sila tengok dan click

Isnin, 28 Januari 2013

Hansel & Gretel dan 3AM

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum semua.. haihh dua entri sebelum ini agak negatif untuk pembacaan orang kat luar sana. hehehe tapi tak apalah, aku pun manusia jugak. aku punya perasaan marah, benci dan juga sakit hati. aku akui entri yang satu tu agak keterlaluan. hahaha tapi tak apelah blog merupakan salah satu medium untuk para penulis meluahkan apa yang dirasa. hehehe tapi entri yang bawah ni yang pasal Poplook tu, aku buat untuk menegakkan keadilan. cewwah keadilan la sangat. tak, aku cuma nak tunjukkan aku beli kat Poplook tau. ihhik.


sudahlah, kita tutup topik ni, aku nak review dua filem antarabangsa yang baru aje aku tengok. heheh satu filem action (pilihan aku) dan satu filem hantu (pilihan orang lain) woii first time aku tengok filem hantu kat wayang! hmm nak tahu cerita hantu yang mana, tunggu kejap ye. aku nak review filem Hansel & Gretel dulu. hehehe. aku dah lama aim nak tgk cerita ni, masa tengok trailer Hansel & Gretel memang macam menarik. Hero dalam cerita ni, pernah berlakon dalam filem Avengers. awesome kan? yang heroin pulak, muka dia memang familiar, owh rupanya pernah berlakon filem Prince of Persia n Clash of the Titans. patutlah popular jugak. musuh nya pulak, aku tak akan lupa, dia pernah berlakon filem X-Men the trio. 


smart gila pakaian/senjata diorang 
:)


korang pernah baca cerita pasal Hansel & Gretel tak? ala yang pasal dorang terjumpa rumah gula-gula tu. dulu masa baca ceritu, rasa jeles je dengan Hansel & Gretel ni sebab jumpa rumah best macam tu. hikhik. tapi filem yang ni dia ganasz sikit, 18PL tau. ganaszz sebab pecah kepala lah, patah kepala lah. memula alkisahnya si Hansel & Gretel ni ayah dorang bawak pergi ke hutan. ke tengah-tengah hutan. dorang pun konfius, pastu jalan punya jalan terjumpa lah satu rumah gula-gula yang memang sedap. hehehe dorang pun masuk, lepastu terjumpa ahli sihir yang muka amat creepy-creepy.

i like when you became normal. not like this.
:O

aku tengok pun terkejut. untuk ibu-ibu mengandung, takyah lah tengok ye. dorang nak kena bunuh dengan witch tu, tp nak jugak selamatkan diri, dorang lawan-lawan witch tu, pastu masukkan kat dalam tempat pembakaran, witch tu pun mati. ada dua pengajaran dalam cerita ni. 1) jangan masuk rumah yang berisi gula-gula dan 2) kalau nak bunuh witch kena bakar dia/penggal kepala dia. maka di situlah permulaan mereka dua menjadi Witch Hunters. nak tau lebih lanjut? apa lagi,tengoklah weyy


Review filem ke dua ialah filem hantu. nak tahu filem apa. filem 3AM. filem seram thailand ni mengisarkan 3 buah cerita yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama iaitu 3pagi/3AM. aku sebelum nak tengok g lah tandas dulu. pulak nya kat tandas wayang tu xada orang pun. berdebar-debar plak masuk tandas tu. heheheh. tapi tak ada apa pun. memang aim tengok wayang nak tutup-tutup muka dari tertengok scene menyeramkan.


hehehe scary dan ada yang ntah ape-ape esp cerita ke-2


cerita pertama pasal rambut palsu. kedai rambut palsu. aku rasa tak adalah seram mana, tapi efek terkejut-terkejut tu yang wat hati kita berdebar. cerita pasal hantu tu marah kat orang yang ambil rambut dia wat rambut palsu. hihihi. cerita kedua pulak pasal sepasang pengantin yang mati. ada nurse (lelaki) duk umah dorang(mayat pasangan pengantin) dok jaga mayat berkenaan. pastu nak dijadikan cerita lelaki ni macam terjumpa video couple ni seolah-olah perempuan tu masa dia hidup macam kena belasah dengan suaminya.


sengal dua ekor mamat nie. yang baju belang ni hensem kan kan?


pastu lelaki(nurse) tu macam marah kat mayat lelaki tu, dia jagalah mayat perempuan tu. dia keluarkan mayat perempuan tu(cun gile mayat) pastu buat benda ntah pape kat mayat tu! gile ahh memang tah pape cerita yang kedua nie. kitorg yang kat wayang semua gelak-gelak. hahahaha. aku suuuuuuka part yang ketiga. hahaha kisah bos dan staffnya yang suka menyakat orang. suka gila menakutkan staff-staff dia. memang banyak terkejut terkejut tapi sengal! penat gila gelak sebab lepas sorang-sorang kena troll dengan boss dia. hahahaha kelakar abes!


hahahaha mamat hensem :3


antara tiga cerita dalam 3AM tu, aku paling suka yang last! memang best! actually yang num tiga tulah paling tak seram sebab hantu dia keluar sikit aje, yg selebihnya dorang yg lain (staff dan boss) yang jadi hantu kono-kononnya. huahuahuaaa penat kalau dapat boss macam tu. asyik nak kenakan orang aje. hehehehe. kesimpulannya aku bagi rate cerita 3AM ni 3/5 aje dan cerita Hansel&Gretel 5/5! hehehehe Hansel&Gretel exactly suits to me well! hahahaha 

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: