salam semua.harini aku nak share satu tips kat kamu semua. ini tips untuk menjaga kulit. aku tahu petua ni pun bile tgk Wanita Hari Ini yg kat tb3 tu. aku tgk pelakon Watie yg amalkan petua untuk menjaga kulit supaya lebih licin.
bagi girlz di luar sana, senang aje cara nak licinkan kulit kamu. kamu cume perlukan hampas kelapa, iaitu kelapa yg sudah diparut dan diperah santannya, hampas tu jgn dibuang! ada gunanya tu. lepas dah ciap2 masak lemak cili api ke, nasik lemak ke, g lah mandi lagi. hehe. xdela, ekcelli nak gtau smpan hampas kelapa tadi.
petang tu sebelum nak sabun badan, anda amek hampas kelapa tadi dan sapukan serta gosok2 sikit dekat kulit badan anda. sental lah kuat sikit kat bahagian yg cepat berdaki, contohnye di celah siku, lutut yg bahagian dalamnye, celah ketiak mahupun leher.
biarkan dalam 3-4minit mcm tu, then bilas semula dgn air. inshaAllah anda rasa lebih licin kulit anda. dan seterusnya lakukan seperti biasa, sabun badan anda. aktiviti ni memang senang sangat di-amalkan tetapi anda perlu rajin la nak buat. itu aje. biasanye tiap kali aku balik umah, aku wat lah.
P/S: okey selamat mencube kawan-kawan, kalau selalu buat, mesti kulit anda licin, xpayah nak g spa tau?hahaha. betul, tak tipu punye. tanyalah mak dara. :)
betul tak tipu,
siti masitah
1 ulasan:
hahaha!!nice...nt ak gtau mk ak..hahaha!
Catat Ulasan