sila tengok dan click

Selasa, 29 Mac 2011

nothing in this entry

http://www.emocutez.com

okay la aku tak suka wat entry jiwang-jiwang, tentang heart feeling, ataupun yang berkaitan dengannya sebab aku tak reti nak ekspressikan apa yang aku rasa sama ada dalam percakapan mahupun tulisan. aku pun bukannya seorang yang pandai menafsirkan seseorang ataupun sesetengah perangai orang, sebab tu aku bukan skuad terfaktab mahupun sarkasis. hehehe. gurao aje. ;p


tapi aku suke baca blog yang merencanakan hal-hal yang berkaitan realiti kehidupan especially yang berkaitan orang kita. yes, orang Melayu. ada sesetengah blog yang memang kalau kita baca mesti pasal couple(yang patut dielak, patut dipupuk), rona-rona masyarakat, pendapat pasal benda-benda yang realiti dalam kehidupan harian mereka.


kenapa aku suka baca blog yang sebegini? sebab dengan membaca blog macam itu lah baru aku dapat tahu macam mana sikap orang lain yang tak pernah kita kenal. ohh, rupa-rupanya lagi ramai lelaki yang curang daripada perempuan. ini sebagai contohla, jangan marah. aishey, macam mana ye aku nak explain pasal ni? dapat tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku dengan cara penulisan yang kreatif dan berlainan. bosan kan asyik baca ayat kat surat khabar online yang sekema?


dan lagi satu, aku dapat tahu la apa yang orang tak suka pasal fesyen or else yang tak digemari. contohnya la kan, orang pakai shawl yang tinggi-tinggi bonjolan kat kepalanya. aku nampak macam cantik(kecuali yang melampau gila tingginya!) rupa-rupanya ada sesetengah pihak yang tak suka. bukan lah nak kata hipokrit ke apa ke, tapi kita boleh lah mengelak daripada dikutuk @ dingumpat orang. hahaha!


aku tak ada lah cakap yang aku sokong 100% pasal orang yang selalu meng-anjing kan orang, just untuk menambah ilmu pengetahuan am aje. kadang-kadang pun terpikir jugak, tak penat ke mereka asyik meng-usha habit-habit orang sekeliling (tak kisah la baik atau buruk) dan rencanakan kat dalam blog mereka? aku pun penat. mungkin sebab nak cari idea yang bernas letak dalam blog dan bagi aku baca la ye?


P/S: suke sangat stalk blogs ni : terfaktab, blog Mr K, lensaRosak(kontrobesi sikit)
sebab aku suke ialah penulisan mereka berkualiti, hebat dan mantopp! serta banyak tips.
:")


siti masitah



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: