sila tengok dan click

Selasa, 11 Jun 2013

Kisah si Kucin

ASSALAMUALAIKUM !


Sekarang dah lepas presentation Projek Tahun Akhir, terasa 60% lega berbanding sebelum ni. Jutaan terima kasih untuk rakan seperjuangan yang banyak membantu, Ain. Tanpa dia, memang macam mana lah aku nak menghadapi semester ni kan? 

Kelmarin aku ada pos gambar si Kucin kan? hihihihi ni nak cerita macam mana boleh kenal si Kucin comel ni. Sabtu yang lepas aku dengan Zizi pergi ke pasar bangi. biasalah pasar Bangi tu pasar feveret aku. dah nak abis belajar ni, entah selalu dapat lagi ke tidak pergi pasar tu lagi.. :(

ok, sambung balik.....masa OTW zizi nak antar aku balik UPM dan memang masih kawasan Bangi lagi, tetiba kami ternampak seekor anak kucing tengah terkekek-kekek nak melintas. dah lah kawasan tu tak banyak lampu tepi jalan. lepas kami berdua berjaya mengelakkan anak kucing terlanggar, kami pun toleh belakang sbb nak pastikan dia tak dilanggar oleh kenderaan lain pulak.

masa kami tengok tu, ada satu kereta amat laju dan macam nak terlanggar si kucing tu! aku dah cam tak sanggup nak tengok, tapi zizi pergi ambik dia kat tengah jalan. bila dibawak kat aku, tengok balik kucing tu ok je! Alhamdulilah. lega kami berdua. so masa otw balik U tu aku pegang je dia. tak adalah dia gerak-gerak sangat, dia diam je. sampai UPM kami bercadang nak letak kat kolej aku je.

masa dah sampai kolej tu, aku bagi la zizi pegang kucing tu sebab dah lenguh aku pegang sepanjang perjalanan tu. then borak-borak sekejap si kucing ni masuk dalam poket sweater zizi lepas tu tak nak keluar-keluar. tak percaya ke? aku siap amik gambar lagi tau. dan selepas berfikir, aku rasa si kucing tu zizi memang patut bawak balik rumah dia.. boleh jadi 'housemate' HAAHAHAHA...

tengok kucing ni!


malam tu zizi mandikan dia, jaga dia. hehehe memang comel je si kucing tu. kami tak bagi lagi nama dekat kucing tu tapi gelar dia Kucin. *sebenarnya Zizi memang pernah menyuarakan hasrat hati nak bela kucing, tapi dia nak yang gebu-gebu, gemok, comel hihihi tapinya dah dapat depan mata yang warna hitam. HIHIHIHI tapi ok la jugak kucing tu manje dan penakut. :D


saat Kucin dimandikan


garangnye muka


gambar ni lagiiiiii :D


gambar dari wassap dengan zizi

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: