sila tengok dan click

Khamis, 5 Disember 2013

KOLUMPO

Assalamualaikum. niat di hati memang dah lama nak post pasal Kolumpo, atau nama sebenarnya Kuala Lumpur aka KL. bila bercakap mengenai KL, macam-macam benda yang berlegar-legar di minda ini. sampai aku tak tahu mana satu patut aku tulis dahulu. berebut semua perkara mengenai KL yang ada dalam otak aku nak keluar.
 
 
firstly, this is my imagination/experience yang pernah aku lalui/situasi about Kolumpo. gahh..tak sabarnya semua input nak jadi output! aku dah blur nie. okayla cakap pasal KL,aku terbayang macam-macam. Segalanya, semua. yelah, semua ada di KL, ada yang murah, ada yang mahal, tapi semuanya adalah! okayla aku ni kan budak kampung shj, so masa kecik-kecik mmg tak didedahkan sgt la bagaimananya hebatnya KL ni.
 
 
masuk zaman matrik dan seterusnya barula dapat tau sikit-sikit mengenai KL ni, macam mana orang KL, macam mana jalannya, apa yang ada kat sana. hurm penulisan aku ni bukan seperti yang aku bayangkan dlm kepala otak aku! arghhh (apa ni bermonolog dalaman pulak) okayla, sejarahnya aku mengetahui KL ni adalah diperkenalkan oleh someone. mata aku terbukak dgn keadaan dan cara hidup orang KL ni. ada yang baik,ada yang jahat, ada org warganegara mahupun bukan warganegara. kadang susah nak bezakan. wahahaha
 
 
KL ni bila malam memang tak tidur, macam lagu Altimet+Noh  yang Kotarayaku tu yg berbunyi:
 
        Ohhhh..
               Kuala Lumpur....
               Kau yang tak pernah tidur...
               Menjaga mimpi yang luntur..
 
 
kat KL macam-macam gaya ada. ada budak yang hipster, ada yang muslimah, ada yg sexay ada yg pondan. aku pernah malam-malam berjalan di Bukit Bintang, memang hidup, macam-macam ragam, ada yang tgah break dance, ada yg gang reggae, ada pembuat handcraft OKU, ada pondan/girl yang offer pergi mengurut. masa tu aku jalan sambil memerhati walaupun aku masa tu tak faham erti kehidupan sebenar yang realiti sebab masa tu aku muda lagi, aku student lagi. oh dan kat KL Polis memang rajin ronda. pukul 2-3 pagi macam baru pukul 9 malam, kereta sentiasa byk, restoran McD pun tak berapa nak lengang.
 
 
kat KL ni kalau korang nak buat jahat, korang buatlah, asalkan jangan sampai polis cekup. memang cukup bahaya.. especially pada waktu malam la k. okay now ni pasal imaginasi aku bila tgk budak-budak KL di TV (means drama/film) atau di media-media sosial. diorang sgt bebas bergaul, mak ayah dorang bagi je dorang berkawan dgn siapa, nak keluar sampai malam, tu semua okay which is aku tak ada life sebegitu. aku duk kampung ni asik duk rumah, mana boleh keluar suka-hati (da besar da kurang ketat, tapi masih tak boleh dating-dating ni) . suatu ketika, aku jeles gila kot dengan kebebasan dan kepercayaan yang parents KL ni bagi kat anank2 diorang. aku ni, disekat :(
 
 
haha itu dulu, itu masa zaman aku berfoya-foya lupa diri alpa dan segala jenis jahat aku pernah buat. ish malu rasanya, sekarang ni aku dah matang sikit, dan tidak hanya mengikut perasaan (shopping ikut jugak perasaan) aku sepatutnya bersyukur dgn kebebasan yang disekat oleh parents aku. tapi kalau boleh tak nak ketat sangat sebab risau nanti anak aku culture shock bila dilepaskan sorang-sorang contoh cam duduk hostel ke watsoeva.. huhu..anyway aku gagahkan jugak menulis cite yang tak best dan tah apa-apa ni sebab harini movie Kolumpo dah keluar..walaupun aku tak tau tah dapat ke tidak aku tgk movie tu (sbb tak ada kwn yg sama taste wayang) tapi tetap nak promote tak berbayar la jugak.. adios
 
 
P/S: ni kan cite yang Yuna n Qi nyanyi sama-sama (KL Kita)
 
 
 
Pss..ni just my overview and my opinion okiessss :D

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: