sila tengok dan click

Sabtu, 18 Julai 2015

Sang Penikam


SANG PENIKAM

Dalam terang malam
Ku cari semua yang telah padam
Dari suaramu
Dendam dan rindu fana

Dan ku melayang
Terhempas kenyataan yang membunuhku
Dalam jiwaku
Yang memimpikan rindu

Namun ku tersadar
Harkat pilu yang menyintai rejam
Kaulah putri ayu
Yang kan menyimpan dendam

Dan ku berjalan
Menghampiri kenyamanannya kan ku hujam
Dalam dosaku
Aku telah mencarimu

Tak bisakah
Ku gantikan semua yang tercela
Akan ku renggut
Kebahagianmu

Wahai putriku
Maafkan ku lepas pesan ini
Kau kan memburuku
Dalam bencimu

Tak bisakah
Ku gantikan semua yang tercela
Akan ku renggut
Kebahagianmu

Wahai putriku
Maafkan ku lepas pesan ini
Kau kan memburuku
Dalam bencimu

Lagu: Noh Salleh
Lirik: Ade Firza Paloh


bila dengar lagu2 noh teringat zaman muda umur 18-19 masa tu zaman indie tengah in lah orang kata. padahal dah lama pun industri indie wujud contohnya antara band yg famous butterfingers n o@g(die hard fans!!!) 

terpengaruh dengan abg aku ni sebenarnya,sebab dia yang layan lagu2 genre mcm ni masa zaman dia muda.pastu pulaknya ada band Meet Uncle Hussein,Husin or Hussain? hahah tp lagu2 dia memang layanz..bestt pastu bittersweet la,pastu layan cerita Kami..mesti budak2 zaman skrg tak tau apa cerita tu..alahai tuanya rasa..

pastu sejak MUH menang AJL,band2 indie berlambak2 naik macam cendawan tumbuh lepas hujan.padahal kat umah aku tak tumbuh pun cendawan kalau lepas hujan. ape pun aku suka lagu2 Noh yg baru tak baru ni. tahun lepas kot? tak ingat.. dia punya musik memang menusuk ke telinga lepastu masuk ke jiwa dan kepala.rasa high macam isap gam je rasa.hahah overrrrr kau. tp tu lah yang aku rasa. kesian dan sekian terima kasih. 


randomnya iols kalini. 
p/s: semalam tak dapat tengok Rooftop Prince episod last. hukhuk apela endingnya ye bagi sesapa yg dah tgk cite lapuk ni. mmm. 


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Ahad, 31 Mei 2015

Sejam di Watsons

Salaaaaam uolsss.. hihiii nampaknya entry kalini masih lagi bukan berkenaan pasal percutian aku ke Korea.haha sorry,bagi yang menunggu tu keep calm ok! (ada ke yg tunggu?) 

kali ni aku nak bercerita pasal aku melempiaskan nafsu shopping aku di Watsons setelah hampir 3bulan tak dapat gaji.hoho, umum nya tau kan aku sekarang ni dah dapat kerja baru,kerja government la pulak.hihiii..so ceritanya aku tak gaji sejak hujung bulan 3, dan baru-baru ni barulah dapat gaji tu masa 21/5 haritu..Alhamdulillah..benda 1st yang aku nak buat bila dapat gaji ialah shopping, ehh bukan lah, bayar hutang kat mak ayah dulu.haha banyak hutang tertunggak kot dengan diorang nih. ha lepas tu barula kite shopping yey! hahah! 


sebelum gaji aku dah tanya orang kat mana watsons area semenyih,siap waze lagi kui3.. aku nak cari watsons sebab barang2 peribadi aku banyak dah tak ada dan habis. tapi kebanyakkan nak cari benda baru la ihiks! and lagi satu sebab aku ada alahan kat bahagian tangan sejak aku start kerja baru ni, aku kena beli krim untuk alergik aku ni. huhu Y__Y


antara list item yang nakkkk sangat aku beli kat watsons ialah

1) Sunblock untuk muka n tangan
reason: sejak kerja naik moto,muka and tangan aku berbelang hoih..lagipun kerja tempat aku mmg banyak keluar masuk opis ja.. sedih..kalau muka aku gelap je ok,tapi korang tahu kan,cahaya matahari boleh bagi kesan yang tak elok untuk kulit kita.abis kulit aku dahlah hitam,berpigmentasi pulak tu.nampak tua walaupun hakikatnya memang aku dah tua.hahaha (ketawa sambil nangis)

         brand yang ini la aku beli untuk sunblock muka.aku decide nak beli yg ni sebab kak fynahere review sunblock ni memang best! serius best,bila pakai tak berpeluh,sangat bagus kalau korang nak pakai sebab kulit aku jenis yg kuat berpeluh.bila pakai tak adalah peluh pun.kalau nak tau,sunblock ni boleh jadi face primer jugak tau? hihii kat situ dah jimat okey..harga dalam 30++ 

        inilah kotaknya,ada description sekali.korang baca lah! betapa bagusnya krim ni kan :')
 
oh untuk tangan aku beli yang ni pulak 

          yang ni best,sejuk jer rasa..

2) krim untuk alergik di jari aku
aku just amik yg mana aku rasa ok sbb jari aku dah tahap sakit yang amat huhu. geli pon ade aku tengok huhu. aku amik gambar ni korang jangan terkejut pulak. 

  huhu sedih bila tgk jari aku tak normal macam orang lain. ini disebabkan aku alergik dengan makanan yg gatal(seafood) n jugak elergik sabun basuh n mandi. huhu yg putih tu aku dah letak krim tau. nilah krim dia. harga rm12++ tak silap. 

so far ok la tp tak hilang betul2 pon alergik ni. kena gak jumpa dr. pakar pas ni huhu.

sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku beli masa di Watsons and aku dwcide nak buat part by part. so after this aku cerita lagi okey! ;) hihiii k bye nak mandiii

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Jumaat, 8 Mei 2015

pekerjaan baru aku

assalam..mintak maaf belum berkesempatan nak post cerita pasal aku ke bumi Korea.entry kali ni aku nak meluahkan perasaan dan melepaskan alasan (betul ke ayat ini?) huhu

sejak pertengahan bulan Mac aku sudah bertukar kerja daripada Hanjin Shipping ke Imigresen Malaysia. wait,apa? huhu yee sekarang ni aku dah jadi orang government la senang citenye. 


selepas 2 minggu kursus dalaman di Jab Imigresen Selangor (PKNS) aku ditempatkan di Depo Tahanan Imigresen Semenyih. what? apa tu depo tahanan? omg barulah tahu imigresen pun ada simpan tahanan.erm erm 😭 

baru sebulan lebih bekerja,tapi dah nak 3 kali aku tukar unit.entahlah pengurusan dorang ni.kiranya baru je 2 minggu kerja kat satu unit,aku dah kena pindah unit lain..next week pun aku ditukarkan unit lagi..apekah... krik krikkkk


aku sejak habis belajar,rezeki murah terus dapat kerja.Alhamdulillah..tempat kerja lama aku tak ramai perempuan, jadi selama setahun lebih bekerja di Hanjin aku tak reti nak bergaul dengan ramai perempuan selain dr kawan aku.berbeza pulak kerja kat tempat baru ni.


lelaki n perempuan sama ramai.jadi aku masih dalam proses suai kenal dgn orang.aku  dahlah tak ramah,apa lagi nak bermesra2 dengan diorang.pastu asik2 tukar unit. mungkin nampak macam alasan jer,ye memang alasan pun aku tak reti nak bergaul dengan orang2..aku akan cuba sehabis baik buat kerja aku dengan elok dan tidak mahu menyusahkan orang. dan aku rasa lebih baik aku banyak diam berbanding cakap2 merepek dan merapu. sekian.harap tak ada opismate terbaca blog sayu dan sendu ini.huhuiiii 




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 10 Februari 2015

#citahcutikorea

hai.aku tengah baring atas toto menahan kesejukan pagi ini di bumi Korea.kawan2 lain belum bangun tapi aku dah tak boleh tidur.sekarang ni dah pukul 9 waktu Korea.letih sokmo kawan2 yang lain.hihhiihi cuaca pulak sejuk,memang sedap tidur.aku tak tahu nak buat apa so apa lagi berblog lah kite.thihiiiii


hmm apa je nak cite ek? ok.nak cerita masa mula2 sampai korea lah.ala masa lepas sampai airport tu..bila kapal terbang dah landing je,kitorang masing2 berjalan untuk sahkan imigresen.masa tu beg bapak berat.penat seh.kena jalan laju pulak tu.so lepas tu nak amik luggage kak suri pulak.so kitorang ikut la ramai2 yang keluar airport.rupanya nak amik luggage pun naik subway weh.tu pun dah jauh berjalan pulaknya.pelik jugak,betul ke ni laluannya? so ikut je,sekali memang betul..hihhi so lepas amik luggage ingatnya nak solat la pulak.

tapi iyelah kan,negara korea ni memang tak de surau.eh mula2 nak buang air kecik.haha memang dah prepare dah bawak botol air kosong untuk buat tadah air.dalam toilet dorang takde air paip.so kena tadah dalam botol.haha memang hari2 takkan lupa bawak botol.hihuu.

lepastu dah setel buang air,nak amik widuk pulak.so kitorang masuklah toilet oku sebab tertutup skit.sekali tersalah tolak pulak.dah tak boleh nak bukak balik.adoi yang ni memang lawak..aku dgn sal tersekat kat dalam toilet oku.taarik2, tekan butang open close tak boleh jugak.kak suri ade je kat luar toilet sbb jaga barang2, panggil memang tak dengar.pintunya tebal kot.haha. tekan2 alhamdulillah dapat jugak bukak.hu lega..then kitorang semua amik wuduk


then cari pulak prayer room.jalan punya jalan sambil bawak troli luggage tu tak jumpa pon..last2 kak suri ajak solat di satu tempat yg bersih gakla n kurang orang lalu lalang.wuu solat je kat situ dengan pakaian yg dipakai.sebabnya memang dah fully cover aurat.

lepas solat,then p beli Tmoney.macam kad touch n go.harga 2500won.topup 20000. 

      ni lah t money tu.hehuuu.

lepas beli,cari mesin pon dah lama.nak topup pun lama gak sbb tak tahu sangat kan.then g naik KTX ke Hongik U. dah sampai stesen Hongik,tukar tren ke Ewha Women Uni pulak.masa ni tersesat pulak.so lambat skit sampai Ewha.hihhii. pastu jumpa fido.omg memang tak percaya je dah jumpa fido kat korea.masa ni dah rasa dah memang sojuk kat luar tu.aaaaaa.tadi dlm flight ,airport, memang panas belaka.

so sangat excited sebab dapat keluarkan asap dr mulut.omjeyyyy.hakhakkk! masa tu fido belanja susu pisang.pergh sedap tu!serius sedappppp! wah nak gak susu tu lagi!! hehe..lepastu fido bawak jalan2 pergi kawasan situ..then ajak kitorang makan kat satu kedai makanan korea.kitorang makan Albab kat situ.memang sedap! smpai sekarang kitorg bertiga teringin nak makan lagi albab tu.sedap bak ang! ok jom tgk gbar apa yg ada..hehe

            minum banana uyu.omjey sedap!! 

           inilah dia Albab! sedap gilos.

            ni lah fido.dia tgah buat master phd kat korea.thanks fido! 


bersambung lain hari kalau aku rajin 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 5 Februari 2015

Pertama Kali dalam flight selama 6 jam

masa aku menulis ni pada pukul 11.20 pagi,6 hb februari 2015 dan berada pada ketinggian beribu-ribu kaki dari bumi. aku terjaga dari tidur buat kali ke berapa entah. mata mengantuk,otak penat tapi masih susah nak lelap.dapat tidur2 ayam je sejak pukul 8pagi tadi.

no flight D5 704 dan aku di seat 47H.penerbangan ke Airport Incheon, Seoul,South Korea. ye,pertama kali aku naik flight selama 6jam.satu jangka masa yang lama.aku bajet aku boleh terus tidir sepanjang perjalanan,tapi tekaan aku salah.huh.malam tadi dahlah tidur lebih kurang 3jam shj.naik pening kepala ni. 

sekarang ni dalam flight lampu dah tutup.agak selesa nak tidur berbanding tadi yang terang sebab lampu dibukak.


ok lah.babai aku nak cuba sambung tidur.cerita aku bersambung pada entry lain....

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 19 Januari 2015

Tutorial Gradient Lips Ala-ala Korean (amatur)

Assalamualaikum..hai harini (masa menulis ni internet kat ofis down) aku nak tunjuk tutorial makeup lips gradient.korang suka tak tengok cerita korea? kalau suka(macam aku) aku selalu perhati makeup style org korea..makeup jenis tak tebal,lebihkan foundation,bb,cc je.blush tak pekat,eyeliner tak sarat,memang nampak natural. aku suka sangat2 makeup style korean atau namanya ulzang (tak sure). okey,done for intro. 

kalini aku fokus untuk buat tutorial gradient lips cara aku..simple jer sesuai kalau untuk buat amik gambar suka2 ataupun pakai untuk pergi kerja( style pergi kerja aku makeup sangat nipihh,tak berani nak pakai tebal2 or lipstick terang2) items yg diperlukan pun tak banyak.hanya 3 barang sahaja. iaitu foundation(bb cream,cc cream@bedak pun okey), lip tint dan lipbalm. 

mula-mula dot-dotkan bibir anda yg bare tu dengan foundation.lepastu ratakan sampai sekata.macam dalam gambar kat bawah ni.
note:foundation tak kisah yang mcm mana ya. 

                 ini bare lips,ataupun bibir aku yg belum dioleskan apa2.

               selepas foundation diratakan di seluruh bibir.nampak mcm pucat sikit kan.hehe saje ni.

next step,ambil liptint dan dot-dotkan di sekitar bahagian dalam bibir tu.camne nak cakap ye,nanti aku tunjukkan gambarnya,selepas dot-dotkan liptint sila ratakan sikit keluar menggunakan jari sehingga rata. lihat gambar. 

        haaa ni lah caranya.ratakan dengan cara ke luar bibir.macam dalam gambar.credit to google for tutorial ni

       so jadilah macam ni thihiii.

           ni aku buat tanpa pakai lipstick,just foundation n lip tint only. ada jugak yg aku pakai dgn lipstick warna nude.

             ni foundation>lipstick>liptint>lipgloss.

       caranya lepas letak foundation,apply lipstick warna pink nude then baru apply lip tint.korang tryla.mmg best pakai style gradient lips ni.tapi aku tak pro la mcm korea.tgk yg ni tantekkkk

       fuhhhh tak sabar nak beli liptint warna mcm2 nanti kat korea! ahahaha yeyyyy



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 21 Oktober 2014

resipi Macaroni Cheese my style!

Salam Aidiladha..masa aku menulis ni pada hari Selasa,07102014..maka masih ada aura raya haji tu..Alhamdulillah rezeki keluarga kami dapat beberapa plastik daging korban..Terima kasih ya Allah atas rezeki yang dikurniakan..masa sehari sebelum raya kami sekeluarga langsung tak membuat sebarang persediaan unruk beraya keesukkannya.adik beradik aku masing2 ada hal sendiri macam abang sulung nak buat korban di kawasan rumahnya kat semenyih.akak aku n abang aku lagi seorang pulak masing2 anak tak sihat dan isteri tak sihat..

jadi kami bertiga sahaja,aku mak dan ayah aku..keesukkannya barula satu persatu adik beradik aku datang..dua family je yang datang,tapi dah cukup meriah sebab ade kanak-kanak.hehe macam2 gelagat..oklah nak share satu resipi mudah.macam buat spaghetti je caranya, tapi aku nak share jugak untuk sesiapa yang baru nak belajar memasak macaroni bolehlah tengok sini..


bahan-bahan
1)Macaroni sebungkus(aku gunakan brand Kimball)
2)Sos Prego Tradisional(botol besar)
3)Daging kisar (Ramly)
4)Bawang merah & putih(ikut suka,lagi banyak lagi sedap)
5)Tomato Puree
6)Sos cili 
7)Cendawan Butang
8)Sosej(optional,aku tak letak)

              inilah bahan2nyeee


          beli yang ini je pun ok dah..kecik je


cara memasak macaroni:
1)Panaskan air bersama minyak zaitun dan juga garam.
2)Masukkan macaroni mengikut berapa banyak yg anda hendak
3)Masak macaroni sehingga lembut (dalam 10-12 minit)
4)Toskan


cara memasak kuah:
1)Tumiskan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk sehingga naik bai.
2)(jika nak pedas letakkan cili kecil mengikut selera anda)
3)Masukkan daging kisar Ramly.(peket kecil)
4)Masukkan Sos Prego dan kemudian tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.Seterusnya masukkan tomato puree,sos cili dan juga cendawan yang telah siap dipotong.
5)Tambah sedikit garam mengikut selera anda.letak sedikit perasa sekiranya anda ingin menambahkan kesedapan kuah macaroni.
6)Sekiranya anda mempunyai herba yg sesuai untuk kuah macaroni seperti thymes,sila masukkan sekarang secukup rasa.
 
             masa ni kuah xberapa panas,so cheese xberapa cair..hehe nampak tak cheese tu masih bentuk slice lagi



tambahan
bagi penggemar Cheese,ada pelbagai cara untuk menghasilkan sos cheese bagi menambah keenakan di dalam macaroni anda.bagi aku,aku hanya menggunakan cheese slice Cheddar dan aku letakkan di atas macaroni.semasa menuang kuah macaroni cheese tersebut akan cair bersama2.emm nyum nyum sedap gak! 

        ini pulak letak letak dalam oven.pun masih cheese nya belum melting sangat2..

        mudah terpikat melihat cheese licin2 ni hehehe


                    habis! 

p/s korang boleh jugak masukkan macaroni,sos macaroni dan cheese ke dalam oven untuk menghasilkan macaroni cheese bakar.tapi aku kurang gemar sebab agak dry kalau xbuat sos cheese..aku just guna cheese Kraft tu(macam dalam gambar),so xsesuai untuk dibakar.kalau buat sos Cheese tu memang better untuk dibakar..


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 1 Oktober 2014

kenduri kahwin jemah effa aka mail

assalamualaikum..lama dah tak berblog haih.tapi takpe la kali ni nak update banyak-banyak gambar..2 minggu yang lepas aku pergi kenduri kahwin effa.omg! effa dah kahwin okey.dia roomate sekejap dengan aku masa last semester.banyak pergi mana-mana dengan dia.pergi class,jalan-jalan,makan2,shopping ke banyak dengan dia.so aku rasa aku agak close dengan dia..huaa dah kahwin dah dia.kadang tu sampai harini masih tak percaya dia kahwin dah.haha dah jodoh dia datang awal kan..aku ni je belum sampai-sampai lagi tapi tak apa.its ok korang.enjoy hidup selagi masih single.


so effa ni budak Johor..so gigih kan aku g Johor sempena wedding dia?hehe actually tak gigih mana pun disebabkan aku menumpang orang aje.aku dengan lagi 4 orang kawan sama-sama ke Johor naik satu kereta.pergh best jugak la sebab dapat naik satu kereta sama-sama dengan jemah.hehe ofkos lah mula-mula tu memang meriah.semua nak cerita kan.tapi bila cerita pun dah habis,perjalanan panjang lagi(around 4jam)so masing-masing yang kat belakang ni mula lah senyap dan tertidur.hehehe..memang best sepanjang perjalanan dan sepanjang ke majlis effa kitorang asyik bergmbar je sampai lupakan tetamu lain yang datang tu.hoho.

    alamak terpusing la pulak.tak boleh nak rotate dah ;(

              muka  penumpang semasa belum mengantuk

          masa ni aku nak snap pun tergelak-gelak hahaha ^__^

       the pelamin was so nice! ni je satu gamba pengantin sorang-sorang.lepastu....




        kek ni sangat cantik!! me love it walaupun tak rasa.haha



masa pengantin lelaki datang kan,tetiba je ada orang letak kerusi kat tengah-tengah tu.pastu pakcik yang bergelang besar ni duduk situ.kira dia macam blocking laluan tuk pengantin.orang johor cakap ni namanya "toll". untuk orang yg kahwin dengan anak prmpuan johor,adat ni mmg biasa je.tapi bagi aku ni first time aku tengok.agak kejam ea.gamba bawah ni pkcik ni bagi air oren manis pekat tuk pengantin lelaki minum.haha kesiannya.
pastu sedara sebelah pengantin lelaki dah sediakan duit bersampul(angpow) tuk orang2 yg block laluan pengantin.banyak kot sampul yg diberi. -__- 
    budak2 belakang tu nak tunggu duit tol :p


         effa dan en suami ;)

so petang tu kitorang ramai-ramai g ke Air Hitam..orang2 selangor asik tersebut Air Keroh je hahaha

nantikan sambungan next entry pergi Klebang,Melaka...ha ape specialnya?? nantikan...


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Jumaat, 5 September 2014

nak belajar pakai Eyebrow

Assalamualaikum..huarghhh dulu tak pernah pun nak pandang kening-kening ni..pakai eyeliner aku pandai la.itu pun yang gel tak pandai pakai.lembik sangat bulunya.tapi sekarang ni sejak bukak blog kak FynaHere dia asyik buat review makeup je.stress pulak aku tengok sebabnya banyak betul makeup dia dapat suruh buat review.rasa macam semua dia pakai aku pun nak pakai jugak.hahaha..


lepastu kan,aku suka tengok instagram lagi lagi bila kat ofis.aku suka tengok-tengok baju cantiklah dah lah murah lepas tu dapat cari barang-barang makeup yg murah-murah nak dibanding kat FB tu.hehe memang bestla barang-barang kat instagram.ni id ig aku (citah_mazid) sila lah follow okey..okey-okey back to my focus sebenarnya aku nak cerita aku dah menjadi obses dengan makeup ni..memula obses dengan lipstick jenis matte.baru nak tahu betapa seronoknya pakai lipstick matte.



dan sekarang ni kan,aku daha mula obses dengan eyebrow! omaigod,aku suka dengan kecantikan orang yang pakai eyebrow! nampak kemas sangat kalau orang tu pandai pakai.so sebenarnya aku dah mula cari-cari eyebrow sejak sebulan lepas.tapi masih tak berani dan nafsu shopping tu tak wujud lagi.tapi..kelmarin yg lepas aku memberanikan diri untuk membeli eyeshadow,cream concealer dan jugak eyebrow untuk menambahkan skill makeup diri sendiri.ahahaha apa ayat aku nieeee.


so ini lah 3 barang yang aku beli,3 benda ni nak cecah rm 60 tau.zobsssss! sangat sedih sebab duit melayang :( :( :( 

           atas eyebrow with eyebrow mascara(xtau nama) brand silkygirl.rm19++
kiri eyeshadow from elianto,rm12 kanan cream concealer rm26 tak silap

       yg ni ada dua function,kiri tu browliner,kanan tu mascara brow.ahaha berus dia la senang cite.


         

          best,pakai ni dia glitter2..




 
         sila sengetkan kepala sebab malas nak rotate.best jugak pakai.letak sikit je dah banyak krimnya.


so aku trylah pakai benda2 ni.nervous sangat tau sebab tak pandai pakai.huhu tapi mengenangkan dah beli,so pakai jela kan..xpakai kang rugi..huhu..so inilah rupa aku..korang jangan gelak ea..aku budak baru belajar pakai eyebrow.huhu 

          seram seyh.macam shinchan bak kata nano.

       nampak macam garang tak?grrrr

     eheh one more..maaf background gamba xsenonoh. :p .makeup ni aku pakai MN longlasting lipstick beli kat ig NaCosmetic.murah je and long lasting.tapi syaratnya jangan kemam bibir korang nanti melekat.ahahaha! 

         ni pun pakai tapi pakai nipis je sebab tak berani nak pakai tebal2 kat opis kang kena tegur dengan dak2 ofis.aku dahlah penyegan orangnya. 


lepas ni insyaAllah aku akan rajinkan
diri untuk memakai eyebrow hehehe.konon feeling nak kening tebal la khennn.hehehe. 


p/s:think positive,barang yang lama jangan dikenang,dan jadilah seorang yg berguna kepada orang yang kita sayangi.hehehe...

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 27 Ogos 2014

Happy Anniversary Skuad 5!

Assalamualaikum...


zaman u dah setahun berlepas.pejam celik pejam celik je dah setahun.ni kalau ada anak dah tumbuh gigi n pandai berjalan sikit-sikit dah. :) aku pun dah nak hampir setahun bekerja.Alhamdulillah Alhamdulillah dengan segala nikmat yg Allah kurniakan.betul-betul bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.punya ibu bapa yang penyayang,kekasih yg setia dan sahabat-sahabat yang terbaik. bulan 6 yg lepas genaplah 5 tahun penubuhan(tak tahu nak ckp apa) Suksis skuad 5 kat UPM..


Skuad 5 (perempuan) semua cantik2 sekarang ni.dulu masa time suksis semua hitaaammmm.sekarang semua cun melecun kebabom woi..Skuad 5 ni perangai diorg lain sikit berbanding skuad2 lain..selalu bagi Tuan Lan sakit hati tapi kami banyak berjasa jugak dgn Kor Suksis UPM..pastu paling banyak kes dgn org opis.haihh haihh..dan aku rasa skuad paling huntung sebab tamat tauliah dekat sarawak..aku naik flight first time kott masa tu. ahahaha..



dua minggu yang lepas aku dan beberapa jemah(gelaran kawan2 suksis skuad 5) buatlah mini reunion kat UPM..buat potluck lah sempena menyambut Syawal..hehehe..serious dah setahun tak jumpa diorang semua..aku mcm tak caye pun ada sbb masing-masing bz sokmo..dapatlah jumpa beberapa jemah..pun dah meriah sangat..kalau semua ada tak terkata aku betapa meriahnya bila jemah berkumpul.next time buat lagi ehhh. ade beberapa gambar sebagai kenang-kenangan tuk kami semua. 


    masa ni baru jumpa..dalam pukul 12 gitu la,baru ada 5 orang.. aku,nano,effa,lin n idaa..kat dpan opis suksis..opis kunci :(


       ok nok pikah baru sampai.first,let me take a selfie.tapi ni wefie hehe

        ok dah sampai ke Bukit Ekspo..ni kawan bestfriend..ain je tak dapat jumpa :(


      menu-menu masa potluck..omg sedapnya semua..aku bawak nugget n sosej..setiap orang bawak makanan masing2..


          selfie lepas makan 1st round..walaupun panas kami menten cun

       ni semua sibuk nak tiru gaya nano buat tu. 


    bulatan gembira. ehh perasan tak azlia baru sampai..hehehe dia ada iview sebelum tu


         OOTD kejap.


      suka angat gambar ni..macam aku sangat happy Xde masalah langsung. ;)


      ni gambar kat IG (instagram.com/citah_mazid)


        ohh time ni arina dah sampai..act ayu pun ada tapi dia dah balik sebab nak g open house.ni kat dataran depan opis suksis..


           rinduuu tempat ini


        keluarlah gambar gedik ni.hahahah

          ok part ni aku paling tak boleh belah.tak berapa ikhlas buat sbb macam zzzz kan..hahahahah. malu pulaknya..



ok thats all for today...nanti nak review pasal lipstick NYX dengan MN Longlasting. Nantikan!! 



-p/s:next year buat lagi eh kawan-kawan :p



so, apa pendapat anda tentang entri ini?