sila tengok dan click

Rabu, 2 November 2011

Haiya Haiya Bid Doa !

http://www.emocutez.com

sesungguhnya Allah itu maha menyayangi. sebagai seorang Muslim, amalan berdoa seharusnya dilakukan setiap waktu. tidak kisahlah sewaktu keluar ke kelas, sebelum makan, sebelum tidur, selepas solat dan macam-macam lagi doa yang ada. ada sebab-sebabnya amalan berdoa itu digalakkan. contohnya, berdoa sebelum makan. ia menunjukkan kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki kepada kita. selain itu, dengan berdoa, amalan kita menjadi lebih berkat. :')

Allah itu maha penyayang terhadap makhluknya. apabila seseorang itu berdoa, dengan keizinanNya, orang itu tiada sebarang masalah menimpa semasa hendak melakukan sesuatu perbuatan. manusia diberikan keistimewaan berbanding makhluk yang lain. iaitu AKAL. dengan akal, macam-macam manusia mencipta jika diizinkan Allah. ya, tengok sahaja la sekarang ini contoh yang paling mudah. teknologi. dengan akal lah manusia mencipta telefon touch screen, software yang boleh drag dokumen dari PC ke PC yang lain mcm dalam cite CSI, NCIS dll. hebat bukan kuasa akal yang dikurniakan Allah? MasyaAllah..

sebenarnya aku nak cerita tentang sebuah 3D animasi tv series yang dibangunkan oleh Tulus Fikir ni..haritu dalam class animation, lecturer aku telah menjemput rakannya iaitu director siri animasi itu sendiri untuk datang ke kelas kita orang.. aku betul-betul teruja dengan kartun series ni sebab konsep dan jalan cerita nya jelas dan juga menarik. tak percaya ke? nanti tengok sendiri ya? aku mungkin lebih teruja sebab director tu sendiri yang explain bagaimana proses utk menghasilkan 3D animasi yang best tu. dengan tajuknya "Haiya BidDoa" (marilah berdoa). comel sangat bila part Habib dengan Zagha (Zara). hehe.. tengok sendiri ya..


doa hilangkan rasa maghah


doa sebelum makan !


P/S: sungguh kreatif kan? masyaAllah !

jangan lupa untuk LIKE fb Haiya BidDoa kat sini !




so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: