sila tengok dan click

Jumaat, 18 Februari 2011

Tips Hilangkan Marah

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. :) selamat hari jumaat. hari yg paling indah aku rasa sebab tak ada class petang. hehehe. tadi dalam kelas KOC(komunikasi) lecturer ada ckap kat kami seclass. dia kata sekarang ni dah ramai sangat org yg panas baran (termasuk aku) kat dunia ni. kenapa ye? dia bagitau la, byk je sebabnye. antaranya mis-communication la, tekanan tempat kerja, keluarga, kewangan lagi.

marah, tp cun ag

memang tak dapat dinafikan, betul kata2 dia. mana tak, tidak mungkin kes penderaan berlaku, kes bunuh-membunuh dan sebagainya. semua nya disebabkan perassan amarah dan dendam. soo hari ini aku nak bagi tips untuk bagaimana caranya untuk menghilangkan rasa marah( sesuai untuk aku ni)


arghhh!

pertamanya, ingatlah kamu kepada Tuhan kita. ya, walaupun kita tgah serabut kepala dngan masalah-masalh yg menimpa, tapi bila kita berhenti seketika, dan memikirkan Allah, memang hati kita akan tenang. bacalah selawat, zikir munajat. sekejap pun OK.

keduanya, ambil lah wudhuk. ya, secara terangnya pun air itu memanglah dapatlah menyejukkan badan, dan air wudhuk merangkumi semua anggota. dan sekiranya rajin mandi pun boleh. barulaah diri terasa segar dan mapu mengelakkan sifat marah dari bertambah.

ketiganya, tarik nafas dalam-dalam, sambil kita mengosongkan fikiran yg serabut tu. tarik nafas dalam sebanyak yg kita mampu, sampai rasa marah tu semakin reda. kita juga boleh selingkan dengan meminum air ataupun makan.


ikhlasnyeee pakcik ni senyum.

keempat, ha yg ini agak best! kalau da rase bengang-bengang tu, g tempat jauh-jauh sikit, pastu kita jerit SEKUAT HATI!!! kadang-kadang kita perlu lepaskan rasa marah kita tetapi pada tempat yg betul. jangan lah tak pasal-pasal g maki hamun pkwe/makwe korang(mcm aku je?) or kawan-kawan korang yg tak besalah tu. sian diorang.

kelima, luahkanlah sejujurnya dekat rakan kita tentang apa yg buatkan kita rasa marah. kiranya ni sesi luah-meluahkan dgan niat lepas sesi ini, kita berdua akan jadi lebih baik. biasanya aku lau gaduh dgn skeleten, lepastu da bincang-bincang balik, so hubungan makin jadi better. kalau case marah dgn org atasan ke kan, lecturer ke, xboleh la nak face-to-face dgn depa. so, kita cakap lah dgn kawan2 kita. walaupun masalah tak dapat disetelkan, tapi sekurang-kuragnya, sedikit beban dalam diri terasa release.


comelnyeeee

ke-enam, g lah lepaskan marah dgn cara korang sendiri. erm, contohnya g karoke ke, tgk wayang 3-4 kali ke, makan cokelat berbungkus-bungkus ke, dating ke, shopping ke, flirting ke apa2 sajelah, janji benda yg betul. jgnlah g pukul kucing ke, buang sampah merata-rata ke.haha.

last but not least, g lah blogging. wat lah entry pasal apa yg anada marahkan. contohnya "aku bengang dgn kau pingpong!", ataupun "aku memang suke marah-marah ni", ataupun "I hate u!!". hahaha. so mesti rasa marah kita akan release sikit-sebanyak bila dapat keluarkan perasaan bengang dlm diri.


P/S: semoga aku akan selalu praktikkan amalan-amalan ni. tips ni memang KHAS ditujukan buat kau, CITAH. :(



mari kurangkan marah,
siti masitah
terima kasih sudi baca

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: