sila tengok dan click

Rabu, 12 Jun 2013

Resipi: Sambal Totok

ASSALAMUALAIKUM !!


Harini siang tadi aku masak sambal totok (dont know how to spell tapi rasanya gini lah). untuk pengetahuan sambal totok ni makanan/hasil kreativiti orang jawa. makanan orang Jawa semua aku jatuh cinta. cakap je apa, semua aku suka. sambal goreng, lemper, nasi ambeng, aih dan macam-macam lagilah! I love Javanese. hari ini nak bagi resipi sambal totok yang simple tapi awww! menggiurkan! 


Bahan-bahan:
Bawang kecik 
Bawang putih
Ikan bilis
Belacan
Cili padi/cili api
Limau kasturi
Sedikit gula


ini je bahan asasnya


 Cara-cara:
  1. Goreng bawang merah dan putih setengah masak (tak perlu di hiris/dipotong) 
  2. Kemudian angkat.
  3. Goreng ikan bilis setengah masak.
  4. Kemudian angkat.
  5. Goreng belacan. sekejap je jangan sampai hancur pulak.
  6. Goreng cili. make sure cili yang terakhir sebab dia letup-letup. Pastikan juga pakai penutup. keselamatan.
  7. Tumbuk cili hingga lumat, lepastu bawang-bawang, belacan.
  8. Picitkan beberapa biji limau kasturi untuk bagi rasa masam-masam.
  9. Gaulkan bersama sedikit gula. 
  10. Sambal totok sedia dinikmati! 



AMARAN: masa goreng cili pastikan ada penutup


ini rupa bawang,ikan bilis dan belacan after goreng separuh masak

tumbuk cili dulu yer adik-adik puan-puan...


*INFO: 
  • sambal ini sesuai untuk dicicah dengan pisang rebus/ubi rebus/makan dengan nasi.
  • pernah inovasikan resepi ini dengan meletak sedikit buah dabai (orang Sarawak tahu la). Sedap! 
  • pastikan semua bahan digoreng separuh masak je

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: