sila tengok dan click

Sabtu, 16 November 2013

Review Flavettes Vitamin C Effervescent

hai selamat hari ahad u olls. kenapa sejak menjak ni hari ahad ni macam blues-blues jer, mcm mendung angin sepoi bahasa dan sangat nikmat untuk dienjoy? ohhh sejak bekerja ni, saya mula menghargai hari Ahad yang sungguh istimewa. Saya? Aku la. hehe. okayla straight to the point, aku nak tulis review mengenai Vitamin C yang baru dibeli beberapa mggu lepas. oh mungkin sudah cecah sebulan. 


vitamin Flavettes ni aku kenal sejak seorang kawan mula ambil as a supplement. dari situ aku dah mula tertarik dengan caranya yang boleh larut dalam air dan boleh terus nikmati kesedapannya. rasanya pun memang sedap! (tak tipuuuu). mulalah perlahan-lahan tertarik dgn produk ni, dahla mengandungi 1000mg kandungan vit C okekkk.banyak tauuuuu.harga pulak berpatutan dan jenamanya pun boleh dipercayai. kiranya bukan jenama-jenama yang macam kat FB produk nama ape ntah pastu tunjuk muka berkesan dengan hanya menggunakan teknik edit kat hp semata-mata. noooo..


produk ni ada kat mana-mana farmasi, mmg senang nak cari. makanya pada suatu hari aku pun belila Flavettes Effervescent ni. hah?tak tahu rupanya macam mana? okay dia dalam kotak, dan dalam tu ada 3 botol mengandungi 10 pil setiap satu botol. memang packaging pun aku suka sangat-sangat sebab sebab sebab...sebab dia best. hehehe..

sumber: Google

HARI PERTAMA
hari pertama minum vitamin c (aku ambil malam sebelum tido, memang feeling syokla sebab sedap). keesukan paginya aku macam biasa je, tapi dalam sejam dua tu perut aku dengan tiba-tiba memulas. untuk pengetahuan, aku jarang membuang di pagi hari. so, dalam hati ni kata 'Oh bagus jugak vitamin ni, boleh membuang di pagi hari. perkara sama seperti ni berlaku dalam 2 minggu pertama aku ambik supplement ni.


sumber: Google
macam nilah packagingnya


DUA MINGGU KEMUDIAN
ada satu malam aku terjaga dari tidur (around 3.30 pagi) terasa perut ni semacam. rasa pedih, rasa terhakis sampai aku xboleh sambung tidur. sakitnya sampai terasa kat dada,u know macam sakit gastrik la. (aku tak ada sakit gastrik) aku mengerang kesakitan (wah ayat mcm novel) hampir sejam dan aku tak boleh tahan so aku pun pergilah membuang pada pukul 4.30++ lepas tu aku masih lagi sakit perut,dan menggigil sedikit,aku rasa nak makan nasi, so aku makan nasi pepagi buta tu. 


bila lepas makan nasi, aku try nak tidur, tapi tak boleh, aku duduk bersila sambil perut sakit-sakit lagi. dalam 20minit,perut aku beransur reda,dan masa tu aku start baring dan aku boleh tidur..esuk paginya masih ada baki sakit perut(umpama perut aku ni luka terkoyak) dan aku agak trauma untuk menyentuh vitamin C tu lagi. huhuhuu.. sakit perut tu berterusan dan kadang-kadang sakit selama 5-6 hari walaupun aku tak ambik dah vitamin tu. sekarang ni aku dah tak sakit perut, tapi pabila makan sesuatu yg agak pedas, perut aku dah start sakit. dan aku syak aku dah mula ada penyakit gastrik. :( 


sebelum ni aku punya perut mmg tak ada masalah, kalau nak makan pedas ker,makan apa-apalah atau perut kosong ke mmg tak meragam. tpi sekarang....dah sensitif la pulak. So kesimpulannya, aku tak dapat apa-apa benefit memakan Flavettes Effervescent ni, mungkin perut tak sesuai dengan bahan-bahan dalam vit c tu..dan aku ada banyak lagi vitamin tu. sampai sekarang aku tak sambung semula minum vitamin tersebut..


:(

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good day! This post couldn't be written any better!
Reading this post reminds me of my old room mate!
He always kept chatting about this. I will forward this
write-up to him. Fairly certain he will have a good read.
Thank you for sharing!

Have a look at my web-site buy soundcloud plays

citah bukan mazid berkata...

really? ?
how about your friends?does he have the same effects like me when he start taking this supplement??

Beauty & healthy Lifestyle berkata...

Hi... Cik Citah... saya pun macam tu juga dulu.. sebab vitamin C di pasaran semua diperbuat daripada buah citrus yg tak sesuai utk yg ada gastik. Mmg flavettes tu sedap... mcm minuman bergas dan manis... dan Vitamin C tak dapat dihasilkan dari badan manusia kita kena ambil supplement vitamin utk kulit yang cantik dan imum sistem yang kuat. sekarang saya ambil brand Shaklee mmg tip top... tak ada lagi sakit gastrik.. jemput singgah ke blog sy jika ada masa.

http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

citah bukan mazid berkata...

hii cik alicia..yup sy baru2 ni amalkan vit c..mmg sy rasa beza badan sy tak letih sgt sbb sblum ni letih je selalu.. sy pun amik vit c shaklee