sila tengok dan click

Selasa, 1 Oktober 2013

Tips kahwin bajet dan moden

Assalamualaikum dan Selamat Pagi cikgu

janjinya semalam nak post pasal tips kahwin moden dan bajet, tapi hari ni baru mampu nak post. im sorry.. thihiiii...ni aku copy dari Terfaktab tau, ada penulis yg kongsi tips yg agak berguna lah bagi sesiapa yang nak kahwin tapi dalam bajet yg kecil saje. sekali lagi aku nak mention, aku copy dari Terfaktab tau :)



Tips Kahwin Cara Cheapskate (tapi masih proper)

1) Mula awal.
Lepas anda decide nak kahwin, mula awal. Research harga sana-sini. Bila anda well-informed, anda tahu mana tempat murah mana tempat mahal.Ini akan prevent orang lain untuk masuk campur. Oh ya, dapatkan "team persiapan kahwin" yang terdiri dari member-member yang banyak contact. Member, bukan family member (kalau nak juga, adik beradik yang sebaya). Kejap lagi saya bagitahu kenapa.

2) Elak libatkan orang materialistik
First thing bila anda decide nak kahwin, mesti ada seorang hamba Allah yang akan terlebih excited. Dia akan bagitahu hantaran apa paling bagus, mana katering paling best, mana planner paling best, mana tempat paling power. Tapi, harganya MASYAALLAH awak ingat saya anak menteri besar Sarawak?

Orang ini, (malangnya) biasanya family member. Makcik, pakcik, sedara belah bakal menantu, atau kalau lagi malang, parents sendiri. Kalau mereka bagi cadangan, senyum je. Kalau mereka cuba influence bakal mentua/parents anda, senyum je. Dengar saja apa kata mereka, tapi cari option lain, dan buat persiapan tanpa melibatkan mereka. Beli cincin, jangan bagitau. Tempah katering, jangan bagitau. Pergi beli baju pun jangan beritahu. Bila mereka marah cakap saja "Ala, dah beli/book dah tak boleh cancel, etc etc". Memang mereka akan merajuk tapi tak adalah lama. Tak adanya makcik/pakcik/ipar/kakak/parents nak merajuk sampai mati sebab awak tak pilih baju kawin kaler champagne buatan Rizalman.

3) Membeli persiapan
Ini tips paling banyak perempuan suka. Yeay! OK saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu cincin, baju dan persiapan lain. Tapi sebelum itu ada tips yang sama--tetapkan belanjawan berapa untuk SETIAP barang tersebut, dan survey sebanyak mana boleh. Tak ada masa survey? Itulah gunanya member "team persiapan kahwin" no 1 tadi.

a) Cincin: Ini saya tak ingat tips dari siapa (kalau ada yang ingat mohon beri link di komen). Kalau anda pergi ke kedai, tengok cincin dalam bajet anda sahaja. Contoh, pergi ke kedai emas dan kata "Budget saya RM300-400. Cincin emas dalam harga tu ada?" Usually salesgirl akan tunjukkan anda cincin tersebut. Dan antara cincin tu ambillah yang mana paling cantik/glemer yang pasangan anda berkenan. Ini dapat mengelak daripada masuk kedai, lepastu pasangan ter"minat" satu cincin tapi lepas tu baru tahu harga dia luar budget (tapi terpaksa bayar sebab pasangan dah kempunan). also, a few other tips:
i- Sentiasa check harga emas dunia. Bila jatuh baru beli. (biasanya time tu kalau anda ke mall, nampak kedai emas penuh makcik-makcik, terus le masuk LOL)
ii- Cincin kedai Melayu (aka kedai emas Kelantan) lagi murah dari kedai emas Cina/syarikat femes. Also, silver lagi murah dari suasa. Belilah silver untuk ikut sunnah Nabi.
iii-Cincin ada permata harga dia tetap. Tak ada permata, harga depend harga emas dunia.
iv-Cubic zirconia lebih murah dari berlian. Tak dapat bezakan apa itu zirconia dan berlian? Bagus. Belilah cubic zirconia. Most people tak dapat bezakan anyway, except makcik-makcik yang dah taraf pemastautin kedai emas.

b) Baju kahwin beli ke sewa? Beli ke sewa paling murah? Well, melainkan anda ada sedara yang boleh kautim atau pandai jahit sendiri, harga jahit memang mahal. Walaupun kain pasang ada semurah RM250, tapi kalau jahit baju kahwin dia caj ratus-ratus juga. Solusinya? Mass-produced baju kawin.
Ya betul, saya tak tipu. Hari tu ke jalan TAR. Tak ingat nama kedainya--tak ada papan tanda besar pun, bangunan stail lama pulak tu, tingkat atas lagi--tapi bila masuk semuanya baju nikah/kahwin yang mass-produced. Harga paling rendah RM100 (gila kan? tapi sexay sangat saya rasa, so saya ambik yang RM200). Veil, tudung, beli dari kedai tudung borong. Masuk kedai tu penuh makwe-makwe yang rupa macam blogger jual tudung. Nampak diorang, you know you're in the right place. Harga kalau kat butik RM79, kat sana RM19. Jimat Hoi!

Oh ini lagi satu tip dari kawan saya: nikah pagi, kahwin tengahari. Pakai baju yang sama. Tukar sikit je, kalau nikah pakai songkok, kahwin tukar la ke tengkolok. Ikatan samping nikah simple, samping kahwin ikat bunga. Gitu. (p.s. kalau sewa baju pengantin, dia tak akan bagi tudung utk perempuan, dan kasut untuk lelaki. Dua ni anda kena beli.)

c) persiapan lain - benda - benda macam hiasan hantaran, bunga telur (atau mak mertua saya panggil "berkat") memang agak mahal. Melainkan anda rumah memang dekat Nilai, nak cut cost memang susah. Cara saya: pergi kilang. Yes. Kilang barang hantaran untuk cari dulang, hiasan dan goodie bags. Ya, kilang coklat untuk beli dalam bunga telur dan Ya, sekarang tengah cari kilang percetakan pula. Gila tak gila? Pernah kena herdik kot dengan staf kilang barang hantaran sebab beli sikit-sikit tapi muka cheapskate ni tebal. Harini kena herdik, besok datang lagi. Kakaka!

4) wedding planner
Biasanya mereka akan offer baju sewa+pelamin+andaman pakej. Dan pakej untuk kahwin di rumah lebih murah dari kahwin di dewan. Sebab apa? Sebab pelamin. Jadi janganlah ambil pelamin. Bukan amalan Islam pun. (pasangan saya ok pasal ni. mak kitorang pun ok. fuh! *lap peluh*) Makan beradap sudah. Kalau nak spot ambil gambar, buat guestbook booth yang berhias, atau gerbang depan pintu.
Ok persoalan di sini: nak ambil pakej ke tak? Ada orang kata murah. Tapi di sini pakej 2k dan tak murah. Jadi saya tak ambil pakej. Bila ambil asing-asing, rupanya lagi murah sikit dua ratus gitu. Tapi sikit pun OK lah kot!


5) photographer, jurumekap dan lain-lain
Hire a blogger. Yes, hire a blogger. Banyak blogger yang baru nak naik, dan baru nak berjinak-jinak dalam bidang perkahwinan. Mereka caj samada sama dengan planner, or up to 100-200 less. Yang nama-nama besar macam annaseaskey memanglah cantik, tapi tengok baki dalam Maybank2u ni tak berapa nak cantik memang kirim salam jelah nak amik. LOL!

Yang bagusnya pasal blogger ni mereka ada blog atau page Facebook yang tunjuk hasil seni diorang. So boleh lah banding-bandingkan kualiti kerja dan harga. Dan mereka mudah nak contact kalau nak ajak kenal-kenal (kenal boleh mengorat jangan!).


6) catering
katering, cheapskate macam mana pun, ini part yang paling susah untuk di kawtim. Ambil murah sangat takut dapat yang jenis halai-balai kang satu dewan cirit-birit. Dan kalau tetamu adalah ramai, terpaksa ambil syarikat yang dah biasa buat large-scale sebab mereka ada equipment untuk masak banyak. Ini boleh  burn up to RM15k duit korang. Boleh pergi umrah tiga kali woi!

Solution saya ialah ambil yang syarikat paling kualiti tapi ambil pakej yang paling rendah. (mana-mana adik saya yang baca ni tolong jangan bagitau mak. haha!). Saya sendiri pergi premis dia dan puas hati tengok dia pakai steel cooking pot ala-ala kilang. Makan pun, sedap juga (ya, anda boleh jadualkan sesi food tasting. Telefon dia untuk confirm). Jadi ambil pakej paling basic yang ada nasi minyak, lauk briyani, dalca dan air berperisa. basic stuff. Asal tak ada orang sakit perut kena salmonella sudah.

Jangan risau takut malu dengan kawan-kawan sedara mara kalau lauk simple. Be logical. Takde dosanya buat katering tak ada bubur kacang atau soft-serve ice cream. Kawan anda yang sebenar kawan, cuma akan datang nak tengok anda kahwin, berkenalan dengan pasangan anda, ambil gambar dan upload ke facebook. Yang jenis mengumpat tu bukan kawan namanya, tu acah-acah wedding reviewer. Jadi wedding reviewer boleh dapat mende? At least jadi sports reviewer masuk TV Astro Arena. Trololol.

OK lah setakat tu je saya nak kongsi. Ada banyak lagi, but I'll post as I go along. Yang penting, biar anda dan pasangan sekepala. Selagi perkahwinan ni menggunakan duit anda berdua, selagi tu anda berdua berhak menentukan ke mana perginya duit anda dan bukan makcik, pakcik, kakak, abang atau ibubapa anda. Saya syukur sangat dalam hal ini kami sama-sama anti kawin mahal. Dia kata nak buat parti Kelab Kahwin Kenduri Murah tapi kita kena tunggu PRU14 la baru boleh bertanding

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

3 ulasan:

Unknown berkata...

Nice tips sis. Thank you for sharing ^^ Hee

Unknown berkata...

Terima byk2 sbb sudi sharing ilmu yg simple tapi padat. Banyak benda boleh belajar dari entri ni. Terbaik!

citah bukan mazid berkata...

tenkiuu @aimi syafiqah n @alif kamarozaman :)