 1..kadang-kadang bila semua cikgu ada meeting, dia ada singgah kat kelas aku, borak dgn sape tah..aku mcm bese lah, duk diaaam dan tidur dalam kelas aje.


P/S: sambung next entry

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

3 ulasan:

aisyarina_ai(^_^)\/ berkata...

aik? sapekah bdak 4sc1 itu??? ngeh3..

citah bukan mazid berkata...

sabar ah.. aku belum habis cite ag..

citah bukan mazid berkata...

hahaha

^^