sila tengok dan click

Khamis, 9 Februari 2012

lautan hati

http://www.emocutez.com

- bila aku jatuh cinta, awi rafael-

assalamualaikum...dalam menghadapi jiwa yang sedang luka dan berkecamuk, aku haruslah bijak menanganinya kerana aku percaya dan aku pasti lebih ramai lagi orang di luar sana menghadapi msalah yang lebih teruk berbanding diri ini.

walaupun beribu hati ini patah , kehidupan harus diteruskan juga. ombak percintaan baru melanda , dan belum lagi tsunami , mahupun gempa bumi aku semacam sudah mengaku kalah. aduh. jarang sekali ombak sebegini melanda lautan hati aku, patutlah aku dah jadi sebegini lemah. 

mmg sudah boleh dijangka ombak ini melanda sbb angin-angin yg sungguh dingin dapat dirasakan sebelum ini. tapi pada masa tu aku belum lagi buat sebarang persediaan. langsung tiada. dan sekarang ombak itu sedikit demi sedikit mengikis dasar hati ini. menjadikan dasar itu semakin jauh dgn laut. 

sekarang aku sedang cuba buat yang terbaik seperti yang dimahukan. salah siapa? diri ini merasakan salah si dia, dan si dia menyatakan salah diri ini. salah dua-dua lah kan? mahu tak mahu ajelah. kalau dah jodoh, tak ke mana. bukan aku, dia, engkau tentukan jodoh itu.

Maha Pencipta yang tentukan jodoh, ajal, maut. terima qada dan qadar. aku sedang belajar menerima dgn redha rukun iman yang terakhir itu. sedari kecik lagi asyk melafazkan "percaya pada qada dan qadar", namun mungkin sekarang ini aku baru nak aplikasikan. 

sudahlah. mood ombak, tsunami, gempa la pulak. lepas ini nak mood pelangi, aiskrim dan seantero dengannya. terima kasih ustazah dlm radio Ikim.fm, cara penyampaian dakwah anda sungguh menenangkan lautan hati saya. aissssh...


P/S: perasan tak, kalau mood jiwang, baru aku nak keluarkan kata-kata yg abnormal. keh3


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: