sila tengok dan click

Isnin, 26 November 2012

my-3-review

http://www.emocutez.com

assalamualaikum dan selamat malam. entri kali ni nak buat review pasal tiga movie yang aku dah tengok dalam masa terdekat ni. aku cerita biasa-biasa ajelah. tak adalah terlalu detail sebab nak detail pergilah blog orang lain pulop. cerita pertama, Skyfall. ini cerita James Bond. siapa yang tak kenal Bond? cerita yang mempunyai elemen wajib tembak-menembak,perempuan hot-nak-mampus,dan penyamaran. cerita ni lebih diutamakan atau diketengahkan mengenai si M yang dah tua dan patut pencen namun masih berdegil nak jugak kerja. haha dan cerita ini meleret sangat sampai penat dah tengok. apa-apa pun kali ni kurang aksi intim dan aku boleh bagi 3/5 except introduction cerita ni which Adelle nyanyi sedap dan smart sangat. should watch the intro i think. :D

ni masa lalu terowong yang berputar ;P


Next is Twilight Breaking Dawn part 2. hew hew sungguh aku tak sangka aku pergi tengok cerita ni. hahaha. sebab kau tau la kan cerita Twilight ni banyak cakap,aku rasa dari episode 1-last ni memang banyak cakap. untung jugaklah ada subtitles kat bawah tu. but aku rasa cerita kali ni adalah cerita paling best daripada yang lain. aku nyampah je tengok semua berebut nak buat baik dengan manusia bergelar Bella. menjadi rebutan setiap vampire mahupun wolf. muahahhaha. aku suka part last-last,action banyak gila,memang boleh mendatangkan emosi kegeraman bila tengok dan rasa puas hati sangat-sangat. hehehe. aku boleh bagi rating 4/5 cerita ni. 

ni masa scene nak berlawan dengan musuh ape ntah


Last but not least,ialah cerita kartun Rise of the Guardian. ini cerita mengisahkan watak-watak fairy tale but not princess lah. jalan cerita masa mula-mula aku tak berapa dapat sangat,tapi bila dah suku cerita tu baru paham kenapa watak Jack Fross(aku tak ingat nama dia) tu budak-budak tak nampak tapi budak-budak boleh nampak Santa,SandMan,and Tooth Fairy serta Easter Bunny. bila kanak-kanak percaya tentang sesuatu fairy tale,maka secara automatiknya mereka akan jadi visible namun bila kids start tak percaya mereka,di situlah mereka boleh jadi invisible. cerita nya bagus,cantik dan comel. hik hik. aku bagi 3.5/5 lah cerita ni namun disebabkan aku appreciate sebarang kartun sama ada dalam tv/wayang sebab aku budak multimedia dan aku tahu kerja semua tu bukan mudah,aku bagi 4.5/5. hik hik. okay thats all my review dari tiga movie yang berbeza genre ni. :)

tu jack fros. dia pun wujud tau sebab turunkan salji *dongeng kanak-kanak*





so, apa pendapat anda tentang entri ini?

macam-mana boleh dapat JAKIM

http://www.emocutez.com



Assalamualaikum. selamat sejahtera semua. disebabkan aku baru boleh bukak blog tika pepagi buta ni, barulah aku perasan ada seorang bertanya macam mana aku boleh dapat praktikal kat JAKIM. veritanya macam ni, kat UPM semasa semester 5 lagi fakulti aku dah wat taklimat dan isi borang dalam sistem ELITE(sistem untuk apply LI(latihan industri)). masa tu aku isi la mana-mana company yang aku berkenan yang ada dalam list kat sistem tu. masa tu tak fikir lagi nak mintak JAKIM. hehehe


sebenarnya aku ni budak Sc Komputer major Multimedia, so mintak l.i. pun kat company animation. malangnya, tempat aku apply tu dah ramai member yang apply,dan dorang prefer budak lelaki disebabkan waktu kerja yang tidak menentu dan balik malam. masa dapat tau kena reject dari company tu,aku dah agak cuak sebab masih belum ada tempat nak praktikal. kawan-kawan lain dah ada dah.


so,nak dijadikan cerita,satu hari tu ain nak bantu aku carikan tempat praktikal.dan tak ingat la macam mana tetiba nak mintak dari company kerajaan. so, company first yang terlintas dalam kepala aku ialah JAKIM. alasannya sebab masa tu baru putus cinta, dan target aku nak kenal ustaz-ustaz kat JAKIM tu. keh keh apa punya alasan da..


caranya, memula dapatkan number contact JAKIM,dari google aje pun. then contact JAKIM dan tanyakan kat orang tu,saya dari universiti mana ingin praktikal kat JAKIM. adakah JAKIM memerlukan student praktikal? so nanti dia tanya kita course apa,bila nak praktikal dan kalau nasib kita baik,adalah tempat nak praktikal kat JAKIM tu. biasanya ada aje. jangan risau ye. 


so, nanti dia akan suruh hantar resume kat emel yang diorang bagi, dan tunggu ajelah result dari JAKIM. masa aku dulu, pihak JAKIM kol aku untuk confirmkan semula adakah aku betul-betul nak praktikal kat sana. setelah confirm, diorang pun hantar fax kat ofis fakulti aku menyatakan permohonan aku nak praktikal kat sana diluluskan. heeee. begitulah caranya mcm mana aku boleh dapat praktikal kat JAKIM. hehehehe. 


so, bagi yang tanye tu,aku dah jawabkan. semoga berjaya ye awak nak mohon praktikal kat sana. good luck dan sorry sebab lambat baru reply.. :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Sabtu, 3 November 2012

gambarrrr





so, apa pendapat anda tentang entri ini?