sila tengok dan click

Rabu, 22 Januari 2014

percutian part 2

assalamualaikum.....

hari minggu yg lepas aku dan kawan kawan bercuti di Port Dickson selama 2hari 1 malam. tak macam 2 hari pun. hehe anyway banyak aktiviti yang kami lakukan bersama sama. kiranya memang jadual padat jugakla.haha tak dela padat sangat...

sesampainya di oh ye kami stay kat Eagle Ranch Resort, ni 1st aku dan kawan2 sampai sini. agak jauh dari pantai,tapi yg bestnya kat tmpat ni dia ada tempat nak buat aktiviti sendiri. contohnya ada horse riding, go kart, archery, swimming pool, dan macam macam lagi la. view kat sana pun boleh tahan cantik bertemakan cowboy bilik kitorg pun langsir lembu! comey sangaat. kami ber6 ambil bilik Band Wagon,ada 2 katil single serta tingkat atas tu boleh buat tempat letak barang n solat. masa tu charge yg dikenakan per night ialah rm270. tak rasa mahal sbb kami pergi ber6. so baru dlm rm45 sekepala. hehe


sesampai je di bilik,kami berehat seketika dan lepas tu menuju ke pantai untuk bermandi dan berbbq. hehe masa tu cuaca tak terik sangat,so kulit kitorg semua tak burn pon. hehe best sangat tau. sedapnya ayam bakar yg yan bawak. aku masih teringat ingat. nyum nyum. kitorg stay kat pantai dari pukul 3lebih sampai ke malam. best dan sedap teringat kerang bakar.duhhh sedapnya!! oh asyik ingat makan je aku ni. aku dan kawan ada naik banana boat. its my first time hokayyy.. hahaha. malam tu balik bilik mandi2 buat pulak maggi.pergh makan ramai2 mmg sedaaaap! heheheee.


keesukkannya kami pergi snap2 gambar then naik kuda yeyyy dan main go cart. tu pun 1st time cuba. hohho. penat la type pakai hp,anyway percutian kali ni nak celebrate kawan aku yg tk lama lagi nak kahwin. dan percutian ni merapatkan lagi hubungan sesama kawan aku yg la



P/S : gambar aku semua gemok!


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Jumaat, 17 Januari 2014

Percutian Part 1

Assalamualaikum......

hai, aku esuk insyaAllah akan pergi ke PD bersama 5 orang kawan yg kenal sejak dari zaman sekolah. sekurang kurangnya da kenal diorang lebih kurang 7 tahun. magadddd tuanya umur aku. tapi masih berperangai umur 20 je kan. tak sedar dah ada wrinkle di muka. hahaha. ok arini just nak share kat semua apa je barang yang aku bawak (toiletries n make up je) untuk percutian 2 hari 1 malam gitu.

yang kat bahagian toiletries aku bawak pencuci muka BE, shampoo Rejoice anti kelumumur, shower gel n conditioner dari Hotel masa pergi Four Point tahun lepas. (tah tah dh ekspaiyed, why bother hahaha). ok untuk barangan make up aku bawak BB cream Elianto, Miracle Bio Water, Rexona, losyen Johnson n Johnson, bedak talkum, bedak kompak dari Miyami, Wet tissue, Lipstick dari Avon, Lip Ice,celak pensel and Eye shadow tp aku guna sebagai highlight. ok tu aje.




PS:bila tengok macam ni baru lah nampak banyak rupanya barang peribadi aku. tu pun rasa nak beli je lagi. Astaghfirullah..


so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Khamis, 16 Januari 2014

Peminat produk Bio Essence buat masa ni

Assalamualaikum....

sejak aku dah bekerja ni (Oh Tuhan, pejam celik pejam celik aku dah nak hampir 5 bulan bekerja!) aku mula obses dengan produk kecantikan kulit. permulaannya bila di ofis aku bila boring mula menghadap PC dan klik apa yang aku mahu. dari membukak twitter, membaca blog dari blogfemes dan membaca review produk kecantikan yang aku berkenan. aku rasa ramai dah punya tabiat macam aku especially pekerja la. masa student dulu aku jarang je tengok produk kecantikan. mungkin bila di rumah aku keboringan tak tau  nak hadap apa,so aku hadaplah muka aku sendiri.. errkk. aku teliti muka aku depan cermin, aku picit whitehead ke blackhead kat hidung aku rasa puas. hahahahaha. tiap tiap malam boleh kata tu lah rutin aku.

pastu kalau aku berminat sesuatu produk tu aku akan baca review. aku taip je kat Google contohnya "review pencuci muka Bio Essence Bird Nest" then keluar la segala jawapan yang ko ingin ketahui. hihihi..best sangat baca review dorang, siap ada tunjuk muka sebelum dan selepas lagi. i loikeee!!! ok panjangnya bebel. aku cuma nak bagitau yang wat masa sekarang ni aku telah jatuh hati pada produk Bio Essence (BE) jelah aku panggil.  BE ni produk dari singapore, harganya biasa biasa kiranya mampu milik la (utk pencuci muka je mampu milik),dan aku sangat suka pada pencuci muka dia.so tak payah explain macam mana best nya pencuci muka BE ni sbb aku da pernah buat review so just click older post je okey! kali ni aku nak tnjuk produk yang aku ada yang berjenama BE ini. actually sepatutnya aku ada 2 jenis produk je daripada BE ni, tapi akibat betapa batak dan rakusnya aku,aku telah membeli Bio Essence Miracle Bio Water yg ada set free gift (pantang ada offer!) so aku upload je la k gamba kat sini. yg Miracle Bio Water ni tuk segarkan muka,rmbut dan kulit. aku kalau ngantuk kat opis,aku spray je. ada banyak fungsi,kalau kita panas setelah keluar di waktu yg terik pun boleh spray kat muka. hehe. okay yg Deep Exfoliating Gel ni aku dapat free gift sbb beli Bio Water tu. fungsi dia tuk buang kulit mati dari muka. so just picit gel tu letak kat muka then ratakan sampai keluar kulit mati tu in circular motion tau. kesannya sungguh best! mmg best sbb aku pernah pakai jenama Alaisyah, tapi xbest sangat pun. lastly aku ada Tri action Aqua Boost pencuci muka dan Sleeping Mask. dua dua dapat free gift sbb beli Miracle Bio Water tu jugak. haa berbaloi kan. Pencuci aku lom pernah pakai, tpi yang sleeping mask tu aku pakai sblum tido. erm biasa je rasanya. rasa macam ada sesuatu di muka tapi xdelah mcam pkai mask yg kertas tu..hehehehe ok dah penat menaip pakai hp kecik ni.




ps:aku berblog menerusi hp,hp aku tak canggih so tak boleh letak caption bawah gambar.


so, apa pendapat anda tentang entri ini?