sila tengok dan click

Isnin, 31 Disember 2012

Review Keempat Felinna Beauty

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum semua. harini review untuk kali keempat pasal Felinna Beauty. hik hik nak cerita pasal Vitamin C plus Pure Collagen by Felinna Beauty nih. selepas beberapa hari mengamalkan vit C ni setiap malam dua kapsul, aku dapati kulit sensitif pada jari aku mula terkopek-kopek. kalau dulu dia macam menggurutu sebab jari aku sensitif dengan certain cecair, contohnya macam sabun basuh, sabun mandi pun kena pilih yang pH 5.5 je. Aku pernah guna dulu sabun Shokubutsu dan Lifebouy, tapi jari aku gatal-gatal dan jadilah menggurutu.




memanglah aku ada ambil ubat sapuan krim untuk kulit sensitip gini, memang banyak pun krim macam tu..tapi rupa-rupanya krim tu tak elok jika selalu disapu. ada unsur-unsur ubat penahan sakit gitu..anda semua pun tahu kan badan kita tak boleh terlalu bergantung pada ubat-ubatan penahan sakit.

bila ambil Vit C dia lain.sebab badan kita(terutama yang golongan belia) memang da patut perlukan Vit C yang mencukupi supaya dapat mengekekalkan  kesihatan kulit kita. antara kebaikan mengambil Vitamin C untuk badan kita :



1) Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka
Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi. Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting.

3) Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

 "Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia)

4) Antioksidan yang bagus
Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Ape akibat kekurangan Vitamin C?

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.



p/s: lambat sungguh internet di kolej ..nak upload gambar sendiri pon tak boleh. 
arghhhhhhhh STRESS (kang gary)



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: