sila tengok dan click

Ahad, 9 Disember 2012

perihal Amran-Azizah

http://www.emocutez.com


malam tadi aku masih di rumah. biasanya ahad malam aku sudah berada di kolej, di Lekir, di bilik. tapi disebabkan hari sabtu aku balik rumah lambat tgk Desperate Housewives marathon smpai episod 10,aku decide nak pergi kerja terus dari rumah isnin ni. so, malam tadi aku spent masa aku dengan mak-ayah aku tengok Penarek Becha (ejaan begini bukan?) aku pun tengoklah untuk ke berapa kali aku pun tak terbilang. belom lagi mak-ayah aku tgk da berjuta kali agaknya. sampaikan part scene sedih pun dah jadi kelakar dek mak aku baru terfikir scene tu boleh dijadikan kelakar. 


contohnya scene yang bila Amran pulang ke rumah membawa nasi bungkus dan menyuruh maknya makan tapi maknya makan separuh sebab dia tahu si Amran belom makan lagi. dan bila Amran baru nak menjamah makanan tersebut, masa tu pulak hujan lebat teramat rumah bocor dan nasik bungkus separuh itu dimasuki air hujan. memang sedih bukan. kasihan maknya terbaring kat rumah sakit-sakit dan menunggu si Amran bawa pulang nasi. nak tahu apa mak aku cakap scene tu?kita ke perenggan baru.

mak Amran yg malas


Mak Amran pemalas, tak nak cucuk tanam ubi ke berkebun tanam sayur ke, tak de lah badan tu tak sihat.berpeluh lah sikit bila bercucuk tanam. badan pun sihat minda pun cergas, tak payah nak tunggu anak beli nasi bungkus lagi. ini tak. Amran balik je, maknya terbaring di situ. huahua mak aku melawak di situ. 
okay utamanya dalam entri aku kali ini bukan nak buat lawak. tapi aku mahu kenang semula scene Azizah datang ke rumah Amran dan terkejut melihat kedaifan mereka anak beranak. 


Amran-Azizah


Azizah mencadangkan pada Amran untuk sambung belajar kelas malam. tapi Amran kata dia tak ada wang. Azizah pula menawarkan wang pembiayaan sekiranya Amran mahu ambil kelas itu. mulianya hati Azizah (tapi stil guna duit bapak dia Marzuki Orang Kaya yg kedekut itu) mak aku pun bercerita lah ada kat kampung dia dulu seorang wanita yang sanggup membiayai pembelajaran seorang lelaki yang dicintainya sangat. sampaikan lelaki tu jadi seorang cikgu! mulianya hati dia apabila cinta itu hadir. sanggup buat apa saje. tapi sayangnya, si lelaki itu tak berkahwin dengan wanita yang biayai dia tu! sniff sniff..itu semua kuasa Allah..jodoh Allah yang tentukan.. bersabarlah wahai hati ye.. :")

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: