sila tengok dan click

Khamis, 14 April 2011

money money


http://www.emocutez.com

assalamualaikum. yeah~ berkurun kot tak berblog. hahaha. okay topik kali ni nak gossip jugak. haha. nothing lah aku juz nak bagitahu yang aku tak suka orang yang TERLALU berkira. berkira pun agak-agak lah an? okay aku pun kadang-kadang suka berkira, tapi in case lah dalam RM1-RM 10 dan atas.. memanglah aku berkira. tapi ini setakat 20 sen, 30sen, ape cer beb?


bukan lah aku nak paksa kau tak berkira, no..no..no..tapi tolong lah kalau setakat tak sampai 50 sen pun nak berkira sangat ke? ish, aku ingat pesanan akak aku. dia kata hidup ni janganla terlampau berkira sangat. nanti REZEKI tak masuk. hem, dalam kata kasarnya, kau janganlah kedekut sangat setakat 50sen pun nak belanja.

akak aku pernah cerita yang BOS tempat keje dia dulu sangat kedekut. bonus dekat para pekerja pun bagi seciput je walaupun dah lama bekerja kat sana. haduui, memang company tu sampai sekarang tak berkembang mana pun tau tak? akak aku pun tak sanggup nak kerja situ then Allah murahkan rezki dia, dia dapat la tempat kija yang bosnya tak kedekut. tiap2 hari ada je lauk free dapat. wau!



percayalah, kalau kita buat baik dekat orang contohnya belanja kawan-kawan ke, tak berkira sgt setakat 20sen ke, insyaAllah Tuhan tu bukak kan rezeki kita. kawan-kawan pun akan ingat akan kebaikan yang kita buat dekat mereka. aku pun masih mencuba untuk kurangkan perangai berkira ni.


kau imagine tak kalau lelaki yang berkira gila? aku memang sian lah dekat makwe dia, mesti kalau makan tu kena bahagi dua jumlah berapa yang dia kena makan. tak pun lelaki tu suruh bayar masing-masing. ewwww, kalau aku mesti tak tahan wey, lagi-lagi bila dia mention-mention pasal bayaran lepas tu. hahaha! untuk en skeleten tak macam tu. lega~


begitu jugak lah sebaliknya dengan yang perempuan. tapi bagi yang pakwe makwe tu, kalau bf/gf kau jenis tak berkira, janganlah kau lantak lenyek habis habisan duit dia.. tak baik tau. kita kena lah bertimbang rasa. baru lah adil namanye. kan? kan? kan? contohnya gf belanja tgk wayang, bf belanja makan and lain-lain.

langsung tiada kena-mengena


tapi yang aku nak mention kat sini ialah berkira dengan rakan-rakan. siyes aku tak suka kwn yang terlalu berkira. dalam skop aku ni range 10sen-50sen je. lau seringgit tu pun banyak. hahah~ berkira jugak an aku nie? pesanan aku, janganlah kedekut sangat sampai 10sen pun nak berkira. anggaplah kau sedekah kat kawan kau tu. kan dapat pahala di akhirat nanti? kan lebih bagus dapat pahala daripada dapat balik seposen tu? kan ? kan? kan ?


P/S: tapi janganlah terlalu tak berkira sangat, banyak tu RM3 dan ke atas weyy!



pasni aku tak boleh lah berkira sangat sebab dah tulis kat entri ni!
alah, seposen duaposen insyaAllah halal~

so, apa pendapat anda tentang entri ini?

Tiada ulasan: