sila tengok dan click

Sabtu, 23 Jun 2012

apa ini.

http://www.emocutez.com


assalamualaikum. awal aku bangun pagi harini. yelaa,tidur pun awal. urm,mata membengkak pulak.bangun pagi terasa sepet sebentar. hehuu. pagi ni breakfast coklat cadbury yang dihadiahkan. TQ kepada orang yang memberi..aku hargai pemberian coklat tu,sampai sayang nak makan. sebab bila makan,dan dihabiskan, coklat tu dah tiada di depan mata aku.


nanti aku sedih sorang-sorang. ape ni, itu sekeping coklat aje, huhu. malam tadi berlalu bagai malam-malam sabtu yang biasa namun, aku telah diperlakukan sesuatu oleh seseorang. ayat macam ape je kan? hahahaha. aku telah ditipu. bukan ditipu, tapi ala-ala prank gituuu. wuawuawua :"(


sebagai seorang yang sensitif malah lembik dan tak gagah,aku tidak dapat menahan airmata untuk keluar dari tempat asalnya. mencurah-curah ke ladang gandum la jugak. hehehe. tapi itu hanyalah prank. ughhhh =__= namun, dalam prank itu juga, ada benda pahit yang aku kena terima. maaf, itu tidak dapat diceritakan, namun keputusan yang dibuat memang untuk kebaikan semua. tak sangka mmg ada orang begini. masih menepikan soal perasaan demi kebaikan masing-masing.


ouchhh. begitulah rasa di dalam lubuk hati ini, tapi aku tahu itu untuk kebaikan masing-masing. jangan risau,kami masih bersama,masih masing-masing tersemat di hati masing-masing dan insyaAllah tidak ke mana. aku cuma harapkan, selepas ini engkau semakin tabah,kuat dan gagah meneruskan hidup di luar sana. dunia realiti yang diceritakan olehmu begitu mencabar. yang dikatakan olehmu jangan mengeluh penat sekarang, kerja dulu. baru tahu rasanya penat macam mana. sebagai student,penat kita ni belum setimpal di dunia pekerjaan.


ceritanya mengenai dunia permotoran,dunia pekerjaan,dan dunia berdikari daripadanya sedikit sebanyak membuka mata aku untuk melihat sesuatu perkara itu menjadi realiti. sebelum ini, apa yang aku perhatikan, apa yang aku amati, apa yang aku dengarkan, tampak biasa di mata. tampak tidaklah begitu serius di mata. kesusahan manusia sedikit-sebanyak dapat aku rasakan. ouchhh. sakitnya mereka terpaksa menanggung kepayahan !


terima kasih Zizi kerana banyak menyedarkan aku tentang hidup dunia realiti. aku sedar, sebagai student, mmg beruntung sebab hidup dengan duit sudah ada,walaupun duit pinjaman. aishh masak ko nanti nak bayar balik semula,kecuali yang dekan la.. =___= dah free. eh,okaylah..aku pun nak sambung study.sambung? tak study pun lagi tau.. untuk last payper, please fokus ! ouuchhh! hehheehe







cuba teka kami di mana? ouhh salah.. ini kat MAEPS ajeee. hehehe 




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 20 Jun 2012

saranghae~ :D

http://www.emocutez.com

sambil mendengar background music 'Loveable' 
(nak jugak masukkan element korea) sila salahkan RM! 


baru je buat,esuknya dah hilang. adoi 
:"(



nyenyenye



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

RM addicter

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. minggu penghujung exam dah nie..hehuu. masa nilah aku rasa sangat serabut tapi masih tidak melakukan sebarang perkara-perkara drastik bagi melaksanakan tugasan-tugasan tertangguh aku tu. antaranya ialah: 

1) belom study IP
2)belom kemas bilik
3)belom study Undang-undang
4)belum packing barang
5)belom melaksanakan macam-macam tugas tambahan

huihh.banyakknya kerja tertangguh kan? woahhh kenapa aku suka bertangguh kerja ni? sebab yang pasti mmg aku malas. sebab kedua pasti ialah aku mula addict dgn Runnning Man yaww~ adoih..dalam banyak-banyak pemain kat situ, aku suka Jong Kook. hikhik. maybe ter-fall-in-love dekat body dia dan lagu 'Loveable' dia kot. hahaha :D

aku selalu lewat kan kalau bab-bab korea ni?bukan apa,mmg malas nak update,takut terlalu taksub(skang ni pun dah taksub) dengan dunia comel dorang tu~ rasa macam nak amek subjek korea la pas praktikal nanti. aigoo~  dorang punya intonasi bila bercakap tu manje gila,walaupun lelaki. lelaki pun cakap lenggok yang sama..dahla muka kiut (joong ki,yong hwa n jong kook je ye) kikikiki :P

aishhh cinca~ (tak tawu nak eja dgn betul) dan bila part jong kook beraksi,aku suka gila dengar perkataan "SPARTAA!!" disebut. dan juga renungan tajam (tak tajam pun) si jong kook pada kwang soo sambil ada sound effect bunyi harimau mendengus ! ntahlah,rasa comel sangat.. aigoo~

walaupun dia ganas,I love u ZiZi, eh Jong Kook ! mwuuaah! xmau ganas-ganas ye Jong Kook ! <3 




