sila tengok dan click

Jumaat, 14 Jun 2013

Minggu Exam dan Siapkan Thesis


ASSALAMUALAIKUM! jyeahhh..waghihh.. hahhaaa



minggu ni dah menghampiri minggu ke 16 iaitu minggu terakhir semester 2012/2013 ni. pejam celik. pejam celik rupa-rupanya aku dah melalui saat-saat getir sebagai pelajar tahun akhir..sungguh tak sangka hanya tinggal beberapa hari lagi aku digelar sebagai student ataupun pelajar.. masa berlalu dengan pantas walaupun semasa menjalani sesuatu perkara tu rasa macam nak cepat je berputar sebab aku tak suka nak menghadapi masalah-masalah ni. err faham tak maksud ayat aku? hehe dapat bayangkan tak macam mana aku menulis thesis dalam bahasa Inggeris? aku berdoa agar supervisor aku faham la apa maksud sebenar thesis aku tu..


Isnin yang lepas dah selamat satu paper, iaitu Speech Processing dan yang bakal aku hadapi Selasa ni subjek Multimedia Project Management. kedua-dua subjek ni banyak teori tapi ada la jugak kira-kira sedikit. sejak masuk alam pelajar tahun akhir ni, aku memang dah tak ada feeling sangatla nak exam ni. study pun last minit, betul-betul last minit tau. pastu tension sorang-sorang sebab kawan-kawan lain dah jauh study. hihi sebenarnya pilihan di tangan kita sendiri.. sama ada kita nak jadi rajin ataupun jadi malas. pesanan aku janganlah contohi perangai aku ni, tak berapa bagus sebagai student. kalau nak jadi cemerlang cube la ikut macam FL tu, dia berjam-jam stay kat library untuk study..itu bagos sebenarnya walaupun ia nampak skema. 


sejak dari awal semester ni lagi aku asyik rasa terikat aje dengan projek sarjana muda aku. sampai sekarang rasa bahagia tu tak betul-betul bahagia. hahaha ayat nak sedih je pulak. takdelah..maksud aku bila dah dapat tugasan FYP ni, kita kena betul-betul struggle dan kalau boleh mula dari awal supaya mudah bila dah hujung-hujung semester tak adalah kelam-kabut sangat..harini nak share la kan ape perasaannya pula apabila menulis thesis. mesti ada yang pelik bukan ke thesis buat seiring dgn projek? hehehe tapi course aku lain sikit. sebab lebih mementingkan project nak dibandingkan dengan thesis. namun markah thesis masih lagi tinggi berbanding projek. 


menurut supervisor aku, jika projek berjaya dihasilkan dan mengikuti objektif maka insyaAllah markah yang lain pun okay juge. tapi pengakhirannya, bila projek didahulukan thesis kurang diutamakan, kesannya kita boleh lihat seperti aku ni. agak kelam-kabut menyiapkan thesis di kala minggu belajar (baca : study week) dan minggu-minggu peperiksaan. ohoi agak sedih kan? TT______TT tapi tak apalah, sekarang ni teruskan je menyambung menulis thesis. 


so sekarang ni nak menulis atau menaip sebenarnya thesis ini aku perlukan sesuatu tempat yang boleh membuatkan aku tidak berfoya-foya serta bersantai ria. oleh itu aku perlu ke library untuk lebih tumpukan perhatian menulis. owh lagi satu aku "suka" pergi library sebab aku terkenangkan yang aku dah membayar yuran pengajian which is termasuk juga bayaran library. maka dengan itu aku ni jenis yang tidak akan mensia-siakan segala apa kemudahan yang telah aku bayar dengan sebegitu saja. aku rasa tak adil. ini tidak adil tidak adil bagiku. siapa yang dah bayar yuran lepastu tak nak pergi kemudahan-kemudahan yang UPM dah sediakan anda adlah seorang yang rugi! anda tahu tak? aku dah rugi satu benda iaitu yuran kenderaan. bayar rm75 tapi naik bus pun sekali dua je naik! tak berbaloi bukan? so gunakan kemudahan betul-betul especially dekat Pusat Kesihatan UPM tu. 


                                   hahaha *maaf aku agak pantang pabila bercerita mengenai kemudahan ni*




muka berseri sebab pagi-pagi lagi

muka yang blurghhhhh

muka kunun khusyuk wat thesis di library
cepat la citah siapkan!!






so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: