sila tengok dan click

Memaparkan catatan dengan label menghargai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menghargai. Papar semua catatan

Khamis, 16 Januari 2014

Peminat produk Bio Essence buat masa ni

Assalamualaikum....

sejak aku dah bekerja ni (Oh Tuhan, pejam celik pejam celik aku dah nak hampir 5 bulan bekerja!) aku mula obses dengan produk kecantikan kulit. permulaannya bila di ofis aku bila boring mula menghadap PC dan klik apa yang aku mahu. dari membukak twitter, membaca blog dari blogfemes dan membaca review produk kecantikan yang aku berkenan. aku rasa ramai dah punya tabiat macam aku especially pekerja la. masa student dulu aku jarang je tengok produk kecantikan. mungkin bila di rumah aku keboringan tak tau  nak hadap apa,so aku hadaplah muka aku sendiri.. errkk. aku teliti muka aku depan cermin, aku picit whitehead ke blackhead kat hidung aku rasa puas. hahahahaha. tiap tiap malam boleh kata tu lah rutin aku.

pastu kalau aku berminat sesuatu produk tu aku akan baca review. aku taip je kat Google contohnya "review pencuci muka Bio Essence Bird Nest" then keluar la segala jawapan yang ko ingin ketahui. hihihi..best sangat baca review dorang, siap ada tunjuk muka sebelum dan selepas lagi. i loikeee!!! ok panjangnya bebel. aku cuma nak bagitau yang wat masa sekarang ni aku telah jatuh hati pada produk Bio Essence (BE) jelah aku panggil.  BE ni produk dari singapore, harganya biasa biasa kiranya mampu milik la (utk pencuci muka je mampu milik),dan aku sangat suka pada pencuci muka dia.so tak payah explain macam mana best nya pencuci muka BE ni sbb aku da pernah buat review so just click older post je okey! kali ni aku nak tnjuk produk yang aku ada yang berjenama BE ini. actually sepatutnya aku ada 2 jenis produk je daripada BE ni, tapi akibat betapa batak dan rakusnya aku,aku telah membeli Bio Essence Miracle Bio Water yg ada set free gift (pantang ada offer!) so aku upload je la k gamba kat sini. yg Miracle Bio Water ni tuk segarkan muka,rmbut dan kulit. aku kalau ngantuk kat opis,aku spray je. ada banyak fungsi,kalau kita panas setelah keluar di waktu yg terik pun boleh spray kat muka. hehe. okay yg Deep Exfoliating Gel ni aku dapat free gift sbb beli Bio Water tu. fungsi dia tuk buang kulit mati dari muka. so just picit gel tu letak kat muka then ratakan sampai keluar kulit mati tu in circular motion tau. kesannya sungguh best! mmg best sbb aku pernah pakai jenama Alaisyah, tapi xbest sangat pun. lastly aku ada Tri action Aqua Boost pencuci muka dan Sleeping Mask. dua dua dapat free gift sbb beli Miracle Bio Water tu jugak. haa berbaloi kan. Pencuci aku lom pernah pakai, tpi yang sleeping mask tu aku pakai sblum tido. erm biasa je rasanya. rasa macam ada sesuatu di muka tapi xdelah mcam pkai mask yg kertas tu..hehehehe ok dah penat menaip pakai hp kecik ni.




ps:aku berblog menerusi hp,hp aku tak canggih so tak boleh letak caption bawah gambar.


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 17 Mei 2011

rasa macam nak pencen aje bila dah lama tak berblog


http://www.emocutez.com

salam 1 Malaysia. masih malas mahu menaip entry walaupun sedang banyak gilersz IDEA nak dikeutarakan. haha ^^ huaarrghh mungkin bila dah lepas final exam, aku dah set kepala otak aku untuk tak payah berpikir lagi. hahaha. what the fuuuu. tak adalah macam tu sekali. just nak mention di sini an walaupun tiada siapa mahu tahu, aku baru aje balik hutan. hutan dekat Kelantan. nama tempat Bukit Bakar.


untuk pengetahuan lagi (ewww) aku baru pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Cik Siti Masitah eh eh eh Siti Wan Kembang ni. barulah aku tahu yg rupa-rupanya Kelantan ni tak ada highway. patotlah asek merungut, apesal lah tak nak lalu highway bas PDRM ni? geram tau I ! mencik ! mencik ! (errr bukan aku ni) dan bila lalu kawasan bandaraya dekat Kelantan, setiap kedainya mempunyai tulisan Rumi dan juga Jawi. I teruja you !


isk isk isk. paragraph yang kedua ni memang agak sadisss sangat sebab aku sangat ketinggalan. uhuk ! uhuk ! dah lah, tak mahulah nak cerita lagi kejakunan aku bila datang kat negeri Kelate tuh. perjalanan ke sana memakan 8jam lah jugak. sampai pening kepala otak menidurkan diri.


err aku pun tak mahu lah nak cerita-cerita sangat apa je aktiviti aku masa dalam kem selama seminggu tu. namun, segala aktiviti yang dijalankan di sana, takkan dapat aku lupakan ! takkan dapat ku gambarkan ! takkan dapat kujelaskan ! hanya dapat ke kenangkan. hmmm terutamanya semasa meredahi hutan yang berbukit-bukit. memang tak larat sebab membawa beg yg berat, sampai kadang-kadang rasa mcm nak give up aje.

meme selekeh. baju ni lah buat tido 3hari turut-turut


tp bila aku tengok rakan-rakan yang lain pun berusaha mebawa bebanan masing-masing, aku menjadi lebih bersemangat ! tak kan depa suma boleh aku tak boleh ? kau dan aku sama aku sama aja. bila pada malamnya tido di dalam khemah ( tp bukan khemah camping tu ) ni khemah bina sendiri bersama kawan-kawan sepasukan. Team HQ meme bez!!

antara ahli Platun 1

semua peristiwa di Hutan Bukit Bakar akan menjadi salah satu kenangan yang paling manis dalam hidup aku. satu cabaran yang dapat melihat potensi diri aku sendiri. TAHNIAH buat diri aku sendiri kerana sudah melepasi cabaran ikhtiar hidup ( ececewaaaah ! )

ewww. jangan geli. kami semua berkaki begini disebabkan
air yg banyak memasuki jungle boot.



P/S: terima kasih Muhamad Anuar Buan
aku cilok gambar kau. :)

siti masitah
macam tak caya je
dah pergi hutan seminggu.

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 29 Mac 2011

nothing in this entry

http://www.emocutez.com

okay la aku tak suka wat entry jiwang-jiwang, tentang heart feeling, ataupun yang berkaitan dengannya sebab aku tak reti nak ekspressikan apa yang aku rasa sama ada dalam percakapan mahupun tulisan. aku pun bukannya seorang yang pandai menafsirkan seseorang ataupun sesetengah perangai orang, sebab tu aku bukan skuad terfaktab mahupun sarkasis. hehehe. gurao aje. ;p


tapi aku suke baca blog yang merencanakan hal-hal yang berkaitan realiti kehidupan especially yang berkaitan orang kita. yes, orang Melayu. ada sesetengah blog yang memang kalau kita baca mesti pasal couple(yang patut dielak, patut dipupuk), rona-rona masyarakat, pendapat pasal benda-benda yang realiti dalam kehidupan harian mereka.


kenapa aku suka baca blog yang sebegini? sebab dengan membaca blog macam itu lah baru aku dapat tahu macam mana sikap orang lain yang tak pernah kita kenal. ohh, rupa-rupanya lagi ramai lelaki yang curang daripada perempuan. ini sebagai contohla, jangan marah. aishey, macam mana ye aku nak explain pasal ni? dapat tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku dengan cara penulisan yang kreatif dan berlainan. bosan kan asyik baca ayat kat surat khabar online yang sekema?


dan lagi satu, aku dapat tahu la apa yang orang tak suka pasal fesyen or else yang tak digemari. contohnya la kan, orang pakai shawl yang tinggi-tinggi bonjolan kat kepalanya. aku nampak macam cantik(kecuali yang melampau gila tingginya!) rupa-rupanya ada sesetengah pihak yang tak suka. bukan lah nak kata hipokrit ke apa ke, tapi kita boleh lah mengelak daripada dikutuk @ dingumpat orang. hahaha!


aku tak ada lah cakap yang aku sokong 100% pasal orang yang selalu meng-anjing kan orang, just untuk menambah ilmu pengetahuan am aje. kadang-kadang pun terpikir jugak, tak penat ke mereka asyik meng-usha habit-habit orang sekeliling (tak kisah la baik atau buruk) dan rencanakan kat dalam blog mereka? aku pun penat. mungkin sebab nak cari idea yang bernas letak dalam blog dan bagi aku baca la ye?


P/S: suke sangat stalk blogs ni : terfaktab, blog Mr K, lensaRosak(kontrobesi sikit)
sebab aku suke ialah penulisan mereka berkualiti, hebat dan mantopp! serta banyak tips.
:")


siti masitah



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 14 Disember 2010

terima kasih ye



http://www.emocutez.com


assalamualaikum semua.petang ni xada ape2 story-mory yg menarik.cuma saya nak ucapkan TENX or TQ atau terima kaseh atau ARIGATO kat anda2 yg sudi sangaat memfollow blog saya yg sederhana ni je.ribuan terima kasih kpd yg saya baru kenal, n thanx to kawan sekolah n kawan universiti juga kawan matrik.hehe!tak tahulah apesal nak ckp mcm ni, tp terima ja lah kay?haha!


TENX kwn2 seblog.:)


dah, itu aje.
siti masitah
so, apa pendapat anda tentang entri ini?