sila tengok dan click

Ahad, 31 Mei 2015

Sejam di Watsons

Salaaaaam uolsss.. hihiii nampaknya entry kalini masih lagi bukan berkenaan pasal percutian aku ke Korea.haha sorry,bagi yang menunggu tu keep calm ok! (ada ke yg tunggu?) 

kali ni aku nak bercerita pasal aku melempiaskan nafsu shopping aku di Watsons setelah hampir 3bulan tak dapat gaji.hoho, umum nya tau kan aku sekarang ni dah dapat kerja baru,kerja government la pulak.hihiii..so ceritanya aku tak gaji sejak hujung bulan 3, dan baru-baru ni barulah dapat gaji tu masa 21/5 haritu..Alhamdulillah..benda 1st yang aku nak buat bila dapat gaji ialah shopping, ehh bukan lah, bayar hutang kat mak ayah dulu.haha banyak hutang tertunggak kot dengan diorang nih. ha lepas tu barula kite shopping yey! hahah! 


sebelum gaji aku dah tanya orang kat mana watsons area semenyih,siap waze lagi kui3.. aku nak cari watsons sebab barang2 peribadi aku banyak dah tak ada dan habis. tapi kebanyakkan nak cari benda baru la ihiks! and lagi satu sebab aku ada alahan kat bahagian tangan sejak aku start kerja baru ni, aku kena beli krim untuk alergik aku ni. huhu Y__Y


antara list item yang nakkkk sangat aku beli kat watsons ialah

1) Sunblock untuk muka n tangan
reason: sejak kerja naik moto,muka and tangan aku berbelang hoih..lagipun kerja tempat aku mmg banyak keluar masuk opis ja.. sedih..kalau muka aku gelap je ok,tapi korang tahu kan,cahaya matahari boleh bagi kesan yang tak elok untuk kulit kita.abis kulit aku dahlah hitam,berpigmentasi pulak tu.nampak tua walaupun hakikatnya memang aku dah tua.hahaha (ketawa sambil nangis)

         brand yang ini la aku beli untuk sunblock muka.aku decide nak beli yg ni sebab kak fynahere review sunblock ni memang best! serius best,bila pakai tak berpeluh,sangat bagus kalau korang nak pakai sebab kulit aku jenis yg kuat berpeluh.bila pakai tak adalah peluh pun.kalau nak tau,sunblock ni boleh jadi face primer jugak tau? hihii kat situ dah jimat okey..harga dalam 30++ 

        inilah kotaknya,ada description sekali.korang baca lah! betapa bagusnya krim ni kan :')
 
oh untuk tangan aku beli yang ni pulak 

          yang ni best,sejuk jer rasa..

2) krim untuk alergik di jari aku
aku just amik yg mana aku rasa ok sbb jari aku dah tahap sakit yang amat huhu. geli pon ade aku tengok huhu. aku amik gambar ni korang jangan terkejut pulak. 

  huhu sedih bila tgk jari aku tak normal macam orang lain. ini disebabkan aku alergik dengan makanan yg gatal(seafood) n jugak elergik sabun basuh n mandi. huhu yg putih tu aku dah letak krim tau. nilah krim dia. harga rm12++ tak silap. 

so far ok la tp tak hilang betul2 pon alergik ni. kena gak jumpa dr. pakar pas ni huhu.

sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku beli masa di Watsons and aku dwcide nak buat part by part. so after this aku cerita lagi okey! ;) hihiii k bye nak mandiii

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: