sila tengok dan click

Selasa, 4 Mac 2014

Resepi: Kuih Cara Berlemak

Assalamualaikum.. hai harini aku nak share satu lagi resepi senang dan semudah ABC. ha, tau kuih Cara tak? tengok gamba mesti korang tahu kan kuih ni? 

aku suka kuih ni, suka sangat. kalau beli mesti xsedap sbb keras, tepung banyak dan gula sikit. memang tak puas. so marilah kita buat sendiri kuih ini. 

Bahan bahan:
cetak kuih Cara (paling penting, kalau tak ada mcm mana nak jadi kuih cara ye dak?)
Tepung gandum 
Santan
Sebiji telur
Daun Pandan
Garam & Gula



Cara cara: 
kalau duduk kampung macam aku ni, aku amik daun pandan, aku basuh pastu potong2 masuk dalam blender, letak air, dan blend. jadikan air pandan. toksah banyak sangat airnya. ala kadar je. (optional kalau tak ada daun pandan, boleh gun esen pandan & pewarna hijau)

lepastu aku ni kelapa pun amik kat rumah je, so aku belah, parut, dan perah jadila lah santan.. kasik lebey2 ckit supaya berlemak. hehehe 

                     orang kampung la katekan..


selesai buat dua ni, masukkan tepung (ikut anggaran korang), santan,air pandan ke dalam bekas. dan gunakan mixer untuk sebatikan kesemua bahan. (kalau nak kacau pakai tangan pun ok aje) 



setelah sebati masukkan sebiji telur dan kacau lagi. ini tips kalau korang suka kuih Cara yang lembut, tengok texture campuran tadi, kalau pekat sangat (mcm likat je bila kita angkat) so tambahkan santan ataupun air pandan. bubuh sedikit garam. 

apabila kesemua bahan sudah dicampur sebati, panaskan acuan kuih Cara. letakkan sedikit minyak di dalam acuan kuih tersebut. 

                buruk benor rupa acuan aku ni. letak sedikit minyak dlm tu mkay! 


untuk campuran tadi, dinasihatkan transfer ke bekas yg mudah untuk menuang ke dalam acuan kuih tersebut. contohnya macam jug air. supaya tak tumpah ketika menuang campuran nanti. 

                    see? tujuannya untuk memudahkan proses menuang campuran.


setelah panas, tuangkan campuran tadi ke dalam acuan kuih Cara. tutup dalam 2 minit dan kemudian masukkan gula di tengah-tengah kuih tersebut. ianya masih lembut di tengah, so gula boleh menyerap masuk ke dalam kuih. tunggu dalam 2-3 minit dan kuih boleh diangkat dengan menggunakan sudu bersih. tengok gambar untuk lebih pemahaman. 




                        tutup seketika


                     tepi tu dah mula mengeras. time ni la masukkan gula! 

              yey siap!!! kuih cara lembut dan berlemak siap sedia dimakan! hehehe



kuih tersebut boleh dihidangkan dan selamat menjamu selera! 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: