assalamualaikum. awal aku bangun pagi harini. yelaa,tidur pun awal. urm,mata membengkak pulak.bangun pagi terasa sepet sebentar. hehuu. pagi ni breakfast coklat cadbury yang dihadiahkan. TQ kepada orang yang memberi..aku hargai pemberian coklat tu,sampai sayang nak makan. sebab bila makan,dan dihabiskan, coklat tu dah tiada di depan mata aku.
nanti aku sedih sorang-sorang. ape ni, itu sekeping coklat aje, huhu. malam tadi berlalu bagai malam-malam sabtu yang biasa namun, aku telah diperlakukan sesuatu oleh seseorang. ayat macam ape je kan? hahahaha. aku telah ditipu. bukan ditipu, tapi ala-ala prank gituuu. wuawuawua :"(
sebagai seorang yang sensitif malah lembik dan tak gagah,aku tidak dapat menahan airmata untuk keluar dari tempat asalnya. mencurah-curah ke ladang gandum la jugak. hehehe. tapi itu hanyalah prank. ughhhh =__= namun, dalam prank itu juga, ada benda pahit yang aku kena terima. maaf, itu tidak dapat diceritakan, namun keputusan yang dibuat memang untuk kebaikan semua. tak sangka mmg ada orang begini. masih menepikan soal perasaan demi kebaikan masing-masing.
ouchhh. begitulah rasa di dalam lubuk hati ini, tapi aku tahu itu untuk kebaikan masing-masing. jangan risau,kami masih bersama,masih masing-masing tersemat di hati masing-masing dan insyaAllah tidak ke mana. aku cuma harapkan, selepas ini engkau semakin tabah,kuat dan gagah meneruskan hidup di luar sana. dunia realiti yang diceritakan olehmu begitu mencabar. yang dikatakan olehmu jangan mengeluh penat sekarang, kerja dulu. baru tahu rasanya penat macam mana. sebagai student,penat kita ni belum setimpal di dunia pekerjaan.
ceritanya mengenai dunia permotoran,dunia pekerjaan,dan dunia berdikari daripadanya sedikit sebanyak membuka mata aku untuk melihat sesuatu perkara itu menjadi realiti. sebelum ini, apa yang aku perhatikan, apa yang aku amati, apa yang aku dengarkan, tampak biasa di mata. tampak tidaklah begitu serius di mata. kesusahan manusia sedikit-sebanyak dapat aku rasakan. ouchhh. sakitnya mereka terpaksa menanggung kepayahan !
terima kasih Zizi kerana banyak menyedarkan aku tentang hidup dunia realiti. aku sedar, sebagai student, mmg beruntung sebab hidup dengan duit sudah ada,walaupun duit pinjaman. aishh masak ko nanti nak bayar balik semula,kecuali yang dekan la.. =___= dah free. eh,okaylah..aku pun nak sambung study.sambung? tak study pun lagi tau.. untuk last payper, please fokus ! ouuchhh! hehheehe
cuba teka kami di mana? ouhh salah.. ini kat MAEPS ajeee. hehehe
2 ulasan:
lalalal
Blogger: citah.love.indie - Catat Ulasan
longchamp
Catat Ulasan