sila tengok dan click

Selasa, 11 Jun 2013

Resipi: Asam Pedas Mak Tijah

ASSALAMUALAIKUM! lagi........

Sekali berblog, terasa nak berblog dua kali pula. hewhewhew. sekarang ni tak ada nak cerita pasal Kucin, tapi nak kongsi Resepi Asam Pedas Mak Tijah. hehehehe. sekali-sekala nak jugak berkongsi resepi ni. untuk pengetahuan Tijah tu nama mak aku. mak aku memang pandai memasak, cuma dah tua sikit ni dah tak larat sangat nak memasaknye. hehehe. okay boleh la cuba resepi ni sebab memang sedap! (masak sendiri tapi atas arahan mak aku contoh macam letak itu, letak ini)

Bahan-bahan Tumisan:
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili kering (ikut suka nak bnyak mana)
2 biji Cili besar 
Belacan (ikut suka nak bnyak mana)
1/2 biji Tomato
Kunyit
5-6 biji buah gajus (optional, ianya untuk menambahkan rasa lemak)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan kuah:
3 ekor Ikan Selar (ikut suka nak bnyak mana)
Sedikit daun kesum
2 bunga kantan (ikut suka nak bnyak mana)
sedikit garam dan gula
Tomato (ikut suka nak bnyak mana)
Air asam jawa


             daun kesum                                    bunga kantan dan tomato

Cara Memasak:
  1. Tumbuk/Blend cili kering hingga lumat, lepastu tumbuk/blend semua bahan-bahan tumisan. 
  2. Tumis bahan tersebut dengan minyak yang sedang-sedang panas.Tunggu hingga bahan tumisan garing.
  3. Bila dah garing, masukkan air sebanyak satu setengah cawan (jangan banjir sangat nanti tawar)
  4. Masukkan ikan.
  5. Tunggu 5 minit
  6. Masukkan bunga kantan, daun kesum, tomato.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa *info: masakan asam pedas ni lambat sedikit nak rasa sebati. tak cepat macam masak sup sayur dan masak lemak/gulai* so kena kacau dulu kuahnya berhati-hati tak nak ikan hancur.
  8. Masukkan air asam.
  9. Kacau perlahan-lahan
  10. Tutupkan api.



tumis hingga garing dan masukkan air.


ini kan selar dan kembung


ada ikan tu, tapi tenggelam sikit. hihi



.Thanx to camera BB sebab tak sharp mane. pffffffft.

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: