sila tengok dan click

Isnin, 4 Jun 2012

Ilmu dari rumah 1

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. heeee. ceria nya aku bila dah balik rumah walaupun missing byk update pasal orang lain. hahaha. watpe nak kisah pasal orang lain ye tak? okay ada satu ilmu yang agak berguna lah kan pada pendapat aku bila aku balik rumah ni. 

tadi mak aku pergi ngaji (mak aku rajin, anaknya?) pastu dia bawaka balik air bacaan Yasin lalu  berkata : "nah tah (panggilan pendek aku,masitah) air Yasin ni, mak bagi kau minum, biar hati ko tu tenang sikit" aku dalam hati macam malu la kan, sbb macam bermasalah gile pulak aku ni bila mak bagi aku air tu. hehehe. 

ntah macam mana masa kat dapur, mak aku sedang berborak dengan akak aku, pasal air Yasin tu la. mak memulakan cerita. 



mak: ko tau Nurul(nama akak aku,mak ckp gaya nak ber-gossip!), skang ni kak Nora (bukan nama sebenar sbb aku dah lupa nama die.adeii!) dia dah rajin datang ngaji-ngaji ni. dia dah banyak datang,pastu tanya macam-macam pasal ngaji-ngaji ni. anak die tu dulu punye malas nak g sekolah, tapi sejak menjak minum air Yasin yang dibuat masa ngaji ni sampai habis, dah jadi rajin ke sekolah. (bersemangat mak aku bercerita.)
kakak: ye ke mak? macam mana boleh berubah gitu?
mak: yelaa. nak buat air Yasin ni, bukan senang. ayat Bismillahirrahmanirrohim je pun dah berapa ribu kali tau.
aku sedang membasuh pinggan yang tak banyak sambil mendengar mak aku bercakap.

kakak: yeke? aik? macam mana tu?
mak: yelaa.kalau tiap kali kitorang ngaji, setiap sorang baca bismillah 100 kali. kawan-kawan mak selalunya datang 20 orang. 20 orang kali dengan 100 bismillah, ha, dah berapa?dah dua ribu. tu baru bismillah..belum Yasiin dan Qulhu (surah Al-Ikhlas)..power tak power air Yasiin tu..hehehe..
aku dan akak aku impress la kan!

akak: uiks yeke? woahh kalau cmtu ni boleh buat bisnes ni. hehehe (nada gurau je pon)
mak: ehh ko..ko tau, orang yang nak baca Yasiin tu, hatinya kena ikhlas, bukan tu je.. yang tukang angkat tong air(sbb kan ada 20orang,mesti lah airnya guna tong yang besar tuk dibahagi2kan.) pun hati kena ikhlas masa nak angkat tong tu, lagi pulak bila dah habis majlis, orang semua blah aje, yang tukang kemas rumah tu pun hati kena ikhlas buat keje mengemas tu.. tu yang mahal..tu yang membuatkan air tu berkesan. (tapi ikut jugak lah dengan usaha orang tu jugak..) semua benda yang ada kaitan dengan pembuatan air Yasiin dari mula hingga akhir kena ikhlas. barulah menjadi. (lebarnya mak aku explain)
akak: ohh..


lepas tu ada lah lagi hal yang diborak-borakkan. hehe. cuma nak bagitahu, air Yassin ni sesungguhnya mmg berkesan, tapi nak buat tu hati memang kena ikhlas. bukan la rasa terpaksa. walaupun sebenarnya diri kita sendiri susah nak kesan yang kita ni ikhlas ke tidak dalam membuat sesuatu perkara, tapi kita boleh capainya dengan cara niatkan tindakan kita tu kerana Allah SWT. itulah dia..


walaupun aku pun bukanlah seorang yang sesuai nak dijadikan role model (mmg jauuhhh sangat!), tapi aku saja just nak kongsikan ilmu yang baru aku tahu ni kat sesiapa yang sudi baca. just perkongsian ilmu. apa2 pun hati kena ikhlas beb.. :)


P/S: dialog ada yang diubah namun maksud sebenar mmg tak berubah langsung!

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: