sila tengok dan click

Isnin, 27 Februari 2012

kakiku bukan kaki mu

http://www.emocutez.com

assalamualaikum ! wuuuu kaki gua sakit. jalan pun dah terhencot-hencot (betul kah ejaan). pastu bila g class pulak kwn-kwn kena jalan slow mcm aku. sian dorang kan.. emm cerita nya bermula begini. 

pada sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan ada aktiviti SUKSIS. woih mcm buat karangan pulak. pagi-pagi tu aku dah tak boleh nak buat aktiviti akibat sakit perut yang amat. 1st day PMS la pulak pepagi tu. lepastu berterusan kesakitan perutnya sampai ke tengahari. emm bukan aku tak cuba berkawad, tapi menjadi-jadi sakitnya. emm. 

so, ade lah beberapa lagi kawan yg injured turut tak dapat kawad disebabkan sakit masing-masing. jadi, daripada duk tercongok depan kawan lain yg berpanasan kawad, kami disuruh balik ke pejabat untuk mengemaskan bilik stor.tunggu punya tunggu akhirnya pintu bilik stor pun dibukak.. bila masuk masyaAllah lah! 

tak nampak laluan langsung pun! hahaha.kasut merata-rata, khemah yg basah-basah, pastu bilik tu sendiri berair. kenapa ntah boleh berair. untung tak ada bau. :) mula-mula kami disuruh membawa kasut-kasut but yg berbukit tu keluar untuk dikemas-kinikan. nak kena susun mengikut saiz. hm, lama jugak proses tu nak disiapkan. sampai ke petang la jugak. 

dalam pukul 12 lbh tu kitorang pun berhenti rehat, dan nak sambung lepas pukul 2. so kitorang pun memulakan proses mengemas balik..then dpt arahan kitorang kena bukak balik khemah yg digunakan masa perkhemahan  cuti semester. mak oih basahnye! depa tak keringkan ke mcm kita buat dulu-dulu? atoiiaiii. masa nak bentang khemah tu,dlm pukul 4 petang, masa tu cuaca panas lagi.


 kaki yg semakin membengkak



dalam 15/20minit khemah2 tu sedang dijemur, tetiba je hujan yg lebat turun.kitorang hape lagi cepat-cepat la berlari nak selamatkan khemah tu termasuklah aku sekali. lari punya lari, dapat lah selamatkn khemah daripada basah. then aku terpikir eh! kan aku ada sidai baju,nak kena angkat ni!

aku pun bgtau la kwn2 yang lain aku nak p angkat kain, masa tu aku berlari bersungguh-sungguh ah sbb nak selamatkan baju kering. tetiba..... terasa something tersusuk kat tapak kaki kiri aku..aku tgk, peh ladam kasut kawad yg bahagian tajam tu tertusuk dan melekat kat tapak kaki aku ni ha..adoiaii..masa tu rasa kebas dan pedih ..

aku pun teruskan lah p angkat baju,dan terus tak turun balik.masa tu dh pukul 5lbh la..sakitnyeee...petang tu pergi PKU dgn Cindy.dia temankan aku. mcm-mcm dia cerita.hahaha. dah sampai doktor pun kuarkan la ape ntah yg melekat kat kaki aku,then bagi ubat..

tapi! sampai skang masih sakit! sakit sebab kaki aku membengkak la pulak..hohoho..skang ni terpaksalah jalan terhencut-hencut mcm si Capik.hehehe. get well soon for me. :) 


p/s:panjang nak mampus cerita!




ubat-ubatan



mesti habiskan!




jadilah muka aku macam mintak penampor




malang betul nasib sejak  tsunami melanda


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 25 Februari 2012

re-active blog !

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. :) heeee. dah lama la tak tulis blog kan aku ni. mulai hari ini aku nak meghajinkan diri untuk berblog semula walaupun ntah ape-ape je lah entry aku nak letak. heeee. sekarang ni aku dah tak macam dulu. hem kalau ada jodoh, ada lah. kalau tak ada, nak buat mcm mana. tapi kalau aku dah mula rasa jodoh tu mcm tak panjang, aku akan mengorak langkah! hahahaha. anyway, im okay. :) 

ohh!!! okay mai sini aku nak tunjuk sorang Vlogger yang awesome bebeyh! cute jugak, tp dah ada makwe rasanya. apa-apa pun, jomm bagi telinga anda dgr suara dan lagu yang fresh! siryes sedap. 


siryes sedap dowh. anddddd lirik mmg berkaitan


1st time dgr lagu ni. padahal dia buat cover je. belum dgr dari penyayi ori


p/s:kadang-kadang syahdu la jugak emosi aku. 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 9 Februari 2012

lautan hati

http://www.emocutez.com

- bila aku jatuh cinta, awi rafael-

assalamualaikum...dalam menghadapi jiwa yang sedang luka dan berkecamuk, aku haruslah bijak menanganinya kerana aku percaya dan aku pasti lebih ramai lagi orang di luar sana menghadapi msalah yang lebih teruk berbanding diri ini.

walaupun beribu hati ini patah , kehidupan harus diteruskan juga. ombak percintaan baru melanda , dan belum lagi tsunami , mahupun gempa bumi aku semacam sudah mengaku kalah. aduh. jarang sekali ombak sebegini melanda lautan hati aku, patutlah aku dah jadi sebegini lemah. 

mmg sudah boleh dijangka ombak ini melanda sbb angin-angin yg sungguh dingin dapat dirasakan sebelum ini. tapi pada masa tu aku belum lagi buat sebarang persediaan. langsung tiada. dan sekarang ombak itu sedikit demi sedikit mengikis dasar hati ini. menjadikan dasar itu semakin jauh dgn laut. 

sekarang aku sedang cuba buat yang terbaik seperti yang dimahukan. salah siapa? diri ini merasakan salah si dia, dan si dia menyatakan salah diri ini. salah dua-dua lah kan? mahu tak mahu ajelah. kalau dah jodoh, tak ke mana. bukan aku, dia, engkau tentukan jodoh itu.

Maha Pencipta yang tentukan jodoh, ajal, maut. terima qada dan qadar. aku sedang belajar menerima dgn redha rukun iman yang terakhir itu. sedari kecik lagi asyk melafazkan "percaya pada qada dan qadar", namun mungkin sekarang ini aku baru nak aplikasikan. 

sudahlah. mood ombak, tsunami, gempa la pulak. lepas ini nak mood pelangi, aiskrim dan seantero dengannya. terima kasih ustazah dlm radio Ikim.fm, cara penyampaian dakwah anda sungguh menenangkan lautan hati saya. aissssh...


P/S: perasan tak, kalau mood jiwang, baru aku nak keluarkan kata-kata yg abnormal. keh3


so, apa pendapat anda tentang entri ini?