sila tengok dan click

Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

Hiraniaga

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. minggu ni jualan kat kafe tempat aku kerja agak tinggi. tapi taklah tinggi mana pun berbanding KFC kew, McD kew. hewhew. almaklumlah kedai baru nak meniaga. hurm, aku rasa cafe tu kena ada tambah macam-macam lagi la. contohnya pagi-pagi ada roti canai ke, roti bakar ke, petang pulak ada goreng-goreng pisang, ini apa pun tak ada.

hahaha. kutuk cafe sendirik. tak adalah, cafe Hira' ni baru je bukak, nak dapat pelanggan yg regular pun tak berapa nak ramai. lagipun sini area kampung lah. mana ramainya orang kampung nak lepak2 cafe. tak seswai gitew. an orang kampung? aku lah tu orang kampung. thehehehe. okayy aku balik keje ni dengan harapan dapat tengok cerita Nora Elena petang ni. last tuuu.. daaaa~

P/S: terima kasih lah dengar aku membebel tak tentu.

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 3 Mei 2011

akanku tukarkan ke-emosi-an dan ke-sentap-an aku kepada SARKASTIK!

http://www.emocutez.com

salam semua.. hape kahbar u olls ? mata dah mengantuk, badan dah letih tapi otak ni asyik menyuruh-nyuruh je menaip dalam blog sesuka-hati-aku-lah apa-aku-nak taip-kau-jangan-nak-terasa pulak. okaayy aku bersikap sarcastik yang agak kejam di situ. opss ! im sorry ! aku lapa, aku nak makan megi, tapi aku tak ada bekas nak buat megi. ughh betapa kejamnya awak, bekas makanan sebab awak dah menghilangkan diri. ughh~


oh man, what the fuuu aku merepek meriban di tgah malam nie. nothing ! aku boleh aje cakap pedas-pedas-macam-kari-letup-maggi, tapi aku nak kena menjaga hati semua orang. ye, aku pernah menaip entry-entry yang agak pedas, tapi aku sedar, tak ada gunanya kite cakap benda pedas-pedas, walaupun kau dapat kepuasan yang sementara, tapi orang lain akan ingat sampai bila-bila tau. aku nyesal sangat sebab aku ada cakap yang pedas-pedas dekat kawan-kawan aku, tolong MAAFKAN AKU. insyaAllah aku akan improve perangai SENTAP aku ni dekat korang.


kepada yang pernah terasa sebelum-sebelum hari ini, aku mintak maaf sangat-sangat. aku nyesal dengan kelancangan tangan aku menaip yang bukan-bukan kat sini. kepuasan tu sementara je, tapi yang kena tu mesti sampai sekarang teringat-ingat an. aku try berubah. insyaAllah aku boleh berubah. sedangkan dulu-dulu aku selalu menci lau en skeleten tersayang tu g main pingpong tak ingat dunia, tapi sekarang, aku dah tak kisah sangat, sebab aku faham dia nak bermain. dulu-dulu je ngada-ngada. hahahahaha ! ada yang menyampah? sila muntah sekarang. (aisshh aku buat lagik !)


P/S: secara jujur, sesiapa kawan-kawan aku yang aku kenali, maaf sekiranya ayat aku ada yang buat kau terasa. saya insan yang lemah tapi suka menaip secara lancang KUNING ! lancang Kuning !
i hate that !
:P



selamat malam semua...
aku harap kau pun try belajar something
new yg bermanfaat kay?

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 14 April 2011

money money


http://www.emocutez.com

assalamualaikum. yeah~ berkurun kot tak berblog. hahaha. okay topik kali ni nak gossip jugak. haha. nothing lah aku juz nak bagitahu yang aku tak suka orang yang TERLALU berkira. berkira pun agak-agak lah an? okay aku pun kadang-kadang suka berkira, tapi in case lah dalam RM1-RM 10 dan atas.. memanglah aku berkira. tapi ini setakat 20 sen, 30sen, ape cer beb?


bukan lah aku nak paksa kau tak berkira, no..no..no..tapi tolong lah kalau setakat tak sampai 50 sen pun nak berkira sangat ke? ish, aku ingat pesanan akak aku. dia kata hidup ni janganla terlampau berkira sangat. nanti REZEKI tak masuk. hem, dalam kata kasarnya, kau janganlah kedekut sangat setakat 50sen pun nak belanja.

akak aku pernah cerita yang BOS tempat keje dia dulu sangat kedekut. bonus dekat para pekerja pun bagi seciput je walaupun dah lama bekerja kat sana. haduui, memang company tu sampai sekarang tak berkembang mana pun tau tak? akak aku pun tak sanggup nak kerja situ then Allah murahkan rezki dia, dia dapat la tempat kija yang bosnya tak kedekut. tiap2 hari ada je lauk free dapat. wau!



percayalah, kalau kita buat baik dekat orang contohnya belanja kawan-kawan ke, tak berkira sgt setakat 20sen ke, insyaAllah Tuhan tu bukak kan rezeki kita. kawan-kawan pun akan ingat akan kebaikan yang kita buat dekat mereka. aku pun masih mencuba untuk kurangkan perangai berkira ni.


kau imagine tak kalau lelaki yang berkira gila? aku memang sian lah dekat makwe dia, mesti kalau makan tu kena bahagi dua jumlah berapa yang dia kena makan. tak pun lelaki tu suruh bayar masing-masing. ewwww, kalau aku mesti tak tahan wey, lagi-lagi bila dia mention-mention pasal bayaran lepas tu. hahaha! untuk en skeleten tak macam tu. lega~


begitu jugak lah sebaliknya dengan yang perempuan. tapi bagi yang pakwe makwe tu, kalau bf/gf kau jenis tak berkira, janganlah kau lantak lenyek habis habisan duit dia.. tak baik tau. kita kena lah bertimbang rasa. baru lah adil namanye. kan? kan? kan? contohnya gf belanja tgk wayang, bf belanja makan and lain-lain.

langsung tiada kena-mengena


tapi yang aku nak mention kat sini ialah berkira dengan rakan-rakan. siyes aku tak suka kwn yang terlalu berkira. dalam skop aku ni range 10sen-50sen je. lau seringgit tu pun banyak. hahah~ berkira jugak an aku nie? pesanan aku, janganlah kedekut sangat sampai 10sen pun nak berkira. anggaplah kau sedekah kat kawan kau tu. kan dapat pahala di akhirat nanti? kan lebih bagus dapat pahala daripada dapat balik seposen tu? kan ? kan? kan ?


P/S: tapi janganlah terlalu tak berkira sangat, banyak tu RM3 dan ke atas weyy!



pasni aku tak boleh lah berkira sangat sebab dah tulis kat entri ni!
alah, seposen duaposen insyaAllah halal~

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 29 Mac 2011

nothing in this entry

http://www.emocutez.com

okay la aku tak suka wat entry jiwang-jiwang, tentang heart feeling, ataupun yang berkaitan dengannya sebab aku tak reti nak ekspressikan apa yang aku rasa sama ada dalam percakapan mahupun tulisan. aku pun bukannya seorang yang pandai menafsirkan seseorang ataupun sesetengah perangai orang, sebab tu aku bukan skuad terfaktab mahupun sarkasis. hehehe. gurao aje. ;p


tapi aku suke baca blog yang merencanakan hal-hal yang berkaitan realiti kehidupan especially yang berkaitan orang kita. yes, orang Melayu. ada sesetengah blog yang memang kalau kita baca mesti pasal couple(yang patut dielak, patut dipupuk), rona-rona masyarakat, pendapat pasal benda-benda yang realiti dalam kehidupan harian mereka.


kenapa aku suka baca blog yang sebegini? sebab dengan membaca blog macam itu lah baru aku dapat tahu macam mana sikap orang lain yang tak pernah kita kenal. ohh, rupa-rupanya lagi ramai lelaki yang curang daripada perempuan. ini sebagai contohla, jangan marah. aishey, macam mana ye aku nak explain pasal ni? dapat tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku dengan cara penulisan yang kreatif dan berlainan. bosan kan asyik baca ayat kat surat khabar online yang sekema?


dan lagi satu, aku dapat tahu la apa yang orang tak suka pasal fesyen or else yang tak digemari. contohnya la kan, orang pakai shawl yang tinggi-tinggi bonjolan kat kepalanya. aku nampak macam cantik(kecuali yang melampau gila tingginya!) rupa-rupanya ada sesetengah pihak yang tak suka. bukan lah nak kata hipokrit ke apa ke, tapi kita boleh lah mengelak daripada dikutuk @ dingumpat orang. hahaha!


aku tak ada lah cakap yang aku sokong 100% pasal orang yang selalu meng-anjing kan orang, just untuk menambah ilmu pengetahuan am aje. kadang-kadang pun terpikir jugak, tak penat ke mereka asyik meng-usha habit-habit orang sekeliling (tak kisah la baik atau buruk) dan rencanakan kat dalam blog mereka? aku pun penat. mungkin sebab nak cari idea yang bernas letak dalam blog dan bagi aku baca la ye?


P/S: suke sangat stalk blogs ni : terfaktab, blog Mr K, lensaRosak(kontrobesi sikit)
sebab aku suke ialah penulisan mereka berkualiti, hebat dan mantopp! serta banyak tips.
:")


siti masitah



so, apa pendapat anda tentang entri ini?