sila tengok dan click

Selasa, 20 Ogos 2013

Komik Lee Chong Wei

selamat hari raya yang ke-13. memang dah tak ada orang bertandang ke rumah Ali Murtada melainkan posmen dan pos laju jer. hehehe. harini nak review buku komik Lee Chong Wei Jejak Libasan Jaguh yang diterbitkan oleh Gempak Starz. aku peminat tegar komik ( Gempak Starz, Detektif Conan) berpendapat buku ni amatlah bagus dan best serta menarik dan juga bersesuaian untuk semua peringkat umur 

Firstly, buku ni menceritakan tentang atlet negara kita, iaitu Dato' Lee Chong Wei. haa siapa kat sini tak suka Lee Chong Wei ? semua rakyat Malaysia sayangkan Dato' LCW kite. komik ni ada episod-episod, macam yang aku dah baca ni episod 2, di mana penceritaan mengenai perjalanan Dato' LCW masa baru masuk sekolah sukan dan bagaimana dia dibuli oleh seniornya. sangat kejam senior dia tau ! 

Seterusnya komik ni sangat cantik dengan karekter yang dihasilkan juga amat menarik minat aku. perjalanan cerita yang jelas, mudah difahami juga diselitkan lawak-lawak yg sinonim dengan Gempak Starz memang best. bagi sesiapa yang dah biasa  dgn komik-komik Gempak Starz konfirm korang akan rasa best baca komik ni. 

cover depan komik ni 

Lepas tu komik ni bukan sekadar kartun sahaja, tapi ada banyak diselitkan informasi-informasi permainan badminton seperti kelebihan dan kekurangan sistem pemarkahan 21 mata, bagaimana untuk bermain badminton dan bermacam lagi. Oh dan jugak ada lawak-lawak ringan. hehehe.


kat tengah-tengah tu ada informasi mengenai badminton :)


ada jugak lawak mini 

Bagi korang yang meminati Dato' LCW atau peminat Gempak Starz, u guys should buy this comic. sedikit tambahan, buku ni sangat-sangat bagus untuk kanak-kanak bagi menggalakkan mereka suka dgn sukan badminton serta terdapat banyak unsur-unsur positif macam tidak cepat putus asa, tidak mengaku kalah dan macam-macam lagilah. boleh kata buku ni memang tak de kekurangan dan memang sangat berbaloi dengan harganya RM15 sahaja. :)


aku sayang Lee Chong Wei ! 

dah makin gemuk ! 
>.<


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

3 ulasan:

Unknown berkata...

tahun berapa buku nie diterbitkan ?

Unknown berkata...

tahun buku ni diterbitkan bila ye ??

citah bukan mazid berkata...

tak silap tahun 2013 rasanya.. kenapa ye?