sila tengok dan click

Selasa, 21 Oktober 2014

resipi Macaroni Cheese my style!

Salam Aidiladha..masa aku menulis ni pada hari Selasa,07102014..maka masih ada aura raya haji tu..Alhamdulillah rezeki keluarga kami dapat beberapa plastik daging korban..Terima kasih ya Allah atas rezeki yang dikurniakan..masa sehari sebelum raya kami sekeluarga langsung tak membuat sebarang persediaan unruk beraya keesukkannya.adik beradik aku masing2 ada hal sendiri macam abang sulung nak buat korban di kawasan rumahnya kat semenyih.akak aku n abang aku lagi seorang pulak masing2 anak tak sihat dan isteri tak sihat..

jadi kami bertiga sahaja,aku mak dan ayah aku..keesukkannya barula satu persatu adik beradik aku datang..dua family je yang datang,tapi dah cukup meriah sebab ade kanak-kanak.hehe macam2 gelagat..oklah nak share satu resipi mudah.macam buat spaghetti je caranya, tapi aku nak share jugak untuk sesiapa yang baru nak belajar memasak macaroni bolehlah tengok sini..


bahan-bahan
1)Macaroni sebungkus(aku gunakan brand Kimball)
2)Sos Prego Tradisional(botol besar)
3)Daging kisar (Ramly)
4)Bawang merah & putih(ikut suka,lagi banyak lagi sedap)
5)Tomato Puree
6)Sos cili 
7)Cendawan Butang
8)Sosej(optional,aku tak letak)

              inilah bahan2nyeee


          beli yang ini je pun ok dah..kecik je


cara memasak macaroni:
1)Panaskan air bersama minyak zaitun dan juga garam.
2)Masukkan macaroni mengikut berapa banyak yg anda hendak
3)Masak macaroni sehingga lembut (dalam 10-12 minit)
4)Toskan


cara memasak kuah:
1)Tumiskan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk sehingga naik bai.
2)(jika nak pedas letakkan cili kecil mengikut selera anda)
3)Masukkan daging kisar Ramly.(peket kecil)
4)Masukkan Sos Prego dan kemudian tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.Seterusnya masukkan tomato puree,sos cili dan juga cendawan yang telah siap dipotong.
5)Tambah sedikit garam mengikut selera anda.letak sedikit perasa sekiranya anda ingin menambahkan kesedapan kuah macaroni.
6)Sekiranya anda mempunyai herba yg sesuai untuk kuah macaroni seperti thymes,sila masukkan sekarang secukup rasa.
 
             masa ni kuah xberapa panas,so cheese xberapa cair..hehe nampak tak cheese tu masih bentuk slice lagi



tambahan
bagi penggemar Cheese,ada pelbagai cara untuk menghasilkan sos cheese bagi menambah keenakan di dalam macaroni anda.bagi aku,aku hanya menggunakan cheese slice Cheddar dan aku letakkan di atas macaroni.semasa menuang kuah macaroni cheese tersebut akan cair bersama2.emm nyum nyum sedap gak! 

        ini pulak letak letak dalam oven.pun masih cheese nya belum melting sangat2..

        mudah terpikat melihat cheese licin2 ni hehehe


                    habis! 

p/s korang boleh jugak masukkan macaroni,sos macaroni dan cheese ke dalam oven untuk menghasilkan macaroni cheese bakar.tapi aku kurang gemar sebab agak dry kalau xbuat sos cheese..aku just guna cheese Kraft tu(macam dalam gambar),so xsesuai untuk dibakar.kalau buat sos Cheese tu memang better untuk dibakar..


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Rabu, 1 Oktober 2014

kenduri kahwin jemah effa aka mail

assalamualaikum..lama dah tak berblog haih.tapi takpe la kali ni nak update banyak-banyak gambar..2 minggu yang lepas aku pergi kenduri kahwin effa.omg! effa dah kahwin okey.dia roomate sekejap dengan aku masa last semester.banyak pergi mana-mana dengan dia.pergi class,jalan-jalan,makan2,shopping ke banyak dengan dia.so aku rasa aku agak close dengan dia..huaa dah kahwin dah dia.kadang tu sampai harini masih tak percaya dia kahwin dah.haha dah jodoh dia datang awal kan..aku ni je belum sampai-sampai lagi tapi tak apa.its ok korang.enjoy hidup selagi masih single.


so effa ni budak Johor..so gigih kan aku g Johor sempena wedding dia?hehe actually tak gigih mana pun disebabkan aku menumpang orang aje.aku dengan lagi 4 orang kawan sama-sama ke Johor naik satu kereta.pergh best jugak la sebab dapat naik satu kereta sama-sama dengan jemah.hehe ofkos lah mula-mula tu memang meriah.semua nak cerita kan.tapi bila cerita pun dah habis,perjalanan panjang lagi(around 4jam)so masing-masing yang kat belakang ni mula lah senyap dan tertidur.hehehe..memang best sepanjang perjalanan dan sepanjang ke majlis effa kitorang asyik bergmbar je sampai lupakan tetamu lain yang datang tu.hoho.

    alamak terpusing la pulak.tak boleh nak rotate dah ;(

              muka  penumpang semasa belum mengantuk

          masa ni aku nak snap pun tergelak-gelak hahaha ^__^

       the pelamin was so nice! ni je satu gamba pengantin sorang-sorang.lepastu....




        kek ni sangat cantik!! me love it walaupun tak rasa.haha



masa pengantin lelaki datang kan,tetiba je ada orang letak kerusi kat tengah-tengah tu.pastu pakcik yang bergelang besar ni duduk situ.kira dia macam blocking laluan tuk pengantin.orang johor cakap ni namanya "toll". untuk orang yg kahwin dengan anak prmpuan johor,adat ni mmg biasa je.tapi bagi aku ni first time aku tengok.agak kejam ea.gamba bawah ni pkcik ni bagi air oren manis pekat tuk pengantin lelaki minum.haha kesiannya.
pastu sedara sebelah pengantin lelaki dah sediakan duit bersampul(angpow) tuk orang2 yg block laluan pengantin.banyak kot sampul yg diberi. -__- 
    budak2 belakang tu nak tunggu duit tol :p


         effa dan en suami ;)

so petang tu kitorang ramai-ramai g ke Air Hitam..orang2 selangor asik tersebut Air Keroh je hahaha

nantikan sambungan next entry pergi Klebang,Melaka...ha ape specialnya?? nantikan...


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Jumaat, 5 September 2014

nak belajar pakai Eyebrow

Assalamualaikum..huarghhh dulu tak pernah pun nak pandang kening-kening ni..pakai eyeliner aku pandai la.itu pun yang gel tak pandai pakai.lembik sangat bulunya.tapi sekarang ni sejak bukak blog kak FynaHere dia asyik buat review makeup je.stress pulak aku tengok sebabnya banyak betul makeup dia dapat suruh buat review.rasa macam semua dia pakai aku pun nak pakai jugak.hahaha..


lepastu kan,aku suka tengok instagram lagi lagi bila kat ofis.aku suka tengok-tengok baju cantiklah dah lah murah lepas tu dapat cari barang-barang makeup yg murah-murah nak dibanding kat FB tu.hehe memang bestla barang-barang kat instagram.ni id ig aku (citah_mazid) sila lah follow okey..okey-okey back to my focus sebenarnya aku nak cerita aku dah menjadi obses dengan makeup ni..memula obses dengan lipstick jenis matte.baru nak tahu betapa seronoknya pakai lipstick matte.



dan sekarang ni kan,aku daha mula obses dengan eyebrow! omaigod,aku suka dengan kecantikan orang yang pakai eyebrow! nampak kemas sangat kalau orang tu pandai pakai.so sebenarnya aku dah mula cari-cari eyebrow sejak sebulan lepas.tapi masih tak berani dan nafsu shopping tu tak wujud lagi.tapi..kelmarin yg lepas aku memberanikan diri untuk membeli eyeshadow,cream concealer dan jugak eyebrow untuk menambahkan skill makeup diri sendiri.ahahaha apa ayat aku nieeee.


so ini lah 3 barang yang aku beli,3 benda ni nak cecah rm 60 tau.zobsssss! sangat sedih sebab duit melayang :( :( :( 

           atas eyebrow with eyebrow mascara(xtau nama) brand silkygirl.rm19++
kiri eyeshadow from elianto,rm12 kanan cream concealer rm26 tak silap

       yg ni ada dua function,kiri tu browliner,kanan tu mascara brow.ahaha berus dia la senang cite.


         

          best,pakai ni dia glitter2..




 
         sila sengetkan kepala sebab malas nak rotate.best jugak pakai.letak sikit je dah banyak krimnya.


so aku trylah pakai benda2 ni.nervous sangat tau sebab tak pandai pakai.huhu tapi mengenangkan dah beli,so pakai jela kan..xpakai kang rugi..huhu..so inilah rupa aku..korang jangan gelak ea..aku budak baru belajar pakai eyebrow.huhu 

          seram seyh.macam shinchan bak kata nano.

       nampak macam garang tak?grrrr

     eheh one more..maaf background gamba xsenonoh. :p .makeup ni aku pakai MN longlasting lipstick beli kat ig NaCosmetic.murah je and long lasting.tapi syaratnya jangan kemam bibir korang nanti melekat.ahahaha! 

         ni pun pakai tapi pakai nipis je sebab tak berani nak pakai tebal2 kat opis kang kena tegur dengan dak2 ofis.aku dahlah penyegan orangnya. 


lepas ni insyaAllah aku akan rajinkan
diri untuk memakai eyebrow hehehe.konon feeling nak kening tebal la khennn.hehehe. 


p/s:think positive,barang yang lama jangan dikenang,dan jadilah seorang yg berguna kepada orang yang kita sayangi.hehehe...

so, apa pendapat anda tentang entri ini?