mesti ada yang tak faham kan apa benda la yang aku cakap ni..hehehe..macaron ni ialah sejenis manisan atau makanan ringan yang berasal daripada negara Itali..manisan ni wujud sejak tahun 1533 lagi tau.dah lama rupenya! tapi kat Malaysia ni baru meningkat naik pada 2010-2011 macam tu la..aku la baru tahu masa tu ada kawan yg beli macaron kat cikmin kot tak silap..masa tu 1st time merasa..sebelum tu tengok gambar2 je..bila makan tu macam wau mcm ni ke rasanya? wau manisnye tapi sedapnya! wau aku suka shellnya tapi tk suka filling nya.wau wau wau!
begitulah sifat keterujaan dan batak serta jakunnya first time dapat makan macaron yg diberi nano.huaaa baiknya nano bagi aku 3 ketul.mahal kot macaron tu.hah?3 ketul je mahal ke? mestilah mahal..nak tahu kenapa? haaa akak aku telah hadir ke class semata2 mau belajar membuat macaron untuk laki dia..so lepas abis class tu minggu depannya aku pun belajarlah dengan akak aku..bahan tak susah pun,tapi mahal sikitlah bab almond tu..tapi cara nak membuat tu weyy mengada tau kuih macaron ni..huhuu bila kita putarkan putih telur dan gula castor,kena ada sampai satu tahap tu kita kena stop putar.tak boleh terkurang dari state tu dan tak boleh terlebih jugak.takut texture bila dibakar ataupun masa nak makan tu tak sama macam macaron yang sebenar..
lepas itu pulak,meringue(putih telur+gula castor yang da kembang diputarkan) ni bila dah capai tahap yg sempurna(please google atau youtube nak tahu tahap tersebut) serbuk badam dan pewarna/perasa dituangkan dan apabila memutar(pakai spatula je) kena satu hala dan perlahan lahan..(youtube je tutorial buat macaron) huaaa lecehnye lah kan. ohh! forget to mention, telur tu makesure yg baru okeyh..jangan pakai yg beli seminggu lepas ke dua minggu lepas ke..nanti aku tnjuk camne jd hanya kerana memakai telur yg lama.
buat macaron ni pun kena ada mood jugak..kalau mood tu suam2 kuku tu tak payahlah buat..hahaha..n lagi satu kalau nak buat macaron makesure hari tu hari yang panas dan kering..sebab nanti lepas dah piping macaron tu,kena jemur dlm 10-15 minit kat luar sebab nak bagi dia kering..lepas tu baru boleh masuk dlm oven... nak share beberapa gambar macaron yg dibuat beberapa hari yg lepas..yg tak jadik ada,yang jadi pun ada..aku dan kakak aku masih lagi amatur,masih merangkak lagi nak belajar buat macaron..kalau ada yang percayakan kami untuk order macaron,silalah jangan segan nak sms/wassap ke 0133721458 Masitah.. fb :siti masitah ali murtada
macaron with choc ganache filling. nampak kedut2 tu sebab akak aku tak ayak serbuk badam.tapi rasanya tetap sedap sebab teknik tak salah
yang ni dua minggu lepas kami buat..teknik da btul tapi efek menggerutu tu jadi sebab pakai putih telur 2 minggu..yang gamba kanan tu pulak menjadi tapi masa ni oven da terlalu panas dan kami sgt letih masa tu nak jaga api..stress sangat rasa.. rasa nak tido je masa tu..
alhamdulillah buat pada hari yang sama tapi dah beli telur yg baru..barulah tak menggerutu serta penjagaan yg sangat manja kena sentiasa tgk oven supaya tak nak jd hangus mcm dlm gamba kat atas (ni belum letak filling)
alhamdulillah...ni macaron with nuttella filling..menjadi jugak..lepas masak letak dalam peti sejuk..ni gambar baru lepas keluar peti sejuk..for info kuih ni sangat manja,mudah pecah memang kena extra handle with care..hehehe (ni macaron yg direquest oleh kawan sy,iaitu Abel..dia nak warna turqoise n purple)
p/s:ni cara kakak aku belajar dr class memasak dia..if korang ada cara lain,kongsila ..aku pun nak tahu.. hehehehe kamera tak berapa nak sharp..tak guna kamera digital atau dslr pun..guna hp saje
Tiada ulasan:
Catat Ulasan