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 4 Jun 2012

Ilmu dari rumah 1

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. heeee. ceria nya aku bila dah balik rumah walaupun missing byk update pasal orang lain. hahaha. watpe nak kisah pasal orang lain ye tak? okay ada satu ilmu yang agak berguna lah kan pada pendapat aku bila aku balik rumah ni. 

tadi mak aku pergi ngaji (mak aku rajin, anaknya?) pastu dia bawaka balik air bacaan Yasin lalu  berkata : "nah tah (panggilan pendek aku,masitah) air Yasin ni, mak bagi kau minum, biar hati ko tu tenang sikit" aku dalam hati macam malu la kan, sbb macam bermasalah gile pulak aku ni bila mak bagi aku air tu. hehehe. 

ntah macam mana masa kat dapur, mak aku sedang berborak dengan akak aku, pasal air Yasin tu la. mak memulakan cerita. 



mak: ko tau Nurul(nama akak aku,mak ckp gaya nak ber-gossip!), skang ni kak Nora (bukan nama sebenar sbb aku dah lupa nama die.adeii!) dia dah rajin datang ngaji-ngaji ni. dia dah banyak datang,pastu tanya macam-macam pasal ngaji-ngaji ni. anak die tu dulu punye malas nak g sekolah, tapi sejak menjak minum air Yasin yang dibuat masa ngaji ni sampai habis, dah jadi rajin ke sekolah. (bersemangat mak aku bercerita.)
kakak: ye ke mak? macam mana boleh berubah gitu?
mak: yelaa. nak buat air Yasin ni, bukan senang. ayat Bismillahirrahmanirrohim je pun dah berapa ribu kali tau.
aku sedang membasuh pinggan yang tak banyak sambil mendengar mak aku bercakap.

kakak: yeke? aik? macam mana tu?
mak: yelaa.kalau tiap kali kitorang ngaji, setiap sorang baca bismillah 100 kali. kawan-kawan mak selalunya datang 20 orang. 20 orang kali dengan 100 bismillah, ha, dah berapa?dah dua ribu. tu baru bismillah..belum Yasiin dan Qulhu (surah Al-Ikhlas)..power tak power air Yasiin tu..hehehe..
aku dan akak aku impress la kan!

akak: uiks yeke? woahh kalau cmtu ni boleh buat bisnes ni. hehehe (nada gurau je pon)
mak: ehh ko..ko tau, orang yang nak baca Yasiin tu, hatinya kena ikhlas, bukan tu je.. yang tukang angkat tong air(sbb kan ada 20orang,mesti lah airnya guna tong yang besar tuk dibahagi2kan.) pun hati kena ikhlas masa nak angkat tong tu, lagi pulak bila dah habis majlis, orang semua blah aje, yang tukang kemas rumah tu pun hati kena ikhlas buat keje mengemas tu.. tu yang mahal..tu yang membuatkan air tu berkesan. (tapi ikut jugak lah dengan usaha orang tu jugak..) semua benda yang ada kaitan dengan pembuatan air Yasiin dari mula hingga akhir kena ikhlas. barulah menjadi. (lebarnya mak aku explain)
akak: ohh..


lepas tu ada lah lagi hal yang diborak-borakkan. hehe. cuma nak bagitahu, air Yassin ni sesungguhnya mmg berkesan, tapi nak buat tu hati memang kena ikhlas. bukan la rasa terpaksa. walaupun sebenarnya diri kita sendiri susah nak kesan yang kita ni ikhlas ke tidak dalam membuat sesuatu perkara, tapi kita boleh capainya dengan cara niatkan tindakan kita tu kerana Allah SWT. itulah dia..


walaupun aku pun bukanlah seorang yang sesuai nak dijadikan role model (mmg jauuhhh sangat!), tapi aku saja just nak kongsikan ilmu yang baru aku tahu ni kat sesiapa yang sudi baca. just perkongsian ilmu. apa2 pun hati kena ikhlas beb.. :)


P/S: dialog ada yang diubah namun maksud sebenar mmg tak berubah langsung!

so, apa pendapat anda tentang entri ini?