sila tengok dan click

Rabu, 28 Ogos 2013

mohon



Esuk ada interview, semoga bejaya citah. nak reveal dua filem best, tapi bukan kali ini. nantikan. 
:)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 20 Ogos 2013

Sekolah Rendah

Setelah 12 tahun meninggalkan sekolah rendah, raya tahun ni lah baru dapat jumpa cikgu sekolah rendah. terasa amat tua bila fikirkan dah 12 tahun meninggalkan sekolah rendah.

namun memori masih jelas bermain di fikiran, bagaimana cikgu yang garang mendenda anak muridnya, bagaimana cara cikgu mengajar di dalam kelas, dengan siapa kita berkawan, ianya sungguh jelas ! 

raya kali ni aku dan kawan-kawan sempat berjumpa dua orang cikgu yang available disebabkan kami beraya malam. al maklumlah kawan-kawan kan dah bekerja, waktu malam yg available oleh semua orang. 


cube teka cikgu yg mana ? 
yg tengah tu..muka maintain muda tu..


cube teka cikgu yang mana? 
ha..yang tudung hijau tu la..


inilah sekolah rendah aku dulu..


cikgu sekolah rendah aku semua muka maintain muda..badan pun maintain jer kot. anak-anak murid dia yg gomoks (aku lettew)

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Komik Lee Chong Wei

selamat hari raya yang ke-13. memang dah tak ada orang bertandang ke rumah Ali Murtada melainkan posmen dan pos laju jer. hehehe. harini nak review buku komik Lee Chong Wei Jejak Libasan Jaguh yang diterbitkan oleh Gempak Starz. aku peminat tegar komik ( Gempak Starz, Detektif Conan) berpendapat buku ni amatlah bagus dan best serta menarik dan juga bersesuaian untuk semua peringkat umur 

Firstly, buku ni menceritakan tentang atlet negara kita, iaitu Dato' Lee Chong Wei. haa siapa kat sini tak suka Lee Chong Wei ? semua rakyat Malaysia sayangkan Dato' LCW kite. komik ni ada episod-episod, macam yang aku dah baca ni episod 2, di mana penceritaan mengenai perjalanan Dato' LCW masa baru masuk sekolah sukan dan bagaimana dia dibuli oleh seniornya. sangat kejam senior dia tau ! 

Seterusnya komik ni sangat cantik dengan karekter yang dihasilkan juga amat menarik minat aku. perjalanan cerita yang jelas, mudah difahami juga diselitkan lawak-lawak yg sinonim dengan Gempak Starz memang best. bagi sesiapa yang dah biasa  dgn komik-komik Gempak Starz konfirm korang akan rasa best baca komik ni. 

cover depan komik ni 

Lepas tu komik ni bukan sekadar kartun sahaja, tapi ada banyak diselitkan informasi-informasi permainan badminton seperti kelebihan dan kekurangan sistem pemarkahan 21 mata, bagaimana untuk bermain badminton dan bermacam lagi. Oh dan jugak ada lawak-lawak ringan. hehehe.


kat tengah-tengah tu ada informasi mengenai badminton :)


ada jugak lawak mini 

Bagi korang yang meminati Dato' LCW atau peminat Gempak Starz, u guys should buy this comic. sedikit tambahan, buku ni sangat-sangat bagus untuk kanak-kanak bagi menggalakkan mereka suka dgn sukan badminton serta terdapat banyak unsur-unsur positif macam tidak cepat putus asa, tidak mengaku kalah dan macam-macam lagilah. boleh kata buku ni memang tak de kekurangan dan memang sangat berbaloi dengan harganya RM15 sahaja. :)


aku sayang Lee Chong Wei ! 

dah makin gemuk ! 
>.<


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 19 Ogos 2013

#Malam



Malam yang sunyi lagikan sepi ini
Ku terbayang kelibatmu
Yang mampu menggetarkan jiwa nan tenang
Bagai ditegur oleh sang Naga

Bagaimana harus aku
Menahan rasa itu
Yang semakin mencengkam diri
Yang semakin memakan diri

Ku berbalik pada yang asas
Ku merenung zaman yang lepas
Ku menatap kesilapan
Ku menginsaf pada yang Esa

so, apa pendapat anda tentang entri ini?