sila tengok dan click

Jumaat, 12 Oktober 2012

hujan

http://www.emocutez.com



Awak,
tadi masa saya mesej awak
langit sangat cerah
sang Matahari memancar-mancarkan cahayanya
malah panasnya meyakinkan saya bahawa 
hari ini hari yang indah. saya yakin hari ini cerah. 
sebab saya dah merasai kepanasannya sebentar tadi


Awak,
namun....tak semua yang kita sangkakan akan menjadi
namun....tak semua yang kita harapkan akan berkekalan
rupanya di waktu saya menaip ayat ini
guruh yang kuat menjerit di luar pejabat
kilat yang bersinar itu terlalu kuat pancarannya
dan kita berdua hanyalah menggunakan kenderaan tanpa bumbung


Awak,
saya tak dapat nak berjumpa awak buat kali ke berapa
entah,tak terkira.
tak terbilang.
kita berdua patah harapan 
harapan untuk ketemu.
tapi tak mengapa
kerana tiap-tiap pagi
kita akan pasang niat baru,
harapan baru,
untuk berjumpa.......




tapi sampai bila ? saya harap sampai bila-bila ye awak....

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: