sila tengok dan click

Selasa, 25 Oktober 2011

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. dan salam 1 malaysia ! hehe. entry ni langsung tak ada motif, saja2 nak letak. sebab bosan sangat tggu akak aku nak datang ambik aku kat kolej. almaklum lah kaan, tgah cuti sem..(padahal orang lain dah balik rumah hari jemaat hari tu)

bila ada free time macam ni aku memang suka surf internet. aku suka blogwalking..kenapa? sebab dia beessstt...*thumbs up* hehe. selain daripada itu, aku jugak suka menidurkan diri dan bermalas-malasan kat bilik ni. hua3x

ermmm. oh, okaylah. nak sambung surfing ni. daa~ 


P/S: oh ye, selamat bercuti dan selamat hari raya bagi yang beraya !!

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Isnin, 17 Oktober 2011

seronotnya BF/GF dekat !

http://www.emocutez.com


apa perasaan kau bila dapat pakwe/makwe  yang satu kolej @ satu u @ memang dekak gila dengan tempat study kau? kalau aku, seronot tak terhinggah lah ! (sebab kami tak pernah pun dekat, jauh memanjang) err.  -__-"....sesiapa yang ada pkwe/makwe dekat beruntunglah an, yelah mana taknya. kalau rindu sikit, dtg jumpa. alah tak sampai 5 minit naik moto, dapat jumpe makwe/pakwe. sejuk perut. ^^


lagi lah BONUS bila ada kawan-kawan puji "alolo omeyy gileww kowang duew ni ! ihiks !" .tak pun "alaaa..titeww pun nak pakwe dekat macam cow jugak...mane aci taww !" meme la jelesz kawan korang tgk korang asik berkepit 24jam. lagi pun, boleh menjimatkan duit. mana taknyeee, bila nak berbual, tak yah de guna digi plan nak bergayut, jumpak jak tewus..ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan kredit /bil tepun korang tiap-hari. kan? betul tak yang pakwe makwe dekat teww? harhar

ini kawan kat class.

har3x. tapi janganlah cepat sangat seronot. stiap perkara mesti ada kebaikan dan keburukannye. macam dalam kes ni, salah satu keburukannya bila dah asyik berkepit 24jam, lama-lama orang yang tgk pun naik loyee. dalam hati cakap "la hai, asik mukeww kowang jeww kat port ni. nak gak tgk orang lain. " lagi satu, kadang-kadang bukan leh jimat duit bila pkwe/makwe dekat. lagi makin tipis duit ade lah. mana taknye, "yayang, arini kite mam KFG lah, esuk mam McD, luse plak kite mam Chicken Rais Shop, yayang melanje aww? yey !" haha. belum kes nak jenjalan + shoping lagik. 


ini kawan suksis

tapi  yang paling ramai tak gemar ialah bila korang asyik pentingkan pakwe/makwe berbanding dengan kawan sendiri. wooo.. kita tak ada kawan tak boleh aww. susah kita. kita tak boleh nak idup berdua aje dgn kekasih kita. sesungguhnya kawan-kawan tu sangat penting didalam kehidupan kita. tak ada kawan, tak gerak hidup kita .bosan lah. dengan kawan la kita boleh share macam-macam. kita boleh gelak ketawa dengan mereka, pergi shopping sesama, isap rokok sesama (bagi lelaki yg rokok ah) tgk  cerita sesama, g kelas sesama dan macam-macam lagi.


 ini kawan saas

ini kawan matrik

jangan sampai ada kawan kita cakap "die tu asyik lebihkan makwe/pakwe dia aje, macam lah kekal sampai kahwin nanti. dah susah baru nak cari kita"  ya ampun, harapnya aku tak macam gitu lah..hohoho. adess apa  hal gua cakap pasal lebleb kat sini hari ni. adess. tapi aku tau, kau tak wat macam tu kan? actually entry ini lebih ditujukan kepada diri aku sendiri. ampun MAAF ye kalau ada yang terasa. eh? blog aku sape lah nak baca. *malu tutup muka bawah bantal sebab syok sendiri*

ini geng suka melepak ! ILYSM!
<3<3<3



P/S: entry nak mention kat aku ni sebenarnya. sorry lau ada yang trasa. 




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Selasa, 11 Oktober 2011

gadis semasa

http://www.emocutez.com

assalamualaikum. fuhh terasa ringan bebenar bila dah lepas dua test. tapi test tu memang susah lah. itulah citah, kau tak mahu study awal-awal. tgk skang pun tak nak study . rilex ar test jumaat kott. wakaka! 

bukan nak cite pasal test sebab test macam tak boleh nak jawab aje tapi nak cite pasal air. sejak - menjak ni kerap sangat bekalan air di ktp habis. punca nya pun tak tahu la aku nak meng-agak. agaknya kolej aku ni dah oldskul sangat kot, sampai ada yang cakap dah nak roboh. haha. lawak-lawak.

mungkin jugak kolej aku ni dari segi geografinya berada di kawasan yang tinggi, bukit giteww. ha tu lah, buat lagi bangunan kat tempat tinggi. okay lah tu, baru high class ye dak? ish sukahati aku aje main tuduh-tuduh. haha. ^^ ohh mungkin jugak disebabkan UPM asyik sibuk nak bayar pembiayaan renovate yang sedang dijalankan kat area dewan besar sempena konvo sampai terlupa nak renovate toilet kat kolej aku kot? 

aouhh. apa yang aku harapkan mintak-mintak kes tak ada air ni tak berulang lagi setiap minggu. janganlah sampai dah jadi terbiasa pulak setiap minggu tak ada air kat ktp. memang memalukan aje. hurmm..





P/S: sudah-sudahlah. stop blaming others. kau tu CITAH masuk u, belajar tapi belum bayar yuran lagi. macam mana upm nak bayar bil air? #aduuh!



so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 6 Oktober 2011

masa sekolah

http://www.emocutez.com

Hari itu hari pertama aku melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah Telok Panglima Garang (SMKTPG). masa tu waktu pagi, semua pelajar sedang berhimpun. maklumlah, hari isnin lah katakan. aku terus berjalan dan mencari rakan kenalan sewaktu aku sekolah rendah. masa tu adalah jugak 2-3 org yang tegur aku. eh masitah kan? aku pun cakap, haah. sambil tersenyum kambing. aku pun duduk dekat diorang yang tegur aku tu, sebabnya aku tak tahu aku kelas yang mana satu.

Hari itu hari pertama sekolah dibuka, dan masa tu aku berada di standard 4, eh bukan. form 4 lah. masa tu lah cikgu kelas baru panggil nama-nama student yang bakal duduk dalam kelas yang dah ditetapkan. at last, nama aku dipanggil. aku dimasukkan ke kelas 4 sains 3.perasaan tu bercampur baur lah jugak. cuak sebab langsung tak tahu selok belok sekolah. nerves sebab aku memang gelababun pun orangnya. seronok gak sebab nanti aku dapat kenal kawan-kawan baru. ughkhh

akhirnya sampai lah aku kat kelas 4 sc 3 tu. mestilah ramai yang pandang pelik dengan aku, sebab aku baru je masuk kelas tu. sebelum ni aku kat sekolah lain. tapi aku ada perasan beberapa muka yang aku cam. ya, kawan-kawan sekolah rendah aku ada yg sekelas dengan aku ! kebanyakannya dak lelaki. eh eh xadalah banyak mana pun. ^^ aku ada cam sorang dak pompuan ni . namanya ain. ya, dia pun kawan sekolah rendah aku jugak tu. 

aku dapat tempat yang paling belakang sekali. hekhek. typical lah, budak baru an? mesti duk belakang. disebelahnya ada budak. nama budak ni fadzidah. aku panggil fadz aje. dia ni lau dekat kelas memang suka tidur. ha, samalah jugak dengan aku. suka sangat tidur dalam kelas. kalau tak ada cikgu mengajar, budak lain seronok aje berborak-borak, aku dgn fadz bantai tido. 

oh ya, oleh sebab aku ni budak baru, aku dapat byk kawan baru tau. satu kelas tu kawan baru aku. serius budak dalam kelas 4 sc 3 semua baik-baik belaka. memang baik lah ! aku sangat selesa berkawan diorang semua(aku kawan dgn dak pempuan aje)

subjek fizik masa form 4 ada belajar pasal tekanan (baca pressure). dan masa tu cikgu fizik adakan pertandingan membuat roket di antara budak2 class sains. kelas aku pun join jugak tapi kurang mendapat sambutan rasanye. aktiviti2 macam ni mestilah budak kelas 4 sc 1 terrer. yelah, diorang kan kelas yang pertama. semua pandai-pandai.

masa tengah sibuk-sibuk pertandingan tu kan, aku adalah terserempak dengan seorang budak laki yang cute-miut... haha. dalam hati rasa mcm nerves je (perasan sunggoh). masa tu aku rasa mcm nampak sinar aje kat muka budak tu..mungkin sebab time tu dia berkulit cerah kot. harhar ^^ sekali pandang aje dah mcm rasa tertarik lak dgn budak tu. dlam hati cakap arghh mesti dia banyak makwe, muka pun comel . 

lepas tu dah lama aku sekolah kat situ, barulah dapat tau budak yg aku suke tgk tu kelas 4 sc 1..kadang-kadang bila semua cikgu ada meeting, dia ada singgah kat kelas aku, borak dgn sape tah..aku mcm bese lah, duk diaaam dan tidur dalam kelas aje.


P/S: sambung next entry

so, apa pendapat anda tentang entri ini?