sila tengok dan click

Selasa, 21 Oktober 2014

resipi Macaroni Cheese my style!

Salam Aidiladha..masa aku menulis ni pada hari Selasa,07102014..maka masih ada aura raya haji tu..Alhamdulillah rezeki keluarga kami dapat beberapa plastik daging korban..Terima kasih ya Allah atas rezeki yang dikurniakan..masa sehari sebelum raya kami sekeluarga langsung tak membuat sebarang persediaan unruk beraya keesukkannya.adik beradik aku masing2 ada hal sendiri macam abang sulung nak buat korban di kawasan rumahnya kat semenyih.akak aku n abang aku lagi seorang pulak masing2 anak tak sihat dan isteri tak sihat..

jadi kami bertiga sahaja,aku mak dan ayah aku..keesukkannya barula satu persatu adik beradik aku datang..dua family je yang datang,tapi dah cukup meriah sebab ade kanak-kanak.hehe macam2 gelagat..oklah nak share satu resipi mudah.macam buat spaghetti je caranya, tapi aku nak share jugak untuk sesiapa yang baru nak belajar memasak macaroni bolehlah tengok sini..


bahan-bahan
1)Macaroni sebungkus(aku gunakan brand Kimball)
2)Sos Prego Tradisional(botol besar)
3)Daging kisar (Ramly)
4)Bawang merah & putih(ikut suka,lagi banyak lagi sedap)
5)Tomato Puree
6)Sos cili 
7)Cendawan Butang
8)Sosej(optional,aku tak letak)

              inilah bahan2nyeee


          beli yang ini je pun ok dah..kecik je


cara memasak macaroni:
1)Panaskan air bersama minyak zaitun dan juga garam.
2)Masukkan macaroni mengikut berapa banyak yg anda hendak
3)Masak macaroni sehingga lembut (dalam 10-12 minit)
4)Toskan


cara memasak kuah:
1)Tumiskan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk sehingga naik bai.
2)(jika nak pedas letakkan cili kecil mengikut selera anda)
3)Masukkan daging kisar Ramly.(peket kecil)
4)Masukkan Sos Prego dan kemudian tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.Seterusnya masukkan tomato puree,sos cili dan juga cendawan yang telah siap dipotong.
5)Tambah sedikit garam mengikut selera anda.letak sedikit perasa sekiranya anda ingin menambahkan kesedapan kuah macaroni.
6)Sekiranya anda mempunyai herba yg sesuai untuk kuah macaroni seperti thymes,sila masukkan sekarang secukup rasa.
 
             masa ni kuah xberapa panas,so cheese xberapa cair..hehe nampak tak cheese tu masih bentuk slice lagi



tambahan
bagi penggemar Cheese,ada pelbagai cara untuk menghasilkan sos cheese bagi menambah keenakan di dalam macaroni anda.bagi aku,aku hanya menggunakan cheese slice Cheddar dan aku letakkan di atas macaroni.semasa menuang kuah macaroni cheese tersebut akan cair bersama2.emm nyum nyum sedap gak! 

        ini pulak letak letak dalam oven.pun masih cheese nya belum melting sangat2..

        mudah terpikat melihat cheese licin2 ni hehehe


                    habis! 

p/s korang boleh jugak masukkan macaroni,sos macaroni dan cheese ke dalam oven untuk menghasilkan macaroni cheese bakar.tapi aku kurang gemar sebab agak dry kalau xbuat sos cheese..aku just guna cheese Kraft tu(macam dalam gambar),so xsesuai untuk dibakar.kalau buat sos Cheese tu memang better untuk dibakar..


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